Nafas Ammar Mirza turun naik.Emosinya kini sudah tidak stabil.Perasaan amarahnya benar- benar menguasai diri.Dia kelihatan meramas- ramas genggaman tangannya. Menunggu masa sahaja untuk dilayangkan kepada orang yang berhak.
"Aku tak tahu samada kau ni bodoh ke atau gila..Tetapi keputusan kau ini memang tak boleh diterima akal!", Ammar Mirza memang tidak boleh bersabar lagi.Jarang dia menggunakan bahasa seperti itu terutama dengan lelaki ini.Tetapi lelaki yang seorang ini seperti sengaja menguji kesabarannya.
"How dare you! She is your wife..Sanggup kau mempermainkan perasaan dia.Berkahwin dengan Ameera Hanna?Bercerai dengan Ara Alana? Whats your problems? Keputusan apa yang kau dah buat ni, Mr Irhan Hadi..."
Ammar Mirza menggeling-gelingkan kepalanya. Dia cukup terkilan dengan tindakan musuh tradisinya itu.Masakan dia sanggup menerima saranan Mrs Kim untuk berkahwin dengan Ameera Hanna.Kemudian bersetuju pula untuk menceraikan Ara Alana.
Bukankah dahulu dia menentang perkahwinan tersebut.Tetapi kini kenapa berlaku sebaliknya.Di mana letaknya pendirian lelaki itu? Mengapa diperlakukan Ara Alana sedemikian rupa.
"Why are you angry? You should be the happiest person in the the world...", Irhan Hadi merenungnya tajam.
"What do you means..?"
"Jangan pura-pura tak tahu, Mr Ammar.I know you and Ara Alana have something special.Baby tu...it's yours, right?"
Terbatuk kecil Ammar Mirza dibuatnya.Apa yang Irhan Hadi merepek ni.Bagaimana lelaki itu boleh berfikiran seperti itu? Dan selama ini, dia menyangkakan yang baby di dalam kandungan Ara Alana itu adalah anaknya? Maka mereka bergaduh dan berpisah hanya kerana itu?
Wah! Apa sebenarnya yang lelaki ini fikirkan.Sah!Sah! Itu anaknya.Dia suaminya.Mengapa harus dipertikaikan lagi.
"Mr Irhan, wait...wait a minute..", Ammar Mirza cuba mengambil nafas.Tiba-tiba terasa sesak dadanya.
"Kau nak cakap yang aku dan Ara menjalinkan hubungan?Ada scandal?Dapat baby?Begitu?", Ammar Mirza tergelak besar.He so funny...
Irhan Hadi merenungnya dengan pandangan tajam.Mungkin kurang senang dengan letusan tawa Ammar Mirza sebentar tadi.
"Entahlah kau ni..nak dikategorikan sebagai apa.. cakap bodoh salah..gila pun salah...Tapi itulah! Kau buat sebelum berfikir! Jika aku, maybe you could think of me as a bad boy but ini melibatkan Ara Alana kot.She is your wife.Only you can know who she is..Dia takkan bertindak yang bukan- bukan..", panjang lebar khutbah Ammar Mirza buat Si Irhan Hadi.
"Untuk pengetahuan kau, aku dan Ara memang tiada apa-apa.I appreciate what she loves.Dan please, Irhan.. jangan sakiti dia.."
Lelaki itu kembali merenung Ammar Mirza agak lama.Mencari ketulusan dalam kata-kata Ammar Mirza agaknya.Ammar Mirza pula hanya mampu meneguk liurnya.Handsome sungguh dia ni.. Patutlah Ara Alana terpikat.
"By the way, Mr Irhan Hadi.Don't trust Mrs. Kim too much.Mungkin ini adalah agendanya...."
Lelaki itu seperti terkedu.Antara percaya dengan tidak.Semuanya terpulang kepada kau, Mr Irhan Hadi.Yang penting, Ammar Mirza sudah menjalankan tanggungjawabnya.Selebihnya biar lelaki itu yang tentukan.
Semoga sinar kebahagiaan kembali mengiringi Si manis Ara Alana...
yang berada di hadapannya itu kelihatan kecil sahaja di matanya.
Share this novel