Bab 41

Romance Completed 41738

“Apa yang berlaku di sana?”

“Alara dan kumpulan penarinya berada di sana. Dia menari untuk majlis itu dan akhirnya dijemput oleh seorang lelaki Itali untuk membuat persembahan.”

“Lelaki Itali? Awak ingat namanya?”

“Entahlah, Nor… Norto… Saya tak ingat.”

“Notarbartolo?”

“Ya, Notarbartolo!”

“Selepas itu, awak jumpa dia lagi?”

“Banyak kali juga selepas itu. Kami banyak menghabiskan masa bersama.” Kelihatan sedikit air mata mengalir di pipi Benji.

“Cuma setiap kali saya bersama dia, saya rasa seperti diperhatikan sepanjang masa. Macam cerita spy dalam televisyen, mesti ada orang yang sama berada berdekatan. Saya ingat lagi seorang pengemis yang saya jumpa di Brussels, saya juga selalu nampak dia setiap kali saya bertemu dengan Alara. Tapi entahlah, mungkin itu hanya igauan saya.”

“Awak tahu apa-apa mengenai berlian Noor Chenta?”

“Ya, saya pernah terbaca mengenai Noor Chenta di Brussels, sebutir berlian yang hilang semasa kejadian rompakan lama dahulu. Inspektor, adakah pembunuhan Alara ada kaitan dengan Noor Chenta?”

“Saya sedang mengkaji semua kemungkinan, Benji.”

“Saya masih ingat lagi pada suatu malam di Brussles, saya terjaga daripada tidur ketika Alara masuk ke rumah. Melalui pintu bilik saya, ada seorang lelaki bernama Adam yang telah menghadiahkan Alara sebutir batu permata yang dinamakan Noor Chenta. Juga semasa Alara jatuh sakit di Brussels, dia pernah memberitahu saya agar menyimpan Noor Chenta sekiranya ada apa-apa yang berlaku kepadanya. Dia pernah menunjukkan permata itu kepada saya. Saya sepatutnya merahsiakan perkara ini tetapi saya mahu kematiannya terbela, Inspektor.”

“Jadi, benarlah Noor Chenta itu pernah berada di tangan Alara?”

“Saya tak begitu pasti adakah berlian yang ditunjukkan kepada saya itu benar-benar Noor Chenta yang asli. Siapa sebenarnya Alara, Inspektor? Pencuri berlian?”

“Dia sebenarnya adalah ejen polis antarabangsa, Interpol. Tugasan terakhirnya ada kaitan dengan berlian Noor Chenta. Sekarang mayat Alara ditemui terbakar dan berlian itu tidak dapat dijumpai.”

“Ejen Interpol?” Benji benar-benar terkejut dengan kenyataan Inspektor Jalil.

“Adam adalah ketuanya. Kes ini sudah menjadi kes antarabangsa.”

Benji terdiam seketika. Ternyata masih banyak perkara mengenai Alara yang masih belum diketahuinya lagi.

“Terima kasih, Benji. Saya rasa maklumat yang awak berikan sudah mencukupi. Jika ada perkembangan kes ini, saya akan menghubungi awak.” Inspektor Jalil menghulurkan tangan sambil bangun dari tempat duduknya.

Benji bangun dan menyambut tangan Inspektor Jalil.

Bola keranjang yang dilontarkan oleh seorang anak muda terlantun jauh ke luar gelanggang dan hampir mengenai kepala Benji.

Benji mengambil bola itu dan melontarkannya ke dalam gelanggang semula. Kedua-dua anak muda yang berada di dalam gelanggang itu tersenyum dan mengangkat tangan tanda terima kasih.

...bersambung

Bab akan datang:
Adakah Benji akan turut menyiasat secara sembunyi untuk mengetahui tentang Alara?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience