Kepalaku terasa pening.Perutku pula memulas- mulas.Tekakku berasa loya yang amat sangat. Peluh mulai merembes keluar dengan jayanya. Ah! Entah mengapa aku seperti tidak sedap badan.
Adakah kerana aku sudah diracuni? Ataupun hidangan ku telah dimasukkan bahan terlarang tanpa ku sedari?Tidak! Tentu sahaja tidak...
Rasanya aku langsung tidak menjamah apa-apa hidangan apabila berhadapan dengan wanita itu. Malah minum air juga tidak pernah.
Pertemuan kami di Hotel Angsana kini sudah berakhir.Sebetulnya aku sedikit berbelah-bagi apabila menerima panggilan daripada wanita berketurunan Korea itu.Apatah lagi Irhan Hadi tidak ada bersama.
Melihat wajahnya sahaja sudah cukup menyeramkan.Ini kan pula berjumpa dengannya secara berdepan.Huhuhu...seperti menempah maut sahaja gayanya.
Namun dia menegaskan ada perkara penting yang perlu diselesaikan dengan segera.Jadi, nak tak nak.Rela tak rela.Aku terpaksa juga bergegas berjumpa dengannya.
Tetapi mungkinkah keadaan ku sekarang ini berpunca dari kata-kata Mrs Kim? Mungkinkah aku terkesan dengan apa yang berlaku? Jadi badanku..tenagaku... tentu tidak dapat menerima tamparan itu.Ya! boleh jadi juga.
Menurut Mrs Kim, dia akan tetap menjodohkan Irhan Hadi dengan Ameera Hanna.Aku tidak mempunyai banyak pilihan.Pilihan ku hanya dua katanya. Irhan Hadi atau keluarga ku.Jika aku memilih Irhan Hadi, maka keluarga ku akan musnah dan jika aku memilih sebaliknya, aku perlu meninggalkan Irhan Hadi selamanya.
That's it! Aku hampir tidak mampu berkata apa- apa.Memikirkan apa yang mampu dilakukan olehnya, aku menjadi penasaran.Tambahan pula dia sendiri mengakui terlibat secara langsung dalam masalah Along dan Angah.Malah dia juga bertekad untuk menjatuhkan kami sekeluarga dengan lebih dahsyat lagi sekiranya aku masih jua berdegil.
Dalam keadaan ini, apa pilihan yang aku ada?Apa yang harus aku lakukan? Aku terlalu sayangkan keluargaku dan dalam masa yang sama aku turut menyanyangi lelaki itu.
Ah! Bergetar seluruh tubuhku memikirkan perkara itu.Kepalaku yang tadinya pening kini semakin berdenyut-denyut.Lemah longlai dibuatnya.Mataku berpinar-pinar.Jalanku pula terasa melayang-layang. Hampir sahaja aku tidak dapat mengimbangi badan jika tiada tangan yang menyambutnya.
"Mr Ammar....",suaraku antara dengar dengan tidak.Walaupun pandanganku sedikit kurang jelas tetapi aku cukup mengenali lelaki itu.Ah! Lelaki itu sentiasa ada di saat aku memerlukan seseorang.
Tetapi, hairan bin ajaib! Rasanya baharu sebentar tadi dia kelihatan sibuk di pejabat.Alih-alih kini dia sudah berada di sini. Di hotel ini..Wah! Seperti dia ada membela hantu raya nampaknya..
"Awak okay, Ara...?", Ammar Mirza kelihatan cemas.
"Ya, saya okay...",aku cuba berlagak okay. Sedangkan ia adalah sebaliknya.Huhuhu...
So, cepat-cepat ku tepis tangannya yang masih memegangku.Dia sedikit terperanjat dengan tindakan ku itu.It's haram, Mr Ammar... Kita bukan muhrim! Lagipun, tak elok jika ada mata-mata yang memandang.Apatah lagi jika mata-mata tersebut merupakan seseorang yang kita kenal.Ish! Tak pasal-pasal boleh jatuh fitnah nanti!
"Awak nampak macam tak sihat.Muka awak pucat...", sekali lagi dia cuba memaut tubuhku apabila aku kelihatan masih lagi terhuyung- hayang.
"It's..it's okayyy...",peluh dingin semakin membanjiri dahiku.Aku betul-betul menahan kesakitan saat itu.
Arghhh...!!!Tubuhku tidak mampu bertahan lagi. Akhirnya aku tewas jua dan tanpa disangka, aku jatuh terkulai di pangkuan Ammar Mirza.Duniaku tiba-tiba sahaja menjadi gelap gelita.
Share this novel