Bab 43

Romance Completed 41738

“Cuba periksa peti surat. Mana tahu dia ada hantar surat untuk minta maaf. Perempuan ni kadang-kadang meluahkan perasaan melalui tulisan.” Gadis itu mula bangun dari tempat duduknya. Dia mula membuat sedikit gerakan stretching.

Benji memerhati gadis itu dengan lebih teliti. Rambutnya berwarna hitam berkilat, nampak berkilau apabila terkena cahaya matahari petang. Wajah gadis itu nampak seperti seorang gadis kacukan. Hidungnya mancung dan kulitnya putih melepak. Dia juga memakai sepasang cermin mata berbingkai merah.

“Jangan lupa periksa peti surat ya!” pesan gadis itu sebelum beredar.

Benji agak terganggu dengan nasihat gadis itu. Datangnya tidak diundang, kemudian mahu memberi nasihat pula.

“Benji!” Kedengaran suara seorang lelaki memanggilnya.

“Kau ni, Azhari, berjanggut aku tunggu!” Benji meluahkan perasaan tidak puas hatinya sebaik sahaja Azhari berdiri di hadapannya.

“Maaf, Benji. Jalan sesak. Aku tengok ada perempuan mengurat engkau tadi,” Azhari bertanya sambil menjeling ke arah gadis yang baru sahaja berlalu pergi itu tadi.

“Perempuan mana entah, kenal pun tak, tiba-tiba saja suruh aku periksa peti surat.”

“Kenapa pula nak periksa peti surat?”

“Dia kata perempuan selalu tulis surat, mungkin girlfriend aku hantar surat.”

“Haha… Apa lagi Benji, kau periksa sajalah peti surat tu.”

“Tak kuasa aku nak dengar nasihat perempuan tak betul tu. Jom kita pergi main boling, dah nak senja ni!” Benji menarik tangan Azhari. Dari ekor matanya, Benji nampak gadis itu memasuki sebuah kereta Proton dan meluncur laju meninggalkan kawasan itu.

Azhari menghantar Benji pulang ke rumahnya hampir pukul 2.00 pagi. Mereka bermain boling, menonton wayang dan minum-minum di kedai mamak sehingga tidak sedar malam sudah beransur pagi.

Apabila sudah memasukkan keretanya ke dalam pekarangan rumah, Benji menutup pintu pagar rumahnya dan duduk di buaian. Matanya masih segar. Esok pula bukan hari bekerja. Angin malam yang dingin itu juga amat nikmat dirasainya. Dibuainya sedikit buaian itu, berkeriut bunyinya. Benji kemudiannya memperlahankan buaian dan membiarkan sahaja ia berhenti. Dia mahu berehat seketika menikmati udara pagi sebelum masuk tidur.

Pandangan Benji tiba-tiba terhenti pada peti surat yang berada tidak jauh dari buaian itu. Sebahagian daripada peti itu lut sinar dan Benji dapat melihat dengan jelas beberapa pucuk surat berada di dalamnya.

“Periksa surat!” Mindanya tiba-tiba teringat akan kata-kata gadis yang tidak dikenalinya itu petang tadi. Gadis yang menyerupai Alara secara fizikal, gerak-geri dan suaranya. Cuma wajahnya agak lain sedikit. Gadis itu mempunyai wajah gadis Melayu kacukan dan rambutnya juga hitam berkilat.

Benji bangun untuk mengambil surat-surat yang berada di dalam peti surat itu. Sepucuk surat daripada syarikat telefon bimbit dan sepucuk surat daripada Tenaga Nasional.

...bersambung

Bab akan datang:
Adakah surat seperti yang dikatakan oleh Aishar di dalam peti surat itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience