Bab 48

Romance Completed 41738

Ada beberapa orang pengumpul permata sanggup membayar lebih daripada harga pasaran untuk koleksi peribadi mereka. Oleh itu, ada beberapa kumpulan bawah tanah yang sanggup melakukan apa-apa saja untuk mendapatkan Noor Chenta kerana nilainya yang tinggi.”

“Apa-apa saja?”

“Ya Benji, apa-apa saja! Nasihat aku, lebih baik kau hantar saja ke mana-mana muzium!”

“Jadi, kau kenal siapa yang berminat untuk membeli Noor Chenta dengan harga pasaran?”

“Aku tak mahu terlibat, Benji. Itu saja yang aku dapat tolong. Kau kena pergi sekarang!” Abbas bangun dan bergegas berjalan kembali ke kedainya. Dengan tergesa-gesa, dia membuka pintu kedai dan kemudian mengunci semula pintu kaca itu dari dalam.

Benji yang ditinggalkan di luar kedai menyumpah-nyumpah dari hadapan pintu.

Benji menyarung kasut sukannya yang berwarna hitam sambil duduk di kerusi kayu berdekatan. Sambil memintal tali kasut, Benji berfikir mengenai rancangannya pada hari itu; joging hingga pukul 11.00 pagi, pulang ke rumah untuk mandi dan keluar semula selepas itu untuk makan tengah hari.

Benji memulas tombol pintu lantas menarik pintu itu ke dalam. Dia hampir menjerit apabila melihat seorang lelaki bertubuh sasa berdiri betul-betul di hadapan pintu.

“Selamat pagi, Benji,” lelaki itu bersuara.

Cahaya pagi yang belum begitu terang membuatkan Benji mengambil masa beberapa saat untuk mengecam lelaki itu.

“Inspektor Jalil!”

“Maaf mengganggu pagi-pagi ni, Benji. Saya perlu menjalankan siasatan,” ujar Inspektor Jalil.

“Mengenai Alara, saya tak ada apa-apa maklumat tambahan, Inspektor. Kita boleh berbincang di dalam,” jawab Benji sambil berpaling dan membuka kasutnya semula. Hatinya semakin berdebar-debar. Adakah Inspektor Jalil sudah mengetahui mengenai berlian Noor Chenta?

“Ini bukan mengenai Alara, Benji!”

Benji berpaling. “Bukan mengenai Alara? Habis tu, mengenai siapa?”

“Ini mengenai Abbas.”

Benji duduk di sofa. “Abbas? Apa yang telah berlaku kepada Abbas?”

“Awak ada bertemu dengan Abbas dua hari lepas?” Inspektor Jalil membalas dengan pertanyaan.

“Ya, saya ada bertemu dengannya. Agak lewat, selepas waktu operasi kedainya. Apa telah terjadi kepada Abbas?”

“Dia telah dijumpai mati berhampiran dengan kedainya,” Inspektor Jalil menjawab sambil meneliti reaksi Benji.

Mata Benji hampir tersembul keluar. “Abbas?”

“Ya, Benji. Saya minta maaf dengan berita ini.”

“Dia sudah mati?” Benji sangat terkejut dengan berita itu.

“Saya ada beberapa soalan untuk awak, Benji. Boleh saya tanya awak sekarang?”

“Saya masih terkejut dengan berita ini, Inspektor. Apa yang Inspektor mahu tahu?” Benji membalas.

“Bagaimana awak mengenali Abbas dan apa tujuan awak bertemu dengannya malam itu?” Inspektor Jalil bertanya.

“Saya pernah terlibat dengan projek pembinaan sistem maklumat di syarikat tempat dia bekerja di Brussels.”

“Brussels?”

...bersambung

Bab akan datang:
Adakah Benji akan menceritakan kepada Inspektor Jalil tentang Noor Chenta?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience