Bab 82

Romance Completed 41738

Dari jauh, Alara nampak dua orang ahli kumpulan samseng itu mengusung wanita yang terperangkap tadi itu keluar dari rumah tersebut melalui pintu belakang. Dia nampak kesan lecur yang agak teruk. Daripada perbincangan ahli-ahli kumpulan, Alara dapat tahu wanita itu sudah meninggal dunia.

Mereka memasukkan mayat wanita itu ke dalam sebuah guni dan meletakkannya di atas tanah. Mereka mencurahkan minyak dan mula menyalakan api untuk membakar mayat itu. Api menjulang dan kesemua ahli kumpulan masuk ke dalam rumah.

Pada ketika itulah Alara mendapat satu akal. Mayat yang dibakar rentung sukar untuk dikenali. Pemeriksaan DNA juga hanya akan dijalankan jika mendapat kebenaran daripada pihak keluarga. Selalunya mayat dikenalpasti melalui barang-barang logam yang dipakai oleh mangsa jika tidak lebur. Kadang-kadang sisa-sisa dokumen pengenalan juga boleh dijadikan bukti.

Sepantas kilat Alara membalingkan jaket yang dipakainya ke dalam api. Butang besi jaket itu tidak mudah lebur. Dia juga membalingkan dokumen pengenalan dirinya ke dalam api yang sudah agak kurang marak itu. Pada waktu itulah nama dan identiti Alara berakhir.

Pada hari yang sama, Alara menghubungi beberapa kenalannya yang boleh memberikannya identiti yang baru, Aishar.

“Adakah benar awak mencuri beberapa butir berlian lain daripada Notarbartolo?” Benji bertanya sebaik sahaja Aishar menamatkan ceritanya.

“Saya tak curi. Berlian itu saya cuma ambil daripada seorang pencuri yang mencuri berlian itu daripada seorang pencuri yang lain. Tuan empunya berlian itu yang asal, syarikat De Beers sudahpun mendapat pampasan daripada syarikat insurans apabila berlian itu dicuri.”

“Apa yang awak buat dengan semua berlian itu?”

“Berlian mentah sukar untuk dijejak dan jika dicanai dengan baik, berlian itu dapat dijual dengan harga yang tinggi terutama di Eropah.”

“Awak buat semula apa yang Notarbartolo buat?”

“Saya cuma lakukan untuk selamatkan diri saya, tak lebih daripada itu. Jangan samakan saya dengan Notarbartolo.”

“Jadi, dari situlah awak dapat wang untuk membuat pembedahan plastik?”

“Awak juga bijak, Benji. Selain pembedahan, saya juga perlukan identiti baru, seorang pengusaha restoran.”

“Dan awak juga gunakan wang itu untuk membina restoran ini? Tindakan yang bijak, Aishar.” Senyuman Benji semakin lebar.

“Saya pernah berjanji saya akan pulang. Kini saya dah pulang dan saya akan tinggal di sini untuk selama-lamanya.”

Benji tiba-tiba melutut. “Aishar, sudikah awak berkahwin dengan saya?”

Dengan senyuman, Aishar menjawab, “Saya sudi.”

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience