BAB 18

Romance Series 16994

Air mataku masih lagi bercucuran keluar. Perkhabaran daripada Imran Na'im betul-betul mengejutkanku.Dia tidak akan meneruskan perkahwinan kami.Hubungan antara kami sudah putus katanya.Allahuakhbar!

Tubuhku yang sudah dihias cantik kini sudah terjelepok di lantai.Terasa menggigil dan longlai seluruh badan.Tidak berdaya lagi rasanya untuk ku menahan.Betapa hancur dan luruh hatiku saat ini.Mengapa lelaki yang kucintai itu sanggup melakukan itu?Mengapa dia memungkiri janjinya?Pada hari bahagia kita pula tuu...

"Sabar, Ara...",Aina Sofea sudah memeluk ku erat.Dia turut menangis teresak-esak.
"Kenapa... kenapa dia sanggup buat aku macam ni,Aina.... kenapa dia sanggup malukan keluarga kami...Apa salah aku kat dia..". tanganku dengan spontan memukul dadaku berkali-kali.Terasa sakit yang teramat sangat di situ.

Aina Sofea menggeleng-gelengkan kepala.Sebak betul melihat situasi Ara Alana kini.
"Tak, Ara..Takk...Kau tak salah apa-apa.Dia yang salah sebab buat kau macam ni.Kau sabar,ya... mungkin ini ujian Allah SWT untuk kau dan keluarga kau.. mungkin Allah SWT nak bagi kau yang lebih baik..".

Kata-kata Aina Sofea langsung tidak dapat menenangkanku. Malah tangisan itu semakin kuat bunyinya.
"Ibu...ibu mana ...ibu mana,Aina...", aku seperti tersedar dari mimpi.Baharu aku teringat akan ibuku.Ya! Dari tadi lagi aku tidak nampak kelibat ibuku di mana-mana.Kali terakhir aku melihatnya ketika dia pengsan setelah mendapat perkhabaran itu.
"Ibu dah sedar Ara..Along dah bawakan doktor tadi.Sekarang dia dah tak apa-apa.Tengah berehat di dalam bilik.Acu ada dengan dia.Kau jangan bimbang..ya,Ara..."

Aku sekadar mengangguk lemah.Terbayang kisah pagi tadi.Acara akad nikah antara aku dan Imran Na'im akan berlansung dalam jam yang terdekat.Semua persiapan sudah dibuat.Khemah sudah berdiri megah.Aneka juadah sedia untuk dihidangkan.Aku juga sudah disolek cantik dengan padanan baju kurung moden berwarna krim.Hanya menunggu ketibaan para jemputan, jurunikah dan watak utamanya sahaja.


Tetapi apa yang tiba adalah wakil daripada pihak lelaki yang memulangkan kembali sebahagian barang hantaran semasa pertunangan.Allah...hancur luluh hatiku saat itu.Ibu apatah lagi.Jatuh pengsan dia dibuatnya. Ayah hanya mampu tersandar ke dinding. Kedua-dua orang abangku terkedu tidak mampu melakukan apa-apa.Begitu juga dengan adikku.


Apa yang pasti, semakin ramai mata-mata yang memerhati.Ya, Allah...apa yang akan ku khabarkan kepada mereka? Tentang perkahwinanku yang tak jadi? Tentang pengantin lelaki dah lari?Atau pengantin perempuan yang baharu sahaja ditinggalkan?Ah!Dan....air mataku gugur lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience