Dari jauh Irhan Hadi memerhatikan gadis itu. Kelihatannya dia disambut oleh seorang lelaki dengan ramah.Sepertinya Irhan Hadi amat mengenali lelaki kacak itu.Ah! Bukankah dia Mr Ammar Mirza.
Layanan mesra Ammar Mirza terhadap Ara Alana menerbitkan perasaan yang kurang selesa buat diri Irhan Hadi.Apatah lagi apabila Ammar Mirza memandang Ara Alana dengan pandangan yang hanya Irhan Hadi sendiri dapat fahami.Jadi dapat Irhan Hadi tafsirkan bahawa lelaki yang bergelar CEO bersama itu seperti menaruh hati terhadap Ara Alana a.k.a. his wife!
Ah! Sedikit sebanyak timbul rasa amarah dan api cemburunya meruap-ruap.Diketap bibirnya dalam-dalam.Genggaman tangannya pula dikepal-kepal seolah-olah ia menunggu masa untuk dilayangkan kepada lelaki di depan sana.
Ini tidak boleh jadi! Dia perlu segera bertindak.She is my wife! Bisik Irhan Hadi sendiri. Justeru itu, dia tidak berfikir panjang lagi.Irhan Hadi bingkas bangun.Mengunci keretanya lalu bergegas ke arah Restoran Gemilang.
Setibanya ke destinasi, semua mata-mata itu memandangnya seperti ternampak hantu! Mereka secara automatiknya bangun lalu menunduk hormat.Ish..!! Terasa cam duduk di negara Jepun pula.Seloroh Irhan Hadi di dalam hati.
Irhan Hadi kemudiannya hanya tersenyum simpul.Dia seboleh-bolehnya cuba bersikap selamba. Berkali-kali dia meneguk air liurnya sendiri. Sebetulnya dia sedikit gugup kerana tidak pernah menghadiri acara sebegitu.
"Eh,boss...kata tak datang..",Fariz Adha sudah mendapatkannya.
"Duk sini,boss..", dia pantas menarik kerusi disampingnya.
Mata-mata itu masih tidak lepas daripada memandangnya.Mungkin mereka tertanya-tanya, mengapa dan kenapa dia berada di situ.Huhuhu..
Perlukah Irhan Hadi menerangkan sebab dia berada di situ disebabkan Ara Alana? Hope dia tidak perlu menjawabnya...
Irhan Hadi hanya menurut kata-kata Fariz Adha.Sempat dia mengerling ke arah itu. Kerusinya betul-betul berhadapan dengan Ara Alana.Dan Ammar Mirza pula duduk di sebelahnya.Lagi sekali perasan cemburunya bertandang.Lebih-lebih lagi lelaki itu seperti sengaja cuba mendekati Ara Alana.
Kalau diikutkan hati, mahu sahaja Irhan Hadi menghadiahkan penumbuk free buat lelaki yang seorang itu.Tetapi cepat-cepat dia beristighfar. Sabar itu separuh daripada iman, Irhan Hadi..
"Hi,Mr Irhan..lama tak jumpa..",Ammar Mirza berbasa-basi.Sedangkan baharu pagi tadi mereka bertemu di pejabat.
Irhan Hadi tersenyum.Tidak ikhlas sebenarnya. Entah mengapa dia menjadi semakin tidak selesa dengan Ammar Mirza.Kalau dulu mereka sering tidak sependapat dalam banyak hal tetapi kini Irhan Hadi merasakan seperti bermusuh pula.
Sempat Irhan Hadi memerhatikan Ara Alana. Gadis itu nampaknya sedang asyik berbual bersama mereka yang lain tanpa mempedulikan dirinya.Dia tahu, Ara Alana seboleh-bolehnya ingin merahsiakan hubungan antara mereka. Tetapi sekurang- kurangnya pandanglah dia..Itu sudah cukup membuktikan gadis itu menghargai kehadirannya!
"Nah, Ara..makan ni..", Ammar Mirza menghulurkan pinggannya yang berisi steak yang siap dipotong apabila melihat gadis itu seperti terhegeh-hegeh untuk melakukannya.
Ara Alana menoleh lalu memandang Ammar Mirza.Mungkin terharu dengan layanan lelaki yang acah-acah gentleman tersebut.Secara tidak langsungnya, mata mereka bertemu.Lamaa...
Mata Irhan Hadi membulat.Api cemburunya semakin membara.Ammar Mirza sememangnya mencabar kelakiannya.
"It's okey, Ara..You can take this one. ".
Ternyata Irhan Hadi tidak mahu kalah.Diambilnya pinggan Ara Alana yang baharu digantikan oleh Ammar Mirza dan ditukar pula dengan pinggannya yang juga sudah siap dipotong.
Tanpa menunggu lama, Irhan Hadi terus memakan hidangan tersebut.
Ara Alana terkebil-kebil.Tersedak dia dibuatnya. Terkejut betul dia dengan tindakan Mr Bos Korea ini.Ammar Mirza pula cepat-cepat menghulurkan air kosong buat si gadis.Belum sempat Ara Alana mencapainya, Irhan Hadi lebih dulu menyambutnya.Kemudian terus diminum air tersebut dengan rakus.
Kali ini Ammar Mirza pula yang terkebil-kebil dan mata-mata itu saling berpandangan antara satu sama lain.Seperti ada yang tidak kena...
Share this novel