Aina Sofea memerhatikanku lama.Sesekali mukanya berkerut seolah-olah ada sesuatu di fikirannya.Jari-jemarinya pula asyik bermain-main didagu.Sesekali tangan halus itu disilangkan ke belakang badannya.Macam pendakwaraya di mahkamah pula lagaknya.
"Kau ni dah kenapa?"tanyaku sambil terus menyuap nasi goreng buatan Aina Sofea. Sesungguhnya dari petang tadi aku tidak menjamah makanan.Lapar jangan cakaplah. Huhu..
"Eh,aku pulak!"
"Habis tu aku tengok kau macam ada masalah je.."
"Ha, betullah tu.. masalah aku adalah masalah kau.."
"Aikk...boleh pulak macam tu..", aku mengerling teman serumah ku sekilas lalu terus menyambung aksi ku yang tadi.
Aina Sofea menarik nafas panjang.Kerusi di hadapan ku sudah ditariknya. "Siapa lelaki tu..?" "Yang mana?". "Yang hantar kau balik tadi tulah..."
"Entahhh..."
Mata Aina Sofea membulat.
"Dia dah hantar kau balik,tapi kau tak tahu dia tu siapa?"
Aku mengangguk.
"Kau biar betul,Ara.."
"Aku betul la tu.. Semua tu tak dirancang.Aku dah tiada pilihan..Tapi aku tahu dia seorang lelaki yang baik.."
Terus aku ceritakan semua yang berlaku kepada Aina Sofea.Dari kes aku terpaksa menyiapkan tugasan,pulang lewat, handphone habis bateri,terkunci pula tu... sehinggalah kejadian di mana si gentleman menawarkan dirinya untuk menghantarkan ku pulang.
"Wah,sweetnya dia...Baik hati pulak tu.Tapi beware,Ara.. lelaki baik ni selalunya tak boleh dipercayai.Lagipun,,You are engaged, right .. "
"Yes,Don't worry ,Aina.I know how to take care of myself"
"Yalah tuu...", Gadis manis itu tergelak besar.
"Tapi,bos kau tu memang tak patutlah..Takda hati perut langsung!Ada ke patut disuruhnya kau buat report tu jugak-jugak.Macam esok dah takda..", Aina Sofea mendengus marah.
Aku sekadar mengiyakan.
Teringat kejadian itu.Baharu sahaja aku berkira-kira untuk pulang,Mr Bos Korea tiba-tiba muncul di bawah remang lampu kecemasan. Wajahnya sedikit samar-samar tetapi jelas menampakkan dia seorang lelaki yang tegap dan tinggi lampai.
"Is this how your work? ",tegas bunyi suara itu.
Fail yang berisi report client itu dihempaskan ke atas mejaku.
Aku tersentak.Terperanjat beruk kata orang!Pucat lesi muka ku.Rasanya kalau ditoreh dengan pisau mahunya tak berdarah!
"Err.. sorry Mr Bos..",aku sebenarnya kurang arif tentang kesilapan ku saat itu.
"I need a new report. Not like this !"
New report? Maksudnya aku kena buat report yang baharu ke? Bukan check balik je ke...Alamak! Apa kau dah buat ni Ara Alana..
"err..sorry Mr Boss..I misunderstood.Tomorrow I will correct "
"No! I want it as soon as possible, "dia langsung tidak berlembut dengan ku.
"Ta..tapiii.."hope dia faham la..Sudah lewat ni.
"I don't want to hear excuses.Anyway, I want to report it on my table tomorrow morning!! ", terus sahaja dia berlalu pergi.
Huhu... Nampaknya Mr Bos ni tak faham situasi aku saat itu.Betul la kata orang,bos yang seorang ini sememangnya tidak berhati perut.. tegas tak kena tempat..dan situasi aku saat itu terasa ingin menjerit sekuat hati!Arrghh...
Share this novel