Bab 1

Romance Series 16994

Hujan yang tadinya renyai kini semakin lebat. Awan hitam sudah mula berkampung di tengah- tengah kota metropolitan ini.Sesekali kilat sabung-menyabung menunjukkan kuasanya. Aku yang sedang berteduh di perhentian bas berhampiran mengucap Alhamdulillah penuh kesyukuran.Lama rasanya bumi bertuah ini tidak berhujan.


Perlahan-lahan aku mula mengukir senyuman.Jari-jemari tangan ku tanpa sedar segera bermain-main dengan titisan hujan yang membasahi tanah tumpah darah ini.Kalau diikutkan hati, mahu sahaja aku bermain ditengah-tengah hujan seperti zaman kanak- kanak ku.


Ah!Takpalah...Cukup sekadar bernyanyi kecil.Itu sudah cukup membahagiakanku.Tanpa menghiraukan mata-mata nakal yang memandang, aku terus asyik dengan duniaku sendiri.Biarlah!ada ku kisah...


Tidak jauh dari situ kelihatan seorang lelaki begitu leka memerhatikan gelagat si gadis.Aku le tuu..Ahaks!Baju kemeja lengan panjang berwarna biru laut yang dipakainya kelihatan basah lencun kerana hujan.Ada sesuatu yang istimewa tentang gadis itu.Gelagat comel si gadis ternyata menarik pandangan nya untuk terus melekat di situ. Hatinya berbisik nakal supaya menyapa si empunya diri tetapi akal dan fikirannya cepat sahaja menidakkan.

"Ara...!!"jerit seorang gadis tinggi lampai. "Ara Alana...!!!", kali ini lebih kuat dari yang tadi.


Aku tu..Ara Alana binti Adam Mukhriz. Hampir sahaja aku mengangkat tangan seperti gadis kecil yang menyahut panggilan gurunya. Tetapi melihat gadis yang amat ku kenali itu semakin menghampiri, aku sedikit terkesima.


Saat itu hati ku berombak kencang. Geram, cemburu, marah...semuanya bercampur-baur menjadi satu.Segera ku palingkan wajah ke arah yang berlawanan dengan pemilik yang memanggil.Melihat wajah itu sahaja sudah cukup untuk membuatkanku berasa tidak senang hati.

Dia lantas menarik lengan ku kasar.
" Sofie...", antara dengar dengan tidak sahaja suaraku.Wajah gadis dihadapannya ini sudah memerah.Ada amarah yang bersarang di lubuk hati gadis itu.
"Aku nak cakap dengan kau sikit,!" katanya sedikit menengking.
"Nantilah..",malas aku nak layan.
Gadis itu sebetulnya baharu sahaja mengganggu emosiku.
"Kau nak aku cakap di sini ke..?"

Aku memerhatikan sekeliling.Terdapat beberapa kumpulan remaja sekolah menengah sedang berbisik sambil menjeling ke arah kami. Begitu juga dengan seorang lelaki yang ku kira pekerja di pejabat berdekatan.Dia sepertinya turut memerhatikan tingkah kami berdua.Dalam keadaan ini,aku tidak menyalahkan mereka. Mereka punya mata!Noktah!

"Kalau kau tak kisah,aku ok aje.."
Wajahnya mencerut.Mungkin dia kurang senang dengan jawapanku.
"Aku kisah..."
"So..."

Gadis itu mengetap bibir.Penumbuknya diramas kasar.Melihat gayanya aku tau dia ingin mencari gaduh.Dan aku juga tau dia adalah pemegang tali pinggang hitam dalam seni bela diri Tae Kwan do.Fuh! Tidak pasal-pasal boleh mati kejung aku dibuatnya..


Tanpa ku duga,dia akhirnya menolak tubuhku ke belakang.Aku yang sememangnya berbadan kecil terkial-kial.Nasib baik tak jatuh. Seperti ada makhluk Allah SWT yang cepat bertindak.Menyelamatkanku dari kejatuhan yang memalukan.Ah! Perlahan-lahan pipiku merona merah.


"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience