Bab 36

Romance Completed 41738

Dalam bahasa Perancis, salah seorang daripada mereka bertanya,
“Alara, awak boleh berjalan?”

“Ya, saya boleh,” jawab Alara sambil menunggu tali pada kedua-dua tangannya dibuka.

Sebaik sahaja dilepaskan, Alara diberikan sepasang pakaian serba hitam yang dibawa oleh mereka agar lebih sukar dijejak ketika bergerak nanti. Mereka kemudiannya menyusup keluar melalui tingkap kecil di tepi siling. Bilik tempat Alara dikurung adalah bilik bawah tanah sebuah rumah usang yang terletak di pinggir bandar Brussels.

Ketika mereka bergerak dengan pantas dan berhati-hati untuk keluar dari kawasan rumah itu dalam kegelapan malam, Alara nampak beberapa orang konco-konco Notarbartolo bergelimpangan selang beberapa meter antara satu sama lain. Skuad penyelamat itu akhirnya membawa Alara menaiki sebuah van yang terletak kira-kira setengah kilometer dari rumah itu. Nampaknya skuad penyelamat itu telah berjaya menyelamatkannya untuk kali ketiga berturut-turut.

Alara menarik nafas lega. Setelah diselamatkan selalunya Alara akan diberi rehat selama seminggu dan Adam akan memberi tugasan baru kepada Alara. Dalam masa yang sama, dia akan menugaskan ejen lain untuk mengambil alih tugasan Alara. Mungkin tugasan terbarunya nanti akan membawanya ke negara lain. Alara sudah muak dengan kerja-kerja sebegini. Walaupun pulangannya banyak, nyawanya sentiasa menjadi taruhan.

Sudah banyak kali Alara berfikir mengenai rancangan peribadinya. Berlian Noor Chenta yang tulen masih berada dalam simpanannya. Dia berjaya menukar replika berlian Noor Chenta itu dengan yang yang asli dan menyorokkannya di dalam salah satu alat muzik yang dibawanya sebelum dia ditangkap oleh Notarbartolo.

Dia tidak begitu pasti bagaimana Notarbartolo dapat mengetahui apa yang dilakukannya hari itu. Seingatnya, dia telah mematikan kesemua penggera di kediaman Notarbartolo dan memintas semua kamera keselamatan yang ada di situ. Mungkin ada sedikit kesilapan. Walau bagaimanapun, Notarbartolo tidak tahu di mana dia telah menyorokkan berlian itu.

Sebaik sahaja dia menemui Adam nanti, dia akan memaklumkan kepada Adam lokasi sebenar berlian itu dan dia akan pergi mengambilnya semula pada waktu yang sesuai.

Sambil memandu dengan perlahan, Azhari mencari-cari kawasan yang sesuai untuk meletakkan keretanya. Dari jalan utama, kelihatan kawasan jalan kecil menghala ke rumah itu sudah dipenuhi dengan beberapa buah kereta. Sudah tidak ada ruang lagi untuk meletakkan kereta di jalan kecil itu. Akhirnya Azhari mengambil keputusan untuk meletakkan keretanya di jalan utama, walaupun terpaksa berjalan sedikit menuju ke rumah tersebut.

Azhari memandang ke arah Benji yang duduk di sebelahnya. Wajahnya nampak masih lagi sayu. Nampak dengan jelas Benji tidak begitu gembira. Pandangannya jauh dan kosong. Sepanjang perjalanan tadi, Benji tidak bercakap walau sepatah pun.

...bersambung

Bab akan datang:
Mengapa Benji diam? Apa yang dia fikirkan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience