Aku berpura-pura memandang ke skrin televisyen.Seolah-olah menghayati cerita yang disiarkan.Lama aku berkeadaan sebegitu dan terus melekat di situ.Cerita yang disiarkan sebenarnya langsung tidak ku tahu hujung pangkalnya.
Fikiranku saat itu sebetulnya bersama si dia.Apa yang aku perasan, dia sedang duduk berhampiran dengan ku di ruang tamu. Disebabkan duduknya di belakang, maka aku tidak tahu apa yang sedang dia lakukan.
Mulalah aku memikirkan yang tidak-tidak. Adakah dia sedang memerhatikan ku? Adakah dia cuba melakukan sesuatu seperti hari itu?Adakah aku perlu bersedia dengan jurus hikmat yang ada?Yang pastinya jantungku mula berdegup agak kencang.
Tetapi kenapa jantungku berdegup kencang? Adakah kerana aku sudah mula menyukainya? Bagaimana pula dengan hatiku yang kononnya dilukai dan kesannya masih terasa hingga kini? Bagaimana pula dengan dia?
"Ara..."suaranya kedengaran begitu gemersik bunyinya.
Aku menoleh.Nampaknya dia duduk agak jauh dariku.Kalau dulu, aku sendiri yang menjauhkan diri daripadanya tetapi kini terasa janggal pula apabila dia yang berbuat demikian.
"Ara marah..?"
"Kenapa nak marah?
"Yang hari tu...", ayatnya tergantung di situ.
Direnung wajahku dengan mata hazelnya. Mulalah aku gelabah semacam.Dia ni memang pandai membuatkan aku hilang arah.
"I'm so sorry, Ara.I promise.. it will never happen again.."
Terasa begitu tulus ucapan maaf daripada Irhan Hadi.Aku sekadar mengangguk.Sesungguhnya aku tidak memarahinya.Aku juga tidak membencinya.Aku hanya malu untuk berhadapan dengannya.
Aku tahu.Mr Irhan Hadi sudah cuba bersikap baik.Tetapi bukan senang untuk seorang lelaki tinggal berdua-duan dengan seorang perempuan.
Tambahan pula perempuan itu sudah sahih menjadi isterinya.Aku bersyukur.Aku bersyukur dia tidak bertindak keterlaluan. Sesungguhnya.. He's a nice guys.
"Ara...",aku tersentak.Aku tersentak bukan kerana terkejut dengan panggilannya.Tetapi aku tersentak kerana dia tiba-tiba sahaja berada terlalu hampir denganku.Bila masanya pula dia berpindah tempat? Cepat lagi tangkas tindakan jejaka yang seorang ini.Emm..adakah dia keturunan The Flash?
Apa-apapun, mataku sudah bulat memandangnya.Buang karan aje aku memujinya melambung tadi.Rupa-rupanya, lelaki tetap lelaki!
"What do you think about our relationship?"
"Maksud abang.."
"It's almost over, Ara.Dah hampir setahun.Our agreement in the contract has come to the end.."
Irhan Hadi memandang tepat ke arahku. Mengharapkan kepastian barangkali.Serba-salah pula aku jadinya.Aku yang memandai-mandai mewujudkan perjanjian tersebut tetapi kini aku sendiri tidak tahu apa yang harus aku lakukan.
Intipati kandungan kontrak yang lain boleh je aku buat-buat tidak nampak.Tetapi yang satu itu..Ah!Apa yang harus aku lakukan? dan apa yang kau fikirkan sebenarnya, Ara Alana?
"Kalau macam tu, kita ikut saja perjanjian tersebut.Berpisah apabila sampai waktunya..."
"Ara..!!", suaranya sedikit meninggi.
"Talking is easy but to implement it... bukannya sesuatu yang mudah, Ara..Ramai yang akan tersakiti nanti.."
"Bercakap tentang itu, Ara sendiri akan beritahu my family.They will understand."
"But how about me?"
Terkulat-kulat aku dengan pertanyaan itu.Apa maksud dia?Somebody, please tell me..
"I really like you, Ara..",eleh... suka je pun.Itu perkara biasa.
"I love you, actually... Miss Ara Alana binti Adam Mukhriz.."
Opss!Biar betul?Itu memang sesuatu yang luar biasa!Dan dia pula memandangku dengan mata yang seakan-akan berkaca-kaca.Nampak tulus di situ.Terkedu aku dibuatnya.Saat itu aku hanya mampu mendengar jantungku berdegup lebih kencang.
Share this novel