Gadis manis itu kelihatan tergesa-gesa.Fail dan meja kerjanya dikemaskan ala kadar sahaja.Dia kemudian bergegas mengambil beg sandangnya lalu terus meninggalkan pejabat.
Ke mana dia hendak pergi sedangkan jam baharu menunjukkan ke angka empat petang.Ah! Mungkinkah ada hal kecemasan yang perlu diselesaikan oleh si gadis dengan segera?
Ammar Mirza hanya memerhatikan sahaja tindak tanduk gadis itu sehingga dia hilang dari pandangan.Ameera Hanna yang dari tadi lagi memerhatikan abangnya tersenyum sinis. Nampaknya dia tahu apa yang sedang berlaku.
"Hi, tak habis-habis lagi crush kat dia..Be gentleman lah Abang Ammar...Pikat dia!!", sengaja Ameera Hanna ingin mengapi-apikan abangnya.Dia tahu, abangnya itu sebenarnya sudah lama menaruh hati kepada gadis tersebut.
Ini peluangnya...
"She is already married, Hanna..."
Gadis itu nampak selamba.Dia langsung tidak menunjukkan rasa terkejut dengan kata-kata Ammar Mirza.Sekurang-kurangnya, adiknya itu patut memberikan sedikit reaksi bila mengetahui crush abangnya ini sudah menjadi isteri orang... Tetapi..
"With whom? Irhan Hadi?"
Terkedu Ammar Mirza dibuatnya.Tiada kata-kata yang dapat menerangkan situasinya saat itu. Ameera Hanna dah tahu ke? Dari mana dia tahu?
Ah!Tentu daripada Mrs Kim.Orang berpengaruh seperti Mrs Kim tentu tidak mustahil untuk menjejaki Ara Alana.
"I know who she is...Ara Alana kan..Irhan Hadi's beloved wife?", gadis itu makin selamba.
"So, Hanna nak buat apa?",seram pula Ammar Mirza bila memikirkan yang adiknya itu boleh bertindak gila.Jangan diapa-apakan Ara Alana sudah lah..
"Hanna tak nak buat apa-apa..Hanna serahkan semuanya kepada Mrs Kim.Irhan Hadi akan tetap menjadi milik Hanna jua suatu hari nanti...", Ameera Hanna menguntum senyum.Sempat dia berangan-angan bersanding bersama lelaki itu di atas pelamin.
"Opss! Lupa nak cakap...sebelum Hanna ke sini, ada seseorang sedang menunggu Ara Alana kat bawah..."
"Siapa?"
Ameera Hanna mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
"Entah!Tetapi lelaki tu nampak macam bahaya.. badannya tinggi dan sasa.Katanya ex-fiance Ara Alana.."
Ammar Mirza yang tadinya duduk kini bingkas bangun.Berderau terus darahnya.Imran Na'im?Apa yang dia buat kat sini? Kenapa dia mencari Ara Alana? Apa lagi yang dia nak dekat gadis itu? Perlahan-lahan dia mengetap bibir.Patutlah Ara Alana tergesa-gesa tadi..
"Mereka ke mana...?"
"Hotel Angsana...",belum sempat Ameera Hanna menghabiskan kata-katanya, Ammar Mirza terus berlari pergi.
Ameera Hanna hanya tertawa di dalam hati.Dia kemudiannya tersenyum mengejek.Perasaannya berbunga senang dan dia akhirnya melepaskan satu keluhan lega yang amat sangat.
Nampaknya abangnya itu sudah termakan umpan.Stay cool Abang Ammar...ada hutang yang perlu dijelaskan..
Share this novel