BAB 77

Romance Series 16994

Kad eksklusif berwarna emas disuakan wanita itu kepadaku.Dalam keadaan teragak-agak, aku mengambilnya jua.Membuka lalu menelitinya. Sah! Seperti apa yang aku jangkakan.Itulah ia.. Itulah ia sekeping kad undangan perkahwinan!Meraikan pengantin baharu, Ameera Hanna dengan pasangannya...

Irhan Hadi? Hampir terlompat keluar jantungku dibuatnya.Berderau sekejap darahku.Walaupun dari awal lagi sudah ku duga, tetapi apabila sahaja mataku terpandang bait-bait nama itu, serta-merta lidahku menjadi kelu.Air mataku terasa bergenang.

Namun aku harus bertahan.Dalam keadaan itu, ku cuba berlagak selamba.Kad tersebut ku letakkan kembali di atas meja seolah-olah tiada apa yang berlaku.Sedangkan di dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.Wanita itu pula kelihatan seperti sengaja membaca reaksi ku.Aku meneguk liur.Moga ia memberikan sedikit kelegaan buat diri ini.

Dia kemudiannya menyuakan beberapa keping kertas berbentuk dokumen dan meminta ku untuk menandatangani nya.Kali ini mataku pula terbeliak besar.Dan hampir-hampir sahaja tersembul keluar apabila isinya sudah siap ditandatangani oleh lelaki itu.

Allahuakbar! Betulkah apa yang baharu ku lihat ini?Lelaki itu...lelaki yang bernama Irhan Hadi itu.. Betulkah dia bersetuju untuk menceraikan ku?Allah...Terasa lemah sendi-sendi lutut ku. Tubuhku pula seakan menggigil.Hilang nyawa separuh badan.Air mata yang cuba ku tahan, kini tewas jua.

Wanita keturunan Korea itu tersenyum mengejek. Sudah ala-ala perempuan sihir pula lagaknya. Puas hati agaknya apabila berjaya membuatkan aku menangis!

"I hope you understand, Miss Ara Alana Adam Mukhriz..Irhan Hadi has done his job.I think, he already knows who you are..what kind of woman can you be..Now, you have to keep your promise. Leave him and I will restore your brother's careers ... "

Aku mengetap bibir.Wajah wanita di hadapanku ini ku renung dalam-dalam.Mahu sahaja aku menerkam ke arahnya.Menarik rambutnya yang ala-ala mi Maggie itu.Kemudian dimasakkan kerabu.Siap perah asam limau lagi.Wah! Baharu puas hati aku.

Namun, cepat-cepat aku beristighfar beberapa kali.Ku tarik nafas dalam-dalam.Kemudian melepaskannya perlahan.Semoga aku diberikan kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi perempuan sihir ini.

Walaupun begitu, hatiku masih terasa sakit. Tergamak dia.Tergamak Irhan Hadi memperlakukan perkara itu kepadaku.Aku tahu ppdia marah.Aku tahu dia akan mengakhiri hubungan kami.Tetapi bukan seawal ini.Bukan sedekat ini.Malah dia tanpa rasa bersalah akan segera berkahwin.Huh! Di manakah janji-janjinya yang dulu?

"So, Miss Ara..what are you waiting for.Just do it!", Mrs Kim seperti memaksa.Ya! Tentu sahaja dia memaksa.Dia sanggup datang dari jauh semata-mata ingin mendapatkan persetujuan perceraian daripadaku.Ah! Kenapa Mr Irhan Hadi sendiri tidak datang?

Dengan lafaz bismillah, aku akhirnya menandatangani borang itu juga.Mungkinkah ini pengakhirannya? Ya Allah! Andai ini satu bentuk ujian daripada-Mu, aku terimanya dengan redha..

"Okay, Miss Ara.It's nice to deal with you. Wait for a good news from me", wanita itu terus berlalu pergi setelah dapat apa yang dihajati.
Aku pula hanya mampu melepaskan satu keluhan yang amat berat.Air mataku kini turun dengan lebih deras lagi.Kini aku harus memikul amanah Allah ini seorang diri...

"Achik....", tiba-tiba suara yang amat aku kenali itu menyapa.Aku sedikit tersentak.
"Aaa..aabahh...Aaalongg..?",aku terkedu.
Kenapa mereka ada di sini?Dengarkah mereka?Aduhai...apa yang harus aku lakukan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience