BAB 34

Romance Completed 157983

Alisa menghentikan langkah. Tangan yang memulas tombol juga kaku di depan pintu. Dia mengerling sekilas jam di tangan. Hampir pukul dua belas tengah malam. Malam ini malam minggu. Amira dan Munirah pasti 'menjemput', teman mereka ke rumah.

Melihat wajah Alisa berubah pucat tidak berdarah dan membatukan diri di depan pintu, Rizqi menyentuh perlahan tangan Alisa menyedarkannya dari lamunan

"Lis", Rizqi memanggil perlahan.

Tersentak dari lamunannya, Alisa menoleh memandang Rizqi di samping. Ditarik dalam nafasnya. Cuba meneutralkan kembali perasaan yang berdebar.

"Riz, temankan aku masuk boleh?", minta Alisa dengan nada perlahan.

"Hmm", ringkas Rizqi membalas.

Alisa menguatkan semangat dan memulas tombol pintu. Terpampang di depan mata muda mudi berpelukan, bercumbu tanpa segan. Plastik makanan berselerak atas lantai. Bau masam yang kuat mencucuk hidungnya.

Memandang Alisa di depan pintu, salah seorang teman Munirah tersengih nakal dan berjalan mendekatinya. Reflex spontan, Alisa terus memaut erat lengan Rizqi yang berada di sabelahnya. Lelaki itu menghentikan langkah, menyedari kehadiran Rizqi di samping Alisa.

Dapat dirasakan tangan Alisa menggigil di lengannya, takut mungkin. Rizqi menatap terus wajah lelaki di depannya. Melihat reaksi Alisa dapat diagak mungkin lelaki ini salah seorang yang cuba melecehkan Alisa tempoh hari.

Tangannya dikepal menahan amarah yang datang. Diikutkan hati mahu saja dibelasah lelaki di hadapannya sepuas hati.

"I tak tahu you nak bawa kawan, Lis", ceria kedengaran suara Amira.

"Ajaklah kawan you masuk", pelawa Munirah ramah.

Rizqi melangkah masuk bersama Alisa. Namun pautan tangan Alisa di lengannya tidak dilepaskan malah semakin erat. Dia tahu Alisa masih takut berhadapan dengan mereka.

Usai bertegur sapa, Alisa dan Rizqi mengambil duduk di sofa yang kosong. Rapat duduk Alisa dengan Rizqi sehingga tidak tersisa sedikit pun jarak.

Amira dan Munirah "menjemput" tiga orang kawan lelaki mereka, yang baru saja Alisa kenali sebagai Byran, Tommy dan Ash. Pasti nama panggilan bukan nama sebenar.

Pandangan yang Ash berikan kepada Alisa sangat menjijikan. Dialah lelaki yang cuba memeluk Alisa ketika mabuk dan mengetuk- getuk pintu biliknya. Terus Alisa dekatkan tubuhnya dengan Rizqi. Dia tidak selesa berlama-lamaan di situ.

Merasa ketidakselesaan gadis di sampingnya, Rizqi menyuruh Alisa masuk ke dalam bilik. Alisa yang sememangnya tidak mahu bersemuka dengan lelaki-lelaki itu menarik nafas lega. Baru saja dia ingin bangkit dari sofa kedengaran suara Ash.

"Why not you and her join us. Boleh jadi pengalaman yang kau tak boleh lupa. Addicted mungkin", pelawa Ash dengan wajah menyeringa jahat.

Terpaku Alisa mendengar kata-kata Ash. Jantungnya berdegup kencang. Dia tahu lelaki itu mempunyai niat tidak baik dengannya sejak kali pertama bertentang mata.

"I'm never share my girl. Expecially someone I going to make my wife", dingin suara Rizqi membalas.

"Your girl", Tommy mengulang.

"Yes, she my fiance", balas Rizqi tidak berperasaan.

Berubah wajah Amira. "That why bila I minta you kenalkan, you selalu mengelak. Kenapa tak terus terang saja Riz tunang you", tanya Amira dengan ketawa yang dibuat-buat langsung tidak ikhlas.

Terkulat-kulat Alisa menerima pertanyaan Amira. Diri sendiri bertunang pun dia tidak tahu.

"Baru lagi. Keluarga dengan kawan rapat saja tahu", Rizqi menjawab bagi pihak Alisa.

Lengannya yang dipaut erat oleh Alisa dia lepaskan. Kemudian dia melingkarkan tangannya di pinggang Alisa. Sebagai 'warning' kepada lelaki di hadapannya.

"I need to think apa hadiah nak bagi dekat both of you", celah Munirah.

"Tak apa Moon, dah lepas pun", perlahan Alisa menolak. Tidak mungkin dia menerima hadiah dari Munirah sedangkan dia dan Rizqi tidak benar-benar bertunang.

Rizqi akhirnya bangun dan mengajak Alisa ke biliknya melihat Alisa yang keletihan.

"Kitaorang on je kalau kau berubah fikiran nak join", pelawa Ash tidak berputus asa.

"We still young, ini masa nak berseronok. Nak berubah nanti-nantilah fikir", sindir Tommy.

"Yang bertudung litup ni kadang-kadang lagi liar atas katil", kata kata Ash disambut dengan ketawa oleh rakan-rakannya. Amira juga tersenyum sinis kepada Alisa.
Rizqi memandang tepat wajah Ash. "Maybe true.. Tapi kalau nak liar, aku prefer liar dengan aku sorang", sinis senyuman Rizqi.

"I'm really posesif. Hate sharing what mine", balas Rizqi menarik Alisa masuk ke dalam bilik. Tidak peduli anggapan mereka melihat dia menarik Alisa ke dalam bilik. Lantaklah apa pun tanggapan mereka. Rasa marah yang menguasai hati menyebabkan Rizqi melakukan sesuatu yang bukan kebiasaannya.

Pintu bilik dikunci Rizqi dari dalam. Dia menyandar tubuhnya ke pintu sambil memerhati Alisa yang terduduk di birai katil. Badannya masih mengeletar.

"Lis, esok start packing barang kau. Esok juga kau keluar dari sini", arah Rizqi tanpa kompromi.

"Rumah sewa tak dapat lagi Riz. Aku nak tinggal dekat mana?", Alisa menoleh memandang Rizqi.

"Itu pandai-pandai aku settle. Yang penting kau keluar dari sini", balas Rizqi keras.

Alisa menundukkan kepala memikirkan sesuatu. Namun tidak membantah keputusan Rizqi. Sejujurnya dia sangat takut. Sepanjang perbualan tadi jantungnya tidak berhenti berdebar-debar.

Melihat Rizqi berdiri sambil menyandar di daun pintu, Alisa bertanya. "Sekarang macam mana? Kau nak balik?",

"Kau rasa" tanya Rizqi. Awalnya dia cuma ingin menghantar Alisa pulang. Sekarang lain jadinya. "Satu langkah aku keluar aku sure jantan tu will push their way inside your room" balas Rizqi dingin. Sakit hatinya melihat perangai kurang ajar jantan-jantan tu. Sudah diberitahu Alisa adalah tunangnya masih juga nak dicuba. Dia mengetap bibir menahan geram mengingat kata-kata Ash.

Alisa menelan air liur yang terasa pahit. Takut mendengar kata-kata Rizqi. Bimbang apa yang akan berlaku kepada dirinya.

"Enough Lis. Kita sambung esok. Kau rehatlah. Dah berapa lama kau tak tidur?", tanya Rizqi.

"Aku tidur setiap hari", ringkas jawapan Alisa.

Rizqi menatap Alisa lama. "You know what I mean".

Alisa hanya mendiamkan diri. Rizqi tidak memaksa Alisa memberi jawapan. Dia memerhati sekitar bilik Alisa yang pernah dimasukinya sebelum ini untuk menumpang solat. Terdapat katil queen saiz, almari baju, meja hias, meja study, dan sofa kecil yang terletak di tepi tingkap. Untungnya bilik tidur Alisa juga mempunyai toilet.

"Kau tidurlah dulu. Dekat pukul dua pagi", suara Rizqi memecah keheningan.

"Kau nak tidur dekat mana Riz", tanya Alisa sambil melihat sekeliling biliknya. Hanya ada satu sofa kecil di tepi tingkap. Mustahil untuk tidur atas tu.

"Mana-mana pun boleh. Kau tak perlu fikir", balas Rizqi tidak mahu Alisa terus memikirkan isu tempat tidurnya.

Alisa bangun menapak ke almari dan mangambil baju untuk disalin dan terus ke bilik air. Tidak mengambil masa yang lama, Alisa keluar memakai t-shirt tangan panjang bersama seluar track. Kepalanya ditutup selendang yang diselempang ke kiri dan kanan bahu.

"Riz, kau tidur atas sofa tu?", tanya Alisa serba salah melihat Rizqi duduk di sofa berdekatan tingkap. Kesian juga dia kepada Rizqi.

"Habis tu, tidur sebelah kau?", balas Rizqi selamba.

"Ehhh, tak la. Bukan tidur sebelah aku. Aku tanya je", marah Alisa.

Dia terus merebahkan tubuh atas katil. Selimut ditarik sehingga menutupi kepala. Sudah seperti hantu berkelubung. Rizqi hanya mengeleng melihat sikap Alisa.

Rizqi yang berada di atas sofa begitu ralit dengan handphone di tangan. Sudah dia maklumkan kepada Ilham tidak pulang malam ini. Banyak pula soalan Ilham. Pening nak menjawab. Terdengar desiran halus dari bibir Alisa. Mungkin sudah terbang ke alam mimpi.

Dia bangun dan menghampiri katil. Melihat Alisa sudah nyenyak tidur dia berjalan mendekati tingkap dan membuka sedikit. Dicapai telefon dan membuat panggilan.

"Am, sorry kacau?", tanya Rizqi sebaik panggilannya dijawab.

"Riz cuba kau bagitahu aku betul-betul apa yang jadi sampai kau bermalam dekat rumah Lis ni", tanya Ilham tidak sabar.

Rizqi menghela panjang nafas, sebelum menceritakan kembali apa yang terjadi. Ilham di hujung talian hanya mendiamkan diri mendengar. Langsung tidak mencelah sehingga Rizqi habis bercerita. Lama Ilham terdiam tidak memberi reaksi. "Riz, are you serious?", tanya Ilham meminta kepastian.

"I'm dead serious", balas Rizqi datar.

"Kenapa boleh jadi macam tu. Macam mana Lis cari housemate ni? Kenapa dapat yang tak senonoh betul", kecewa kedengaran suara Ilham. Bukan kecewa dengan Alisa, tetapi dengan sikap housemate Alisa.

"Sebab tu aku tak balik. Tak kan aku nak tinggal dia sorang-sorang. Dengan jantan-jantan tu dekat sini", marah Rizqi dengan kelakuan Ash belum hilang.

"Kurang ajar betul jantan-jantan tu. Kalau sampai jadi apa-apa dekat Lis memang aku ajar. Tengok langit tu tinggi ke rendah. Dasar jantan tak guna", Ilham menyumpah.

"Ni yang aku nak dicuss dengan kau. Mustahil aku nak bagi Lis stay dekat sini. Tapi kena minta persetujuan kau dulu", beritahu Rizqi kepada Ilham. Lama mereka berdua berbincang di corong telefon. Sekitar satu jam baru talian diputuskan.

Rizqi meletakkan handphonenya di atas meja. Mengurut-urut leher yang sudah terasa lenguh. Dia memandang di sekitar bilik. Tidak tahu hendak merehatkan badan yang sudah kepenatan di mana.

Rizqi akhirnya mengambil keputusan melabuhkan punggung di atas sofa. Disandarkan tubuh ke dada sofa mencari posisi yang selesa. Walaupun sangat tidak selesa. Sekadar cukup untuk melepaskan lelah. Dia melelapkan mata, cuba merehatkan minda dan badan.

Perlahan azan subuh dari telefon Alisa mengejutkan Rizqi kembali dari tidurnya. Melihat jam sudah pukul enam, dia hanya sempat merehatkan badan lebih kurang dua jam sahaja.

Bangkit dari duduk, dia melihat Alisa masih lagi tertidur pulas. Mungkin sudah lama tidak tidur senyenyak itu. Timbul perasaan kasihan mengingat apa yang dilalui gadis itu. Tanpa sedar dia berjalan mendekati katil, tangannya perlahan mengusap wajah Alisa yang masih tertidur.

**************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience