Bab 20

Romance Completed 41738

Benji terus mengangkatnya ke dalam kamarnya sendiri. Dia cuba membuka pintu bilik Alara tetapi ia ketat berkunci. Dia mengambil sedikit air dan cuba merenjis-renjiskannya pada muka Alara tetapi dia tetap tidak terjaga. Benji semakin panik.

Benji kemudiannya mengambil kunci rumah dan keluar ke kaki lima. Dia masih ingat lagi ada sebuah klinik berdekatan, hanya beberapa blok dari rumahnya. Dia mahu memanggil doktor untuk datang ke rumahnya merawat Alara.

“SHE fainted probably because she is too tired, she did’t drink enough water and she didn’t eat well. Do you know why she is behaving like this? Is she in some kind of misery?” Doktor yang merawat Alara bertanya sebaik sahaja dia duduk di ruang tamu.

“She didn’t come home for many days, I don’t really know what happened,” Benji menjawab dengan bersahaja.

“She will be fine. Just make sure she drinks a lot of water and not to skip any meals. You can buy this medicine at the pharmacy.” Doktor itu memberikan sekeping kertas yang dituliskan nama ubat yang perlu dibeli. Dia juga menghulurkan sekeping kertas lagi yang menunjukkan kos rawatan untuk hari itu.

“Thanks, doctor.” Benji membayar kos perubatan sambil mengucapkan terima kasih.

Benji kembali ke kamar. Dia nampak Alara sudah berbaring dengan tenang.

“Terima kasih, Benji,” Alara bersuara sebaik sahaja Benji datang menghampirinya.

“Doktor kata awak tak makan dan tak minum? Kenapa, Alara? Awak ada masalah?”

Alara mendiamkan diri seketika. Matanya nampak sedikit berkaca.

“Saya semakin banyak dapat kerja-kerja penterjemahan di tempat yang agak bahaya. Tugasan di sini memang agak mencabar. Mungkin saya tak mahu teruskan tugasan ini lagi. Saya mahu cari tugasan lain.”

“Baguslah kalau begitu. Saya kasihan tengok awak patah jari, pengsan dan kena kejar.”

“Benji, boleh tolong saya?”

“Apa pertolongan yang awak perlukan?”

“Kalau ada apa-apa terjadi pada saya, awak perlu cari dan simpan kotak ini. Jangan berikan kepada sesiapa dan jangan beritahu sesiapa mengenai kotak ini.”

Benji mengambil kotak yang diberikan oleh Alara. Ia adalah sebuah kotak kecil yang dibalut dengan kain berwarna hitam, sama seperti kotak yang diberikan oleh Adam kepada Alara pada malam Benji terjaga daripada tidur dan mengintai mereka berdua di ruang tamu.

“Apa yang ada di dalamnya?”

“Cuma pemberian kawan saya, saya diamanahkan olehnya untuk menjaganya dengan baik. Sebutir batu permata,” Alara menjawab. Dia membuka kotak itu perlahan-lahan dan menunjukkan isinya kepada Benji.

Sebutir batu permata berwarna biru yang berada di dalam kotak itu kelihatan berkilau disinari cahaya lampu.

“Cantik permata ini!” Benji menegur. Hatinya semakin curiga dengan Alara.

Alara menutup semula kotak itu dan menyimpannya di bawah bantal.

“Saya simpan di sini untuk malam ini,” Alara menjawab sambil memberikan senyuman hambar kepada Benji.

“Awak berehatlah dulu. Saya mahu keluar dapatkan ubat awak di farmasi. Nanti saya datang jumpa awak lagi,” Benji bangun dan mula bersiap untuk keluar.

...bersambung

Bab akan datang:
Apakah makna disebalik pemberian permata biru itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience