Bab 11

Romance Completed 41738

“Saya memilih sedikit kalau pasal makanan. Tuntutan agama sebenarnya,” Benji menjawab sambil memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam jaket kerana kesejukan.

“Kedai makan itu kegemaran bapa saya, dia seorang Muslim. Dia hanya makan di restoran halal atau restoran vegetarian. Tempat itu tak jauh dari sini, kita boleh jalan kaki saja,” Alara menjawab sambil tersenyum. Kemudian, dia memaut lengan Benji, sebagaimana kebiasaan gadis Eropah ketika mereka mula berjalan.

Mereka berjalan beriringan selama beberapa ketika tanpa sebarang kata-kata. Ini adalah pertama kali dia berjalan-jalan di kota Brussels. Pada pandangan Benji, bandar Brussles tidak secantik Kuala Lumpur. Bandar ini dipenuhi dengan bangunan-bangunan lama yang kebanyakannya hanya setinggi empat atau lima tingkat. Seperti negara-negara Eropah yang lain, laluan jalan mereka diperbuat daripada batu-batu berwarna kelabu. Lebuh raya utamanya terdapat di jalan Rue de la Loi yang mana kebanyakan syarikat antarabangsa bertapak di beberapa buah bangunan yang nampak agak moden.

Mereka melalui jalan Rue des Charteux dan berhenti di sebuah rumah kedai yang dicat kuning. Den Teapot, kedai makan yang diceritakan oleh Alara, hampir penuh dengan pelanggan malam itu.

“Madame!” seorang lelaki yang berbau busuk dan berpakaian compang-camping menegur Alara. Dia mengunjukkan sebuah cawan aluminium kepada Alara sambil menggoncang-goncangkannya sedikit. Kedengaran bunyi duit syiling di dalam cawan itu berdentingan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience