BAB 9

Romance Completed 157983

Petang itu, sebelum kelas tambahan bermula, Daniel mendekati Alisa mengajaknya untuk berjalan berdua. Alisa memandang Daniel kebingungan. Melihat riak serius yang jarang pemuda itu perlihatkan, Alisa bangkit dari duduknya, mengikut langkah Daniel.

"Kenapa Dani?", tanya Alisa sambil berjalan. Namun pemuda itu hanya diam membisu.

Daniel membelok ke kiri dan berhenti di belakang bangunan bangkel yang sudah lama tidak digunakan. Dia membalikkan tubuh menghadap Alisa. Menatap lama tanpa memulakan bicara.

"Dani what wrong? Kenapa kau ajak aku keluar ni?", tanya Alisa sekali lagi, melihat Daniel berkelakuan aneh.

"Lis, aku nak kau jujur dengan aku", ucap Daniel akhirnya memecah kebisuan.

"Tentang apa? Kau jangan la buat aku suspen?". Just straight to the point la Dani", balas Alisa.

"Kau...Lis kau ada hati dengan Rizqi ke?", Daniel bertanya tanpa melepaskan tatapannya dari wajah Alisa.

"Dup...dup", jantung Alisa berdegup kencang mendengar soalan keramat itu. Dia hanya membisukan diri tanya menjawab soalan diajukan Daniel.

"Lis", panggil Daniel melihat Alisa hanya mendiamkan diri.

"Kau cakap apa ni? Apa masalah kau tiba-tiba tanya soalan luar alam macam tu?", Alisa membalas tanpa menjawab soalan Daniel.

"Its not suddenly Lis. Aku nampak apa yang jadi last week", Daniel membalas datar.

"Nampak apa? Daniel kau buat aku confuse la", jawab Alisa dengan wajah keliru.

Melihat wajah Alisa yang masih kebingungan, Daniel tidak berlapik lagi.

"Aku nampak Riz dengan Zulaika. Aku nampak kau juga", balas Daniel. "Kalau aku yang salah faham, tell me, kenapa kau menangis. Bagitahu aku dengan jujur", tekan Daniel.

Daniel sudah menaikan sedikit nada suaranya. Dia mahu Alisa bercakap jujur. Namun tanpa pengakuan Alisa, dia sudah nampak jawapannya.
Fikiran Daniel terasa kusut, perasaannya berkecamuk. Rasa cinta yang Alisa miliki itu ditakdirkan akan kecewa. Itu Daniel pasti. Dia dan Ilham sudah mengetahui hati Rizqi mulai terisi dengan kehadiran Zulaika. Cinta Alisa tidak mungkin berbalas.

Sebagai sahabat, dia tidak mahu melihat Alisa bersedih apalagi menangis. Hatinya turut sakit melihat air mata sahabatnya. Ketika itu, dia tidak mampu berjalan mendekati Alisa dan hanya memandang dari jauh.

Melihat Alisa menangis, sedarlah dia gadis itu terlalu terluka. Perasaannya terhadap Rizqi sangat kuat.

Melihat tatapan Daniel, mata Alisa berkaca. Dia sudah janji dengan diri sendiri tak mahu menangis di hadapan sahabatnya. Sebab itu dia cuba mengelakkan diri. Dia sangka dirinya kuat tapi silap, hatinya rapuh.

"Dani, aku tak nak bincang soal ni. Just let it go", lirih kedengaran suara Alisa.

"Lis, kalau kau suka dengan Riz, better kau lupakan dia sebelum perasaan kau makin kuat. Let stay sebagai sahabat. Aku tak nak kau kecewa". nasihat Daniel.

"Why? Riz dah ada someone yang dia suka?", ucap Alisa. Bukan pertanyaan tetapi sebuah penyataan. Dia sudah ada jawapannya melihat tatapan Rizqi kepada Zulaika.

"Yaa....Sebab tu kuburkan saja perasaan kau tu, sebelum terjerumus lebih dalam", pujuk Daniel.

"Kau tak payah risau Dani. Aku dah kurungkan niat untuk luahkan perasaan dekat Riz. Semua dah terlambat pun", balas Alisa.

"Untuk apa aku luahkan perasaan. Untuk jadi orang ketiga? Perasaan Riz dengan Zulaika tak bertepuk sebelah tangan. Betul tak?", tanya Alisa meminta kepastian.

"Lis..aku tak ada jawapan untuk soalan tu. Diaorang berdua tak declare atau rasmikan hubungan pun". Jawab Daniel.

"Not yet Dani. But later...after SPM diaorang sure akan declare. Tunggu masa je", balas Alisa bersama air jernih yang mengalir di pipi. Dia cuba kuatkan diri. Cuba ikhlas untuk lepaskan. Tapi hatinya masih sakit.

"Lis kau...", melihat air mata Alisa, Daniel tidak dapat meneruskan kata-kata.

Daniel hanya membiarkan Alisa menangis. Dia tidak berniat untuk memujuk gadis itu. Biarlah Alisa meluapkan rasa sedih dan kecewa. Dia tinggalkan Alisa, dan melangkah ke kantin. Kembali dengan dua tin air berkabornat di tangan. Melihat Alisa yang sedikit tenang, dia hulurkan air di tangannya.

"Letak air tu dekat muka kau. Mata kau merah sangat. Masuk kelas nanti ada yang tanya pula", arah Daniel.

Alisa hanya menekapkan tin air ke muka, tanpa membuka bicara. Dia hanya membisu.

"Lis, sejak bila kau sukakan Riz", Daniel bertanya soalan yang sudah lama membelenggu dirinya.

Alisa hanya mendiamkan diri merenung ke hadapan. Fikirannya kosong.
"Sejak bilaa....hmm sejak tingkatan tiga...atau empat mungkin. Entah la. Aku pun dah tak ingat. Balas Alisa hambar.

'Hadoiii!!! dah lama Lis sukakan Rizqi. Dah dua tahun. Boleh ke dia nak lupakan Riz? Dalam dua tahun ni dia cuma setia dengan Riz je. Lain la macam aku, dua tahun ni dah tiga kali tukar girlfriends. Daniel bermonolog sendiri sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"Dani..", panggil Alisa perlahan.

Daniel menoleh menatap Alisa menunggu gadis itu menyambung kata-katanya.

"Aku akan cuba buang jauh-jauh perasaan ni. Aku.. tak ada niat nak rosakkan hubungan Riz dengan Zulaika. Aku akan ajar hati aku... untuk ikhlas. Semoga suatu hari..bila Riz bagitahu aku tentang hubungan dia dengan Zulaika aku boleh tersenyum. Aku harap suatu masa nanti aku boleh doakan kebahagian dia seikhlas hati. Hanya tu yang aku boleh buat sebagai sahabat". Luah Alisa sambil menahan getaran suaranya.

"Sekarang aku cuma perlukan masa untuk aku cari balik semangat aku. Untuk aku belajar lepaskan perasaan yang dah temankan aku hampir tiga tahun. Susah...tapi aku akan cuba. Sakit tapi aku akan terus melangkah", ucap Alisa bersama air mata yang mangalir seolah menjadi saksi janjinya. Janji yang tidak dapat dipastikan bila akan tertunai.

Tersepit di tengah antara dua sahabatnya membuatkan Daniel mati rasa. Nak dilepaskan marah kepada siapa dia tidak tahu. Keduanya tidak bersalah. Soal hati dan perasaan tak boleh dipaksa dan diatur. Daniel menghembus kasar nafasnya. Hatinya terasa sesak fikirannya berserabut.

*************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience