Tangan Irhan Hadi leka menyelak helaian majalah berbentuk biografi.Namun yang pasti, matanya melirik ke satu arah di mana gadis itu berada. Tanpa dia sedari, Irhan Hadi memerhatikan gadis manis itu lama dan terus melekat di situ.
Sesungguhnya bukan senang untuk Irhan Hadi bersua muka dengan gadis tersebut. Terutamanya semenjak akhir-akhir ini.Pagi-pagi lagi Ara Alana akan ke pejabat dan apabila malam tiba, baharulah kelibat gadis itu kelihatan.Itupun sipi-sipi sahaja kata orang.Apatah lagi di tempat kerja.Mereka langsung tidak berkesempatan untuk berjumpa disebabkan telah terpisah oleh aras tingkat yang berlainan.
Diperhatikan lagi gadis itu tanpa jemu.Ara Alana sedang sibuk menyusun buku-buku yang baharu diambil dari rumah lamanya. Terkadang gadis itu akan berhenti secara tiba-tiba lalu meneliti hampir kesemua helaian buku-buku tersebut.Terkadang juga Ara Alana akan bertindak dengan tersenyum sendiri. Mungkin ada kenangan yang mencuit hatinya saat itu.Ah! Kalau macam tu, sampai bila mahu habis! Irhan Hadi tercongak- congak di dalam hati.
Namun begitu, setiap perbuatan dan tindak- tanduk gadis manis itu terasa begitu membahagiakan Irhan Hadi.Seolah-olah dia ternampak sepasang rama-rama yang berterbangan di sekitar gadis tersebut. Perlahan-lahan aura kedamaian yang terbit daripada senyuman itu berjangkit pula kepada dirinya.Tidak pasal-pasal Irhan Hadi turut sama tersenyum.
Lama-kelamaan, Ara Alana seperti menyedari yang dia sebenarnya diperhatikan oleh makhluk yang bernama Irhan Hadi.Lantas gadis itu mengerling tajam.Ibarat halilintar membelah bumi, mata mereka saling bertatapan. Irhan Hadi terkedu.Terperanjat beruk dia dibuatnya.
Majalah yang dipegang Irhan Hadi tidak semena-mena terjatuh tanpa sengaja.Irhan Hadi terpaksa buat-buat selamba.Diambil semula majalah tersebut lalu berpura-pura membacanya. Dia meneguk liur. Jantungnya mula berdegup kencang.Di dalam hati, hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa gelabahnya dia saat itu.
Dari sebalik ekor matanya, dapat Irhan Hadi meneka yang si empunya diri sudah mula mengatur langkah ke arahnya.Lagi sekali dia meneguk liurnya.Alamak! Perlukah dia bangun lalu meninggalkan ruangan istirehat tersebut?Atau perlukah dia buat-buat pengsan? Ishh..!! Macam tak logik pula.Apa-apapun, be gentleman, Irhan Hadi...
"Mr Bos...", gadis itu sudah melabuhkan punggungnya di atas sofa yang berhadapan dengan Irhan Hadi.
"Ermmm...", Irhan Hadi menyahut tanpa memandang wajah si pemanggil.
Dia cuba berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku.Kakinya disilangkan.Dicubanya duduk dalam keadaan yang santai.Tangannya pula bergerak pantas dengan membalikkan lembaran majalah tersebut satu-persatu.Namun sudah pasti ianya tidak dapat menandingi kepantasan jantungnya yang berdegup melebihi paras normal di ketika itu.
"Just nak cakap..I really appreciate what you've done.Terima kasih sebab sudi luangkan masa bos yang berharga dan settlekan pula tentang pemindahan barang- barang tu..You are the best!"
"It's okey...", Irhan Hadi masih seperti tadi. Langsung tidak memalingkan kepalanya.Dia nampak seperti tidak kisah dengan pengucapan terima kasih daripada Ara Alana.
Tetapi jauh di lubuk hati, Irhan Hadi sebenarnya ingin melompat kegembiraan.Terasa kembang kempis hidungnya menerima pujian daripada Ara Alana.
Sebetulnya, dia baharu sahaja selesai menjemput Ara Alana dari rumah lamanya. Dibantunya gadis yang telah berjaya mencuri hatinya itu dengan memindahkan sebahagian barangnya.Penuh satu kereta Irhan Hadi dengan barang-barang milik Ara Alana.Ha,ha,ha...
Itupun nasib baik dia terbaca teks ringkas yang ditinggalkan Ara Alana buat dirinya.Intipati teks yang mengatakan si empunya diri akan pulang lewat kerana ingin memindahkan barangnya itu ditampal elok di peti sejuk. Bimbang akan keselamatan gadis itu maka dia mengambil keputusan untuk menyusul.Jadi begitulah kisahnya...
"Apa-apapun...thank you very much, Mr Bos.."
Irhan Hadi sekadar mengangguk.Tetapi kali ini dia sempat mengerling sekilas ke wajah itu. Namun, tangan kirinya masih erat memegang majalah tersebut.Tangan kanannya pula mencapai secangkir kopi yang telah sejuk di atas meja.
Dihirupnya kopi tersebut tanpa mempedulikan Ara Alana yang sudah sedia untuk melangkah pergi.
"By the way..majalah bos terbalik..!!"
Sentap!! Sudahnya..habis tersembur kopi yang diminum Irhan Hadi.Tak pasal-pasal dia terbatuk kecil dan akhirnya Irhan Hadi hanya mampu tersipu-sipu sendiri.
Share this novel