Bab 72

Romance Completed 41738

Tetapi itu semua adalah salahnya sendiri. Dia terlalu yakin dengan kemampuannya sendiri sehingga dia terlepas pandang beberapa perkara penting. Kini dia tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Sepuluh tahun di dalam penjara sudah cukup mengajarnya agar lebih teliti dalam setiap gerak-gerinya.

Matanya semakin berat tetapi dia cuba untuk bertahan. Notarbartolo memasang wayar ipod ke telinganya untuk mendengar lagu-lagu klasik. Lagu-lagu Vivaldi, Bach, Mozart dan Beethoven itu selalu membuatkan dirinya berasa lebih tenang.

NOTARBARTOLO, Freddie dan Raoul tiba di Lapangan Terbang Changi hampir pukul 6.00 pagi. Mereka menunggu di terminal berlepas seperti yang dirancang. Freddie yang memandu sepanjang malam nampak terlalu penat dan terus mencari kerusi panjang untuk berbaring. Raoul pula memeriksa keadaan sekeliling. Orang yang ditunggu masih belum tiba.

“Aku tak percayakan dia. Aku rasa dia tipu kita,” Raoul duduk di sebelah Notarbartolo sambil mengomel.

“Sabar, Raoul. Dia perlukan sesuatu yang penting daripada aku sebagai balasan. Dia pasti akan datang,” Notarbartolo menjawab sambil membuka senaskhah majalah yang baru sahaja dibelinya.

Selepas setengah jam, orang yang ditunggu masih belum sampai lagi. Terdengar dengkuran Freddie yang semakin kuat.

Seorang wanita berbangsa Eropah duduk berdekatan dengan mereka sambil memberikan satu senyuman kepada Raoul. Wanita itu memakai kemeja-T dan jean serba hitam serta sebuah loket yang besar. Susuk badannya agak lebih besar daripada wanita biasa. Jalannya agak kasar. Kulitnya juga nampak sangat kasar seperti seorang lelaki. Jika dia berambut pendek, sudah pasti semua orang menyangka dia adalah lelaki.

“Sekejap lagi kita akan check in. Di mana dia?” Raoul mengomel lagi dengan nada yang lebih resah.

“Sabar, Raoul. Dia pasti akan datang,” balas Notarbartolo yang masih lagi membelek-belek majalah.

“Kalau dia tak datang, bagaimana?” Raoul bertanya.

“Kalau dia tak datang, kita akan terus check in. Kita tidak akan tukar rancangan asal. Kita akan bertemu dengannya di tempat lain, mungkin setelah sampai di Rome,” balas Notarbartolo sambil memandang muka Raoul.

Setelah menunggu hampir sejam, terdengar pengumuman panggilan untuk check in bagi penerbangan ke Rome. Notarbartolo berhenti membaca majalah dan mula melihat sekeliling.

Pandangannya terhenti pada wanita Eropah yang memakai pakaian serba hitam itu. Wanita itu mengangkat kening apabila Notarbartolo memandang ke arahnya.

“Nampaknya dia tak datang,” Raoul mendengus.

“Dia berada di sekitar sini. Kita boleh check in sekarang,” balas Notarbartolo sambil menepuk kaki Freddie yang masih lagi tidur.

KETIGA-TIGA mereka tidak mempunyai sebarang masalah untuk melepasi kaunter pemeriksaan kastam dan mereka masuk ke dalam pesawat dengan hati yang tenang.

“Mana Antonia Lombardi?” Freddie bertanya. Baru kini dia sedar Antonio tidak bersama mereka.

...bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience