Bab 45

Romance Completed 41738

Kain pelikat yang dipakainya disapunya ke muka.

Benji menolak daun pintu dan terus masuk ke dalam apartmen Azhari tanpa dijemput. “Ini pasal Alara!”

“Kau ni dari dulu sampai sekarang, tak habis-habis masalah dengan perempuan. Kahwinnya tak juga!”

“Ini bukan masalah cintalah. Ini lebih besar daripada semua masalah. Ini masalah rompakan terbesar dalam sejarah.”

“Kau ni, kalau kes rompakan, telefon sajalah Inspektor Jalil tu. Kenapa kau cari aku?” Azhari terus berbaring di atas sofa dan mengambil bantal kecil untuk menutup telinganya. Dia tidak mahu mendengar cerita Benji yang tidak ada kena-mengena dengan dirinya.

“Alara telah menghantar kepada aku sebutir berlian biru yang harganya beberapa juta ringgit. Aku tak tahu apa yang aku patut buat sekarang!”

Azhari mengambil masa beberapa saat untuk mengulangi kembali kata-kata Benji dalam kepalanya. Setelah pasti dengan apa yang didengarnya, Azhari mula duduk di atas sofa.

“Berlian biru?” Azhari bertanya.

“Ya, berlian yang pernah dicuri daripada Antwerp,” Benji menjawab sambil duduk di sebelah Azhari.

“Harganya beberapa juta ringgit?” Azhari bertanya sekali lagi.

“Ya, jutaan ringgit!”

“Jual sajalah, kemudian kita kongsi duit jualan!” Azhari memberi cadangan sambil tersenyum lebar.

“Tak semudah itu, Azhari. Alara telah dibunuh. Mesti orang ingat aku yang bunuh dia nanti kalau aku yang jual berlian tu.”

“Habis tu, apa kau nak buat?”

“Aku tak tahu. Sebab itulah aku datang jumpa kau pagi-pagi ni!”

“Bagaimana Alara hantar berlian itu kepada kau? Bukankah dia sudah mati?”

“Aku jumpa satu sampul surat dalam peti surat rumah aku. Surat tanpa setem. Mungkin dia masukkan ke situ sebelum dia dibunuh.”

“Mana kau tahu dia yang hantar sampul surat tu? Entah-entah orang lain yang sengaja mahu perangkap kau!”

“Dia sertakan sekali sepucuk surat. Surat itu daripada Alara. Aku kenal tulisan tangannya. Ini suratnya.” Benji menyerahkan sekeping kertas kepada Azhari.

Azhari membuka surat itu dan mula membaca isi kandungannya.

Benji,

Jika awak membaca surat ini, kemungkinan besar saya sudah tidak ada lagi di dunia ini. Saya meminta maaf kerana tidak menghubungi awak terlalu lama, saya berada dalam situasi yang sangat sukar.
Bersama-sama surat ini, saya sertakan Noor Chenta, sebutir berlian yang menjadi rebutan antara beberapa pihak. Berlian ini perlu diserahkan semula kepada pihak berkuasa kerana ia adalah sebahagian daripada artifak sejarah yang tidak sepatutnya dimiliki oleh orang perseorangan. Tetapi dunia ini dipenuhi dengan orang-orang yang mahu mengambil kesempatan ke atas nilainya yang tinggi. Berlian ini bernilai beberapa juta dolar Amerika di pasaran terbuka.
Saya telah ditugaskan untuk membawa berlian ini kembali ke Eropah tetapi saya tahu saya tidak sempat melakukannya.

…bersambung

Bab akan datang:
Jika benar Alara sudah mati, dimanakah mayatnya yang dikatakan dibunuh itu? Siapa pembunuh Alara?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience