Lama Irhan Hadi termenung di kereta Nissan X-Trail berwarna putih itu. Walaupun sudah dihidupkan enjinnya tetapi ia masih belum dipandu tuannya.Kini sudah hampir 30 minit dia mengelamun sendiri.Selalunya Irhan tidak seperti itu.Masa itu terlalu berharga baginya.Namun perasaannya saat itu terasa berat.
Berat untuk mengucapkan..berat untuk menafikan..berat untuk mentafsirkan..Ah! Entahlah..Dia sendiri tidak memahami dirinya sendiri.Esok Irhan Hadi akan kembali ke Korea bagi menguruskan hal-hal yang belum selesai. Perginya dia kali ini mungkin dua ke tiga minggu lamanya.Kerana tempoh yang dirasakan agak lama itulah maka hatinya seakan memberontak dan seperti berat untuk melangkah pergi.
Walaupun dia sendiri tidak pasti apakah perasaan sebenarnya saat itu tetapi kehadiran gadis manis yang bernama Ara Alana itu sedikit sebanyak telah mengubah hidupnya.
Adakah ini yang dinamakan cinta?Atau sekadar rasa bersalah ?Atau keprihatinan seorang bos terhadap staff nya?Apa jua keadaannya, yang pasti gadis itu mempunyai aura istimewa dalam hidup Irhan Hadi.
Dia akui.Dia seorang bos yang tegas, dingin dan agak perengus orangnya.Sikapnya yang mementingkan kesempurnaan dalam segalanya membuatkan orang-orang disekeliling kurang menyenanginya.Namun Ara Alana seperti berjaya membuang egoisnya supaya lebih prihatin dan bertoleransi.
Ketukan di cermin kereta miliknya segera mematikan lamunan Irhan Hadi.Dia tersentak. Hampir tercabut nyawanya.Tambahan pula wajah yang tidak disangka-sangka itu muncul. Cepat- cepat dia turunkan cermin tersebut.Terasa seperti dia ingin melompat kegembiraan!
"Mr bos tak balik lagi ke?Buat apa kat dalam ni lama-lama.Bahayalah!",Irhan Hadi tersenyum di dalam hati.Risau juga dia rupanya.
"Tak nak balik ke..?", tanya ku lagi.Risau pula aku dengan Mr Bos Korea ni.Dah la susah benar nak cakap.Macam ada emas dalam mulut ke apaa..
Semenjak kejadian hari itu, Irhan Hadi seperti berubah 160 darjah.Dia tidak lagi memarahi staff tidak tentu pasal.Dia juga lebih prihatin dan bertanggungjawab.Walaupun ia tidak nampak ketara namun sudah cukup menggambarkan dia sebenarnya seorang bos yang baik.Sempat dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hanis Hyda kerana menerangkan situasi sebenar ketika itu dan berjaya pula memperbetulkan keadaan.
"I'm waiting for Fariz ...", jawabnya tanpa berfikir panjang.
"Fariz kan AL..Mr Bos lupa ke.."
"Oh,ya ke.."Irhan Hadi cuba berlagak biasa.Dalam hati hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa malunya dia.Takkanlah setiausaha peribadi yang berkepit dengannya 24jam ambil cuti pun dia tak tahu.Agak-agak le...
"Mr Bos ok ke ni..?"
"Ok..",Tak... Irhan Hadi tak ok sebenarnya.
"Kalau macam tu.. saya balik dululah.."
"Sat..sat..nanti..", alamak! Terkeluar pula dialek Kedah.Peluh dingin sudah mula merembes keluar dari wajah Irhan Hadi walaupun jelas-jelas penyaman udara masih terpasang.Ish..!! Rileks Irhan Hadi.. Rileks...
Ara Alana nampak seperti kebingungan.
"Err..I'm not ok actually .. headache .. can you drive this car..and send me home",Yess...good idea Irhan Hadi! Dia perlu mereka alasan yang logik agar dirinya dapat meluangkan masa bersama gadis itu.
Selalunya Fariz Adha yang memandu,so dalam keadaan ini tidak salah rasanya dia meminta pertolongan staffnya.Ahaks!
"Sorry Mr. Boss..I don't know how to drive".
What?? Irhan Hadi salah dengar ke..Masih adakah gadis zaman ini yang tidak tahu memandu?Gadis zaman purba manakah dia?
"Oic..",nampaknya plan Irhan Hadi tidak menjadi.Luntur sedikit semangatnya.
"Apa kata saya panggilkan grab car untuk Mr bos."
Mata Irhan Hadi kembali bercahaya.Yes!Nasib menyebelahinya.
"Ya..ya..kita boleh kongsi je.."
"Tak... I prefer naik bas."
"Kalau macam tu, let's take the bus "
Terkebil-kebil mata gadis itu dibuatnya.Biar betul dia ni.Irhan Hadi sudah pun mematikan enjin kereta.Mengambil beg sandangnya lalu mengunci pula pintu keretanya.
"Jom, hurry! The bus will be left behind. ",dia sudah pun mula mengatur langkah dengan bersemangat.
Ara Alana yang dari tadinya terkebil-kebil mula membuntutinya.Terkadang terpaksa pula gadis itu berlari-lari anak bagi menyaingi langkah Irhan Hadi yang panjang.Terasa seperti anak itik yang terkedek-kedek mengejar ibunya.Ermm..nak tergelak pun ada.....Opss! Apa-apapun dia memang comel!!
Irhan Hadi hanya mampu tersenyum dalam diam. Mujurlah dia juga tahu di mana letaknya perhentian bas.Sesungguhnya ini kali kedua dia menggunakan khidmat pengangkutan awam yang satu itu.Kali pertama adalah semasa keretanya rosak dan terpaksa pula dihantar ke bengkel.Pada kali yang pertama itulah dia bertemu dengan Ara Alana dalam situasi yang tidak dijangkakan.Ah!Ara Alana... tidak ingatkah dia?
Share this novel