BAB 61

Romance Series 16994

Dengan malas aku cuba membuka mata.Tidurku terasa diganggu.Seperti ada sesuatu yang bergerak dan merayap di wajah ini.Dalam keadaan yang separuh mamai itu, aku terpandang seraut wajah yang berada betul-betul di hadapanku.

Alamak! Segera mataku membulat.Secara automatiknya pula, tubuhku yang sedang mengiring itu terduduk dengan sendiri.Mukaku tiba-tiba merona merah.Perasaan malu mula menghantui diri.

Cepat-cepat ku betulkan rambutku yang agak kusut-masai.Ku kesat pula pipi dan mulutku dengan hujung jari.Mana la tahu kan..kot-kot tercalit air liur basi di situ.Boleh jatuh saham, beb!

Kalau diikutkan hati, mahu sahaja aku sembunyikan wajah ini di dalam selimut.Tak pun berpura-pura pengsan.Paling tidak pun, bertukar menjadi inversible girl.Biar aku tak hadap muka dia yang tampan itu.Malu siot...

Apa-apapun, kejadian semalam betul-betul di luar kawalan.Semestinya ia akan menjadi satu kenangan yang tidak mungkin aku lupakan. Opss..!!

" Wake up, Ara...subuh dah nak habis dah ni..", lembut sungguh bunyi nada suara Irhan Hadi.
Huhuhu..Mendengar suaranya sahaja sudah cukup membuatkan aku terbuai-buai.Tak sangka, sungguh indah suara milik Mr Bos Korea ini rupanya..

Nampak gayanya Irhan Hadi sudah selesai menunaikan solat subuh.Ini terbukti dengan kopiah milik abah yang masih terletak elok di kepalanya.Macam sesuai pula kopiah kecil itu dengan dia.Comel..

"Ara..."
Aku bingkas bangun.
Disebabkan aku bangun dalam keadaan yang tergesa-gesa, kepalaku menjadi sedikit pening. Hampir sahaja tubuhku hilang imbangan, jika tidak sempat berpaut pada tiang katil.Badanku terasa lemah dan mula sakit-sakit.Terutama di bahagian bawah tubuhku.Aduhai! Inikah penangan kisah malam tadi?

"Are you, okay..?"Irhan Hadi bertanya cemas.
Segera dia bergegas mendapatkan ku.Kemudian dirangkul, digendong lalu diletakkan kembali tubuhku di atas katil.
"Ish!Ara okay lah...Just pening sikit je.."
Aku menuruni katil untuk yang kedua kalinya.
"No, Ara..you not okay.."
"I'm okay, Mr Irhan Hadi..",suaraku sedikit tegas.
"Jangan degil, Ara.You need to rest!",dia cuba menahan dengan menarik tanganku.

Aku mendengus geram.Siapa yang degil sebenarnya ni..
"Mr Irhan Hadi..I have to go.Mandi dan solat..Subuh dah nak habis ni...!!Or you nak tanggung semua dosa-dosa I..?!", sengaja aku kuatkan suara dan membesarkan biji mata.

Dia tersenyum sumbing.Perlahan-lahan tanganku dilepaskan lalu mengangkat pula kedua-dua tangannya.Macam surrender je..Ahaks! Tahu pun takut...Dan aku terus bergegas ke bilik mandi.

Keluar sahaja dari bilik mandi, aku dapati lelaki yang seorang itu sudah menghilang.Dan aku juga hanya mampu tersenyum apabila menyedari tempat peraduan kami sudah dikemas dengan elok.Wow! Boleh tahan..

Setelah selesai melakukan apa yang sepatutnya, aku terus turun ke dapur.Aku berkira-kira untuk memasak nasi goreng sebagai sarapan pagi. Rasanya nasi lebihan semalam masih banyak belum terusik.Sayang pula jika dibuang begitu sahaja.

"Abang Hadi mana?",tanyaku kepada Acu apabila mataku tidak nampak kelibat lelaki itu di mana- mana.
"Dia keluar.Abang Hadi pesan... jangan buat sarapan.Nanti dia beli kat luar.Dia suruh Achik rehat je kat bilik..."
Acu sudah tersengih-sengih macam kerang busuk.
"Seronok lah ada orang layan macam puteri raja..",sampuk Along tiba-tiba disusuli deraian ketawa oleh kedua-duanya.

Aku mengetap bibir.Seronok sangat lah tu, gelakkan orang..
"Ha, tu...putera raja dah balik.."
Aku cepat-cepat menoleh.Irhan Hadi muncul dengan beg plastik penuh di tangan.Beli sarapan apa sampai banyak macam tu...

"Nah! Ubat....", disuakan plastik-plastik tersebut kepadaku.
Terlopong mulutku jadinya.Ish!Dia ni..Nak suruh aku sembuh ke...nak suruh aku mati. Astaghfirullah...Sabar..sabar Ara Alana..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience