Bab 62

Romance Completed 41738

Sementara itu, kau cari pemecah kunci dan pakar sistem penggera untuk bantu kita nanti,” Notarbartolo memberi arahan.

“Leo, kita berada di Kuala Lumpur. Ahli School of Turin tidak ada di sini. Aku tidak begitu kenal orang tempatan,” Freddie menjawab dengan perasaan gelisah.

“Tanya kepada Raoul, dia berada di Kuala Lumpur. Aku tak perlukan yang benar-benar berpengalaman. Mereka yang pernah ada rekod jenayah sudah cukup baik.”

“Tapi Leo, kedai ini kedai kecil. Mungkin tidak berbaloi dengan usaha yang akan kita lakukan. Kita juga tidak begitu mahir dengan keadaan di negara ini. Kita hanya menempah kecelakaan.” Freddie semakin gelisah.

“Jangan risau, Freddie. Aku tahu apa yang aku lakukan,” Notarbartolo menjawab dengan ringkas. Dia memandu kereta itu keluar dari kawasan tersebut.

“KLCC, cantik pada waktu malam,” Benji menegur Adam sebaik sahaja dia tiba di pekarangan KLCC.

“Saya ada pertemuan di sini nanti. Maaf, Benji. Masa saya amat terhad. Seorang pegawai akan bawa awak balik nanti,” Adam menjawab.

“Saya faham.”

“Baiklah, awak mahu tahu mengenai Alara. Dari mana saya harus bermula?”

“Mulakan daripada kali pertama awak mengenali Alara.”

Benji memberikan masa untuk Adam bertenang dan mengingati semula peristiwa lampau. Adam menguis-nguis sebiji batu kerikil yang dijumpainya di atas tanah. Dia masih lagi cuba mengingati hari pertama dia menemui Alara. Sambil menarik nafas panjang, Adam mula bercerita.

Tujuh tahun lalu, semasa dia baru sahaja bercerai, Adam telah diberi peluang untuk menubuhkan skuad penyiasatan antarabangsa di bawah seliaan Interpol untuk menangani masalah penjenayah yang menggunakan teknologi yang semakin canggih setiap hari. Skuad ini diberi nama Skuad Alpha.

Skuad ini dipecahkan kepada dua unit utama; teknikal dan barisan hadapan. Unit teknikal adalah unit yang membantu unit barisan hadapan menghendap dan menangkap penjenayah yang mempunyai dana untuk membina alat-alat berteknologi tinggi dalam kegiatan mereka. Unit ini terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang-bidang teknologi yang terpilih. Unit barisan hadapan pula adalah ejen-ejen yang dipilih berdasarkan ketinggian stamina dan kecekapan tertentu yang sesuai untuk menjadi ejen barisan hadapan.

Adam menjelajah ke seluruh benua Eropah untuk mencari ahli skuad baru itu. Dia memeriksa semua rekod pegawai polis di lima buah negara untuk mencari pegawai polis yang sesuai dijadikan unit barisan hadapan. Semasa dia memeriksa rekod pegawai polis di Brussels, dia terjumpa profil seorang pegawai polis yang menarik; bapanya seorang pencanai berlian, ibunya seorang bintang sarkas dan dia cekap dalam menggunakan beberapa senjata tradisional. Dia baru sahaja keluar dari maktab polis dan skop kerjanya pada waktu itu adalah menjadi polis trafik mengeluarkan saman letak kereta di bandar raya Brussels. Pegawai Polis itu bernama Alara.

...bersambung

Bab akan datang:
Bagaimana Adam menawarkan Alara peluang untuk merekrutnya dalam skuad Alpha?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience