Tangisan dan esakan itu semakin kuat dipendengaran Ammar Mirza.Semakin lama bunyi itu semakin menghampiri.Dia menelan air liur berkali-kali lantas menghela nafas yang panjang.
Ya,dia akui.Dia sedikit gugup saat itu. Tambahan pula dia bukan seorang yang pemberani.Masakan tidak..jam di tangan sudah melangkaui pukul 12 tengah malam.Suasana di sekitar bangunan syarikat perisian terkemuka itu sudah pasti akan sunyi sepi.
Dia mengeluh malas.Kalau bukan disebabkan beg laptopnya yang tertinggal di pejabat,dia mungkin tidak akan berpatah balik ke situ.Semestinya ada kerja yang perlu dia siapkan dalam kadar segera.
Tapi, bunyi suara tangisan siapakah itu?Masih ada lagikah manusia yang berkeliaran dalam bangunan di saat ini?Hantu ke?Opss.. Ammar Mirza memberanikan diri dengan melangkah menghampiri kawasan tersebut. Dibukanya pintu yang menghubungkan tangga kecemasan di bangunan itu dengan penuh hati-hati.Ah!Dia perlu kuatkan semangat.
Tidak semena-mena,sesusuk tubuh berlari ke arahnya lalu terus memeluk Ammar Mirza. Alamak! Hantu ke..Dia tergamam. Terperanjat dengan kelakuan spontan si pemilik tubuh. Wajahnya tiba-tiba berasa panas apabila menyedari bahawa itu bukanlah hantu tetapi seorang gadis!
Cepat-cepat dia meleraikan pelukan si gadis.Dalam keadaan ini dia tidak mahu mengambil kesempatan.Ternyata gadis di hadapannya itu sedang berada di dalam kesusahan.
"Maaf...,"suara itu sedikit bergetar.Menahan tangis mungkin.
"Kenapa ni...Kenapa cik ada di sini..Dah lewat malam ni..?"
"Saya kerja tadi...ba..baharu balikk..",masih ada sendu dalam suaranya. Ammar Mirza sekadar mengangguk.
"Lif tak boleh guna..saya ikut tangga.Handphone kehabisan bateri..Pintu ni tiba-tiba tak boleh buka...Saya tak boleh keluar..", panjang lebar gadis itu menerangkan.Hampir tergelak pula Ammar Mirza dibuatnya.
"Lif memang akan ditutup selepas pukul 12 tengah malam.Pintu ni mungkin rosak.."
Gadis itu mengangguk faham.Wajahnya tidak berapa jelas pada pandangan Ammar. Mungkin kerana pencahayaan yang kurang baik.
"Mari saya hantarkan cik balik..lewat sangat dah ni..", Ammar berasa bertanggungjawab.Ternyata gadis itu seorang pekerja yang rajin dan berdedikasi.
"Eh,takpa encik.. saya boleh naik teksi."
"Lewat malam macam ni... Rasanya susah nak dapat teksi..Takpa,cik tunggu je kat bawah.Saya hantarkan.Saya nak naik atas sekejap ambil barang.Nah,kunci kereta.. Toyota Lexus hitam..", Ammar mencampakkan kunci keretanya ke arah gadis itu lalu bergegas berlari ke tingkat atas.
"Ta..tapi..",Belum sempat gadis itu berkata-kata Ammar Mirza sudah menghilang.
Turun sahaja dari bangunan enam tingkat itu, Ammar terlihat kelibat seorang gadis berdiri betul-betul berhampiran keretanya. Ah,nasib baik! Macam tidak percaya pula apabila dia tanpa berfikir panjang terus menyerahkan kunci keretanya kepada seorang gadis yang tidak dikenali.Dibuatnya gadis itu hanya berpura-pura, langsung dilarikan kereta Ammar..baru padan muka! Sempat dia mengomel sendiri.
"Kenapa tak masuk..?"
Gadis itu hanya tersenyum sambil menyerahkan kembali kunci kereta milik Ammar.Ammar Mirza terkesima.Hampir luruh jantungnya melihat keindahan yang ada.Walaupun hanya ditemani lampu jalan,namun terlihat jelas wajah sebenar gadis itu.Ternyata si gadis mempunyai senyuman berlesung pipit yang boleh mencairkan hati jejaka di luar sana.Mungkinkah juga dia di antaranya?Ah!Ammar Mirza.. nampaknya dia sendiri berada di dalam masalah!
Share this novel