Bab 44

Romance Completed 41738

Dua pucuk surat pula dialamatkan kepada ibunya, Puan Maria dengan ayat “Urusan Seri Paduka Baginda”. Nyata tidak ada surat sepertimana yang dikatakan oleh gadis itu.

Benji teringat akan sesuatu. Pantas dia mengambil kunci dan masuk ke ruang tamu. Baru dia teringat ada sekeping sampul surat berwarna kuning yang diambilnya dari peti surat itu pada malam Inspektor Jalil menemuinya di situ. Sampul surat itu tidak mempunyai setem dan dialamatkan kepadanya. Dia sudah hampir lupa mengenai sampul surat berwarna kuning itu.

Benji tidak begitu ingat di mana dia meletakkan sampul surat itu. Seingatnya, dia telah mengambil sampul surat itu dan meletakkannya di ruang tamu. Kemudian, dia naik ke biliknya.

Benji membuka semua lampu di ruang tamu sehingga ke ruang dapur. Seluruh tingkat bawah rumah itu terang-benderang pada pukul 2.00 pagi. Benji mula mencari sampul surat kuning itu, bermula dari ruang tamu hingga ke ceruk dapur. Malangnya, tidak bertemu.

Benji akhirnya duduk di sofa. Mahu sahaja dia memanggil ibunya untuk bertanya tetapi jam pada dinding sudah pun menunjukkan pukul 3.00 pagi. Matanya juga sudah semakin layu. Dia berbaring seketika di sofa, menutup matanya sambil mengingat kembali malam yang mana Inspektor Jalil tiba dengan dua orang pegawai polis. Badannya terasa sangat penat. Matanya pedih dan kepalanya terasa semakin berat. Sedikit demi sedikit bayangan Inspektor Jalil dan dua orang pegawai polis itu hilang diganti dengan dengkuran yang kuat.

“Kamu cari apa ni, Benji? Habis semua barang di sini kamu sepahkan. Siapa yang nak kemas nanti ni?” Puan Maria bertanya sebaik sahaja dia turun ke ruang tamu.

Benji tidak menjawab pertanyaan Puan Maria.

“Hei, Benji. Kamu cari apa ni?” Puan Maria menepuk bahu Benji.

“Cari barang penting ni, ma!” Benji menjawab.

“Barang apa?”

“Sampul surat warna kuning. Mama ada nampak?”

“Banyak sampul surat kuning yang mama jumpa, yang mana satu?”

“Sampul surat kuning, sebesar saiz kertas A4. Ada nama Benji di atasnya. Tak ada setem.”

“Ada rasanya mama nampak dua tiga hari lepas.”

“Mama ada jumpa? Mama simpan di mana?”

“Mama letak di atas TV rasanya.”

“Atas TV?” Pantas Benji menuju ke arah televisyen.

“Tak ada pun, ma!” jerit Benji, tidak berpuas hati.

“Cari betul-betul, Benji. Mungkin ada di belakang rak TV tu, mungkin jatuh di situ,” Puan Maria membalas.

Benji menarik rak televisyen itu ke hadapan. Benar seperti kata ibunya, sampul surat itu telah terjatuh ke celah rak televisyen tersebut.

Benji pantas mengambil sampul surat kuning itu dan mula membukanya dengan hati yang penuh debaran.

“Apa yang penting sangat ni, Benji, sampai pukul 9.00 pagi hari Ahad kau nak jumpa aku ni?” Azhari membuka pintu sambil menggosok-gosok matanya.

...bersambung

Bab akan datang:
Apa yang terkandung di dalam sampul surat kuning itu? Siapa pengirimnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience