Bab 58

Romance Completed 41738

Benji berjalan menuju ke platform tren ERL yang membawa penumpang ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket jaket. Dia memerhatikan beberapa orang lelaki yang sedang menunggu di platform. Matanya terhenti kepada seorang lelaki Eropah yang sudah agak berumur.

Lelaki itu mungkin sedang menunggu tren ke KLIA sambil membaca surat khabar. Benji mengambil keluar sekeping gambar hitam putih, gambar seorang lelaki berbangsa Eropah yang dicarinya. Ternyata gambar itu menyerupai lelaki yang sedang membaca surat khabar di hadapannya. Bibirnya nipis, dahinya luas dan rambutnya pendek dan lurus.

Benji melihat-lihat sekeliling. Lelaki itu mungkin berseorangan tanpa orang-orang bawahannya. Apabila dia sudah berasa selamat, Benji menghampiri lelaki itu dan duduk di sebelahnya selama beberapa saat. Benji kemudian merapatkan tubuhnya kepada lelaki itu untuk berbisik ke telinganya dalam bahasa Inggeris, “Encik Adam, saya tahu di mana Noor Chenta berada.”

Adam, lelaki yang membaca surat khabar di sebelah Benji terus membaca seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Dia membuka helaian-helaian surat khabar itu dengan tenang.

“Adakah maklumat ini percuma?” Adam bertanya perlahan.

“Tidak ada yang percuma di dunia ini, Encik Adam. Pergi tandas pun kena bayar,” Benji menjawab.

Seketika kemudian, kedengaran pengumuman akan ketibaan tren ke KLIA dua minit lagi.

“Kalau begitu, awak harus tunjukkan bukti kepada saya dahulu, baru kita boleh berurusan kerana saya tak kenal awak.”

“Ya, saya rasa kita harus berkenalan dulu.” Benji bersetuju dengan cadangan Adam.

Sebuah tren berhenti betul-betul di hadapan mereka berdua. Beberapa orang penumpang masuk dan keluar dari tren tersebut.

“Baiklah, jumpa saya di Hotel Suria pada pukul 8.00 malam esok. Katakan kepada penyambut tetamu, awak mahu berjumpa dengan Harry Potter.” Adam Malik bangun dan terus menaiki tren di hadapannya tanpa menunggu jawapan daripada Benji.

Benji menarik nafas panjang. Benarlah ini Adam yang dimaksudkan oleh Alara dalam suratnya. Dia sendiri pernah melihat Adam menghantar Alara pulang ke apartmen mereka di Brussels dahulu.

Tetapi, nama Harry Potter itu dirasakan sedikit lucu. Mungkin itu adalah kod pengenalan.

Tren tersebut kini sudah bergerak melepasi had pandangan. Benji bangun dari tempat duduknya. Jam pada tangannya sudah menunjukkan pukul 9.32 pagi. Masih ada cukup masa untuk dia tiba ke pejabat untuk menghadiri mesyuarat pada pukul 10.30 pagi nanti.

Benji membuka pintu Hotel Suria. Hotel itu terletak berdekatan dengan Jalan Ipoh, di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur. Hotel ini tidak begitu dikenali, malah ketika Adam mahu berjumpanya di hotel ini semalam, dia tidak tahu di mana lokasinya. Setelah membuat sedikit penyelidikan, hanya ada tiga hotel bernama Hotel Suria, satu di Kuala Lumpur, satu di Ipoh dan satu di Kota Bharu.

...bersambung

Bab akan datang:
Apa yang cuba Benji cari di kawasan itu? Adakah dia ingin menjejak Alara?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience