BAB 21

Romance Series 16994

Irhan Hadi masih lagi tidak percaya dengan apa yang berlaku.Adakah ini yang dinamakan takdir? Sesungguhnya dia sendiri tidak menyangka, pertemuannya dengan keluarga angkat yang dicarinya selama ini membawa kepada Ara Alana.Dan kini gadis manis itu sudah menjadi isterinya yang sah!

Dalam keadaan ini, Irhan Hadi seperti berbelah-bagi. Haruskah dia gembira? Haruskah dia gembira kerana Achik si budak nakal pada zaman kanak-kanaknya adalah Ara Alana.Ara Alana yang di zaman kininya mempunyai tempat istimewa di hati Irhan Hadi.

Atau seharusnya dia tumpang berduka dengan kejadian yang menimpa Ara Alana? Semestinya hati gadis itu sakit yang teramat sangat.Tentu sahaja harapannya untuk mendirikan rumahtangga bersama orang yang dicintai telah hancur berkecai.Apatah lagi apabila dia pula terpaksa menikahi seseorang yang bukan dalam kategori pilihan.

Pada mulanya, Irhan Hadi hanya berserah kepada Allah SWT.Dia sebenarnya tidak berapa pasti dengan keputusan yang diambil.Hati nakalnya juga berbisik, bagaimana sekiranya si gadis tidak seperti yang diharapkan?

Tetapi Irhan Hadi masih tetap menerimanya dengan hati terbuka.Andai itulah jodoh dan takdirnya, dia redho.Mungkin inilah yang dinamakan orang sebagai membalas jasa. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan bapa mahupun keluarga angkatnya terlalu besar baginya.

Teringat dia tentang gugupnya apabila jurunikah mula memulakan sesi lafaz akad nikah.Dia langsung tidak bersedia untuk berdepan dengan situasi itu.Tambahan pula jika selesai saksi menyebut kata keramat 'sah', maka dia harus menggalas tanggungjawab yang besar. Malahan jika tersilap langkah, Irhan Hadi juga akan memikul beban dosa sang isteri! Astaghfirullahhalazim...semoga semuanya dijauhkan.

Tetapi apa yang membuatkannya lebih gugup ialah apabila jurunikah menyebut nama Ara Alana! Berkali-kali Irhan Hadi meneguk air liur saat itu.Mendengar nama itu sahaja sudah cukup membuatkan jantungnya berdegup kencang. Adakah pemilik nama Ara Alana ini merupakan orang yang sama berada di dalam pemikirannya?Kalau ya, alangkah bertuahnya..Dan akibatnya, tiga kali akad beb!

"Sudah-sudahlah tu Hadi...Jauh benor temenungnya..Dah jauh malam sangat ni.Orang lain semuanya dah tidur.Tinggal kamu saja.Pergi la tidur...",tegur Pak Long.
"Err...kejap lagi la Pak Long.."
"Aikkk...Pak Long apanya...Dah boleh panggil abah dah...",lelaki separuh usia itu tergelak besar.

Irhan Hadi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Segan pula rasanya.
"Ya,Pak Long...err...aa..abahh..."
"Ha,camtu lah!",Pak Long menepuk bahu Irhan Hadi berkali-kali.Terhibur dia dengan karenah menantu barunya ini.
"Kita ni bukannya orang asing,Hadi..Dari dulu lagi abah dah anggap kamu macam anak kandung sendiri.Kehadiran kamu pada hari ini betul-betul memberi rahmat buat kami sekeluarga.Kalau tak da kamu abah tak tau nak buat apa dengan Achik.Terima kasih Hadi sebab sudi menerima Achik...", kata-kata Pak Long begitu tulus dan ikhlas.Sayu Irhan Hadi mendengarnya.

"Tak abah...Hadi yang seharusnya berterima kasih kat abah.Terima kasih atas kasih sayang abah selama ini.Terima kasih sebab sudi membesarkan Hadi.. Terima kasih abah..Jasa dan pengorbanan abah tak mampu untuk Hadi membalasnya...", Irhan Hadi memeluk lelaki itu erat.Butiran-butiran jernih mula bertakung di kelopak matanya.Ah!Dia bukan seorang lelaki yang mudah menangis.Dari kecil lagi Irhan Hadi sudah diajar agar berjiwa kental oleh arwah bapanya.


Tetapi situasi ini betul-betul membuatkannya tersentuh. Dan akhirnya,air mata itu berguguran jua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience