Bab 70

Romance Completed 41738

“Bagus. Aku pun tak pernah lupakan musuh aku. Kenapa kau tangkap kami? Kami cuma minum-minum untuk malam pesta tahun baru.” Notarbartolo sedikit pun tidak menunjukkan perasaan takut.

Seorang ahli Skuad Alpha berbisik ke telinga Adam, “Tidak ada sebarang alat rompakan atau senjata pada mereka.”

Adam mengangguk dengan jelingan yang tajam.

“Kau terpaksa lepaskan kami. Kami tak buat salah,” Notarbartolo bersuara lagi.

Adam mendekati Notarbartolo. “Apa yang telah kau lakukan kepada Alara? Kenapa kau bunuh dia?”

“Aku faham kenapa kau suruh dia ambil Noor Chenta tapi aku tak faham kenapa dia harus ambil berlian-berlian yang lain? Atau kau berdua berpakat untuk mendapatkan duit lebih secara peribadi dan jatuhkan segala kesalahan kepada aku seorang?” Notarbartolo membalas dengan pertanyaan.

Adam berfikir seketika. “Berapa banyak yang dia telah curi daripada kau?”

“Noor Chenta dan sekarung kecil berlian mentah. Berlian mentah itu aku beli sendiri, aku tak curi. Kalau dicanai dan digilap, boleh dijual hingga setengah juta dolar.”

“Bagaimana orang nak percaya kau tak curi kalau kau memang seorang pencuri!”

“Adam, tuduhan tanpa bukti takkan ke mana-mana. Kau sendiri tahu, bukan?”

“Aku selalu percaya kau seorang pencuri. Tapi sekarang kau sudah mula membunuh. Kenapa kau bunuh Alara?”

“Aku tak pernah membunuh dan aku takkan membunuh. Itu bukan permainan aku. Walau sedalam mana pun dendam aku, aku takkan membunuh kerana itu hanya akan merugikan semua orang.”

Adam membisu. Dia berjalan agak jauh sedikit dari van tersebut untuk membuat panggilan telefon kepada Inspektor Jalil.

Inspektor Jalil tidah mahu menahan kumpulan perompak itu kerana tidak ada bukti yang kukuh. Dia juga baru sahaja mendapat laporan dari ibu pejabat Interpol di Lyon, operasi yang dijalankan oleh Adam sudah dibatalkan.

“Maaf, Adam. Saya harus mengikut arahan.” Itulah kata-kata terakhir daripada Inspektor Jalil.

Adam berpatah balik ke van tersebut sambil melepaskan satu jeritan yang sangat kuat.

SEBAIK sahaja kamera berjaya dihidupkan selepas bekalan elektrik kembali pulih, Gaston meneliti imej kamera yang diletakkan di hadapan van tempat Skuad Alpha berkumpul. Rakan-rakan mereka nampaknya sedang melepaskan Notarbartolo dan konco-konconya.

“Mengapa mereka semua dilepaskan?” Basile bertanya.

“Entahlah, mungkin tidak dapat kerjasama pihak polis tempatan. Alat komunikasi antara Skuad Alpha dan Inspektor Jalil masih tidak dapat berfungsi dengan baik,” Gaston menjawab sambil memeriksa kesemua dawai-dawai yang ada di meja kerja mereka.

“Aku masih keliru. Sepatutnya jika berlaku gangguan elektrik, bateri back up akan digunakan secara automatik. Sepatutnya bekalan elektrik takkan terputus,” Jacques bersuara sambil keningnya berkerut. Tugasnya sebagai penganalisa membuatkan dia sentiasa berfikir.

...bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience