Bab 23

Romance Completed 41738

“She moved out a few days ago. I thought you knew!”

“No, I never knew she is moving out,” Benji menjawab dengan nada terkejut.

Tanpa menghiraukan Lionel dan bakal penyewa rumah itu, lekas-lekas Benji masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke bilik Alara.

Ternyata kata-kata Lionel benar, bilik tidur dan bilik kerja Alara kosong. Semua perabot di dalam bilik itu juga sudah dibawa keluar.

Hatinya benar-benar berasa terkilan!

Benji menjejakkan kakinya ke lapangan terbang KLIA semula malam itu dengan hati yang gembira. Projek yang diusahakan selama enam bulan di Brussels berjaya disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan dia kini dapat berehat beberapa hari sebelum memulakan tugasnya semula di Kuala Lumpur.

Benji menghirup udara Kuala Lumpur puas-puas sebaik sahaja dia melepasi kaunter pemeriksaan. Dari jauh, dia dapat melihat ibunya yang sudah pun sampai bersama-sama tiga rakannya; Zahra, Ustaz Amir dan Azhari.

“Semakin putih kamu ni, Benji. Maklumlah duduk di Eropah tu tak ada cahaya matahari!” Seperti biasa, Puan Maria menyambut Benji dengan usikan seorang ibu.

Benji bersalaman dan mencium tangan ibunya tanda hormat. Bertemu dengan Zahra seringkali memberikan Benji semangat baru.

“Gemuk sikitlah Benji ni, Puan Maria!” Zahra menegur dengan gurauan seperti selalu sambil mengangkat keningnya sedikit. Tangan Zahra menarik rambutnya sedikit ke belakang sambil memberikan senyuman mengejek kepada Benji.

Sesuatu yang berkilau membuatkan pandangan Benji terhenti pada jari manis Zahra. Zahra memakai sebentuk cincin emas belah rotan yang nampak masih baru. Setahu Benji, Zahra tidak suka memakai cincin. Jari-jemarinya sentiasa dibiarkan tanpa sebarang perhiasan.

“Apa khabar, Benji?” Azhari menepuk bahunya dan menghulurkan tangan.

Benji hanya tersenyum hambar dengan pertanyaan Azhari.

Ustaz Amir juga bersalaman dengannya lantas terus mengambil troli yang dibawanya. Zahra kemudiannya membantu Ustaz Amir. Azhari, Benji dan Puan Maria berjalan seiringan menuju ke arah tempat letak kereta. Seperti selalu, bermacam-macam soalan ditanya oleh ibunya, Puan Maria. Azhari juga seperti biasa akan membiarkan sahaja Puan Maria berceloteh dengan anak tunggalnya itu.

Sekali-sekala Benji memandang ke arah Ustaz Amir dan Zahra yang tertinggal jauh ke belakang. Tidak seperti selalu, kini mereka nampak lebih suka berdua-duaan walaupun kadang-kadang mereka nampak agak janggal berdua. Hati Benji tegas menyatakan, ada sesuatu yang dia belum tahu mengenai mereka berdua. Satu lagi kelainan malam itu, Ustaz Amir dan Zahra naik kereta bersama. Tidak seperti selalu, mereka naik kereta berasingan. Hati Benji semakin tidak keruan.

Dari waktu tengah malam hingga subuh, Benji tidak dapat melelapkan matanya. Bunyi anjing yang kadang-kadang kedengaran sayup-sayup malam itu juga membuatkan dia teringatkan Alara.

...bersambung

Bab akan datang:
Kenapa Benji tidak keruan melihat tingkah laku Ustaz Amir bersama Zahra?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience