Bab 5

Romance Completed 41738

"Sabar, Benji. Memang susah sikit nak cari rumah sewa di Brussles dalam waktu sebegini. Kebanyakannya dah penuh,” Faizal cuba menenangkan Benji.

“Aku tak kira, aku tetap tak puas hati. Ini pertama kali aku datang ke Brussels, aku tak tahu bagaimana nak cari rumah dan aku tak faham bahasa mereka! Tengoklah rumah ni, macam rumah hantu saja.” Benji masih belum berpuas hati.

“Ini kunci. Menurut kata pegawai di pejabat tadi, nama teman serumah kau, Alara. Rumah ini rumah sementara sehingga AvioNet berjaya mencari rumah untuk kau.” Faizal menyerahkan dua bentuk kunci kepada Benji.

“Alara?”

“Pegawai tu kata, Alara hanya akan tinggal di sini selama beberapa bulan lagi. Aku kena pergi ke pejabat sekarang. Telefon aku kalau ada apa-apa masalah nanti.” Faizal mengangkat tangannya tanda selamat tinggal.

Hati Benji masih panas ketika Faizal berlalu pergi. Dia membelek-belek kunci yang baru sahaja diberikan oleh Faizal dan cuba untuk membuka pintu rumah tersebut. Secara tiba-tiba daun pintu itu dibuka dari dalam. Benji hampir jatuh tersungkur.

“Oh, I am sorry!’’ Gadis yang membuka pintu itu meminta maaf.

“Sorry? Sorry naik lorilah!” Benji menjerit dengan marah.

“Maaf, saya tak sengaja!” Gadis itu mula berbahasa Melayu.

Walaupun agak pelat tetapi gadis Eropah yang berada di depan mata Benji memang benar-benar menuturkan kata-kata itu dalam bahasa Melayu. Gadis itu menarik beg pakaian Benji masuk ke dalam rumah.

“Awak okey?” Gadis itu bertanya sebaik sahaja dia menutup pintu. Dia membantu Benji untuk berdiri semula.

Benji mengurut-urut sedikit kepalanya yang sakit kerana terhantuk semasa jatuh di tepi pintu tadi. Dia dapat merasakan kepalanya benjol sedikit.

“Ada ais di dapur. Mari, saya ambil ais untuk awak.” Gadis itu membawanya masuk ke ruang dapur.

Benji meneliti rumah itu sambil berjalan perlahan mengikuti gadis itu. Walaupun rumah ini nampak seperti sebuah bangunan yang sangat lama dari luar, tetapi apabila dia masuk ke dalamnya, rumah ini nampak moden.

Terdapat sebuah televisyen plasma dan satu set sofa kulit di ruang tamu. Catnya masih baru dan siling plaster yang kemas buatannya itu membuatkan rumah itu nampak segar.

Benji duduk di kerusi makan di dapur. Dapur rumah itu lengkap dengan semua peralatan memasak, dapur, ketuhar gelombang mikro dan pembakar roti.

Gadis itu mengambil beberapa kiub ais dari dalam peti sejuk dan membawanya ke singki. Dia mengambil sehelai tuala bersih yang disimpan di dalam sebuah kabinet, membalut beberapa ketul kiub itu dan meletakkannya pada kepala Benji.

“Nama saya Alara.” Gadis itu tunduk sedikit sambil menghulurkan tangan untuk berkenalan.

...bersambung

Bab akan datang:
Siapakah Alara? Adakah Benji akan tinggal serumah dengan gadis itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience