Bab 68

Romance Completed 41738

“Nama lelaki ini ialah Antonio Lombardi. Kami rasa dia adalah pengumpul maklumat Notarbartolo. Dia selalunya bergerak secara berseorangan tapi dia mungkin dibayar untuk melakukan beberapa tugasan penting dalam setiap rancangan Notarbartolo.”

“Jadi, dia tidak begitu penting dalam penyiasatan ini?”

“Mungkin kami boleh dapatkan lebih maklumat jika kami dapat bercakap dengan lelaki ini. Bila awak nampak dia di lobi hotel ini?”

“Saya nampak semasa kali pertama saya bertemu dengan awak di sini.”

“Maksudnya, dia mungkin sudah tahu lokasi markas kita. Terima kasih, Benji. Maklumat yang awak berikan sangat membantu.”

Adam terus sahaja membuat beberapa panggilan telefon selepas itu.

Semasa Benji masuk ke bilik kerja Adam di markas sementara Hotel Suria, Adam sedang memeriksa Noor Chenta dengan teliti. Dia telah menanggalkan berlian itu daripada cincinnya dan diletakkan di dalam sebuah bekas khas.

“Benji, saya risaukan keselamatan ibu awak. Saya sudah mengarahkan dua orang pegawai polis memantau pergerakan ibu awak untuk memastikan keselamatannya,” Adam memulakan bicara dalam bahasa Inggeris sambil membuka sebuah peti besi kecil di dalam sebuah kabinet kecil berdekatan dengan mejanya.

“Ini berlian yang asli?” Benji bertanya sambil melihat butiran berlian yang berada di atas meja dengan teliti.

“Ya, ini yang asli. Tempat yang paling selamat pada waktu ini adalah peti besi di bilik saya ini.”

“Awak pasti tempat ini selamat, Adam?”

“Peti besi ini hanya dapat dibuka dengan cap jari saya.”

“Saya pernah mereka perisian sebegitu untuk De Beers dulu. Ia masih dapat dipintas jika mengalami gangguan elektrik.”

“Tak perlu risau, Benji. Saya ada bateri back up. Sekiranya berlaku sebarang gangguan elektrik, bateri ini akan terus menjalankan tugasnya menggantikan arus elektrik.”

“Kalau begitu, saya rasa tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan. Saya pasti ia akan selamat,” Benji memberi jaminan.

Adam memasukkan berlian Noor Chenta ke dalam peti besi itu dan menutupnya. “Benji, saya panggil awak ke sini untuk berbincang mengenai bantuan yang saya perlukan untuk memancing Notarbartolo.”

“Baiklah, saya bersedia untuk mendengarnya.”

“Awak mungkin perlu mengambil cuti selama beberapa hari untuk membantu saya.”

“Itu boleh diuruskan.”

“Baiklah, saya akan panggil semua yang terlibat sekarang.” Adam terus membuat panggilan untuk memanggil anak-anak buahnya masuk ke biliknya.

Perbincangan hari itu diketuai oleh seorang lelaki yang berasal dari Itali. Dia telah dibawa khas daripada Jabatan Polis Itali kerana pengalamannya menguruskan kes Notarbartolo sehingga dia berjaya ditangkap dan dipenjarakan. Benji mendengar dengan penuh minat. Rancangan ini nampak agak berbahaya tetapi dengan adanya Skuad Alpha, rancangan ini pasti akan berjalan dengan lancar.

Perbincangan hari itu memakan masa yang agak lama. Dalam perancangan Adam, Benji mempunyai tugasannya tersendiri, memastikan Notarbartolo tahu yang dia masih memiliki Noor Chenta.

...bersambung

Bab akan datang:
Adakah rancangan mereka akan berjaya memancing Notarbartolo sehingga ditangkap?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience