Bab 55

Romance Completed 41738

“Sudah baliklah. Ini restoran, bukan hotel. Sudah habis minum, dia baliklah!” jawab lelaki Cina itu.

Benji menarik nafas panjang dan mula berjalan keluar dari restoran tersebut. Dia menyentuh sampul surat di dalam poketnya. Semakin banyak perkara pelik yang berlaku semenjak dia mengenali Alara.

Benji bersandar di satu tiang berdekatan dan mengambil surat yang disimpannya tadi dan mula membaca kandungannya.

Benji,

Jika awak membaca surat ini dan Noor Chenta masih berada bersama awak, bermakna awak seorang yang berhati mulia dan mahu mencari kebenaran. Ramai yang mudah terpedaya dengan kekayaan dan wang ringgit tetapi awak bukan dalam golongan itu. Saya berbangga mengenali awak.

Tetapi awas, Benji! Awak akan sentiasa berada dalam keadaan bahaya jika awak masih memiliki Noor Chenta.

Hanya Adam dapat membantu awak. Adam adalah ketua skuad Alpha. Setiap pagi Isnin, dia akan menaiki tren ERL lebih kurang pukul 9.00 pagi untuk menghadiri mesyuarat di salah satu lokasi pilihan. Bersama surat ini, disertakan gambar Adam supaya awak dapat mengenalinya ketika mencarinya nanti. Hanya dia yang dapat memastikan awak selamat.

Saya doakan awak selamat, Benji.

Alara

BENJI membaca surat itu berulang kali sambil meneliti gambar yang disertakan bersama. Surat itu terlalu pendek, seolah-olah ditulis dengan tergesa-gesa. Tidak ada penjelasan mengenai Adam sepenuhnya dan gambar Adam juga adalah gambar hitam putih yang kurang jelas imejnya. Skuad Alpha yang disebut dalam surat itu juga tidak diterangkan secara terperinci. Walau bagaimanapun, hati Benji sudah tetap. Dia akan mencari Adam untuk menyelesaikan perkara ini. Abbas sudah terbunuh dan dia tidak mahu sebarang pertumpahan darah berlaku lagi.

JALAN Telawi, Bangsar tidak begitu sibuk malam itu. Kebanyakan tempat letak kereta di jalan itu sudahpun penuh dan agak sukar untuk mencari tempat yang kosong. Notarbartolo berpusing di jalan yang sama hingga tiga kali, tetapi masih belum dapat mencari tempat letak kereta yang kosong. Akhirnya, dia meletakkan sahaja keretanya di tepi jalan kawasan perumahan yang berdekatan dan berjalan ke Jalan Telawi.

Notarbartolo masuk ke dalam sebuah restoran Itali di situ sambil mencari-cari orang yang perlu ditemuinya. Malam itu restoran itu hampir penuh dan kebanyakan pelanggannya orang berkulit putih. Matanya liar mencari. Akhirnya, dia menemui seorang lelaki berkulit putih bertubuh kecil dengan rambut kerinting. Lelaki itu sedang asyik menikmati makanan yang terhidang berseorangan.

Notarbartolo bergerak menuju ke meja lelaki tersebut. Lelaki itu ternampak kelibat Nortarbartolo dari jauh dan menggamitnya.

Dalam bahasa Itali, lelaki itu menyapa sebaik sahaja Notarbartolo sampai ke mejanya.

“Leo, sila duduk.”

Notarbartolo duduk di hadapan lelaki itu. Inilah lelaki yang paling setia bekerja dengannya selama lebih 20 tahun dalam School of Turin.

...bersambung

Bab akan datang:
Apakah kelebihan Frediano Russo yang setia bekerja dengan Notarbartolo?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience