BAB 71

Romance Completed 157983

Deringan telefon mengejutkan Alisa dari tidur yang tidak begitu lena. Terpampang wajah tampan Rizqi sebaik membuka mata. Direnung lama wajah lelaki yang kini memiliki kunci syurganya. Melihat lelaki itu tertidur pulas, terbit rasa kasihan di hati. Sebagai isteri, sepatutnya dia belajar memahami keadaan suami. Terutama, ketika Rizqi kekurangan rehat menguruskan projek di Sabah.

Mengingatkan perselisihan mereka, dada Alisa terasa sesak dengan rasa bersalah. Perasaan itu semakin mencengkam hati, ketika memandang wajah penat suami di sisi. Dua minggu berjauhan, tidak langsung terlintas di fikiran untuk berperang dingin dengan suami sendiri sebaik bersua muka. Air mata Alisa laju mengalir tanpa sedar. Entah kenapa emosinya begitu mudah tersentuh pada awal pagi ini.

Teragak-agak Alisa mendaratkan tangan pada wajah suami di samping. Risau mengganggu tidur Rizqi. Jarinya mengelus lembut wajah itu penuh cinta. Dari mata turun ke hidung mancung milik Rizqi sebelum berakhir di ulas bibir lelaki itu. Senyuman kecil terukir di bibir, melihat Rizqi mengerutkan wajah. Tanda tidurnya terganggu. Tidak sampai hati mengejutkan lelaki itu dari lena, Alisa menghentikan rayapan nakal jari-jarinya di wajah suami.

'Dup, dup', dada Alisa berdegup kencang. Jantung seakan ingin melompat keluar ketika tangannya tiba-tiba digenggam erat. Dia tergamam melihat tajam tatapan mata Rizqi, yang entah sejak bila sudah terbangun dari tidur. Mereka beradu pandangan seketika sebelum Alisa terlebih dahulu mengalih pandangannya.

Tanpa kata Alisa terus membalikkan tubuh membelakangi Rizqi. Segan, tingkahnya tertangkap oleh lelaki itu. Sudahlah semalam diri sendiri beria merajuk. Hari ni, tertangkap tengah membelek muka suami sendiri. Malu, tak tahu mana nak ditaruhnya muka. Mendengar halus ketawa Rizqi di samping semakin merah wajahnya menahan malu.

Tidak mahu melayan usikan lelaki itu, Alisa bangun dari baringan. Niat di hati ingin ke kamar mandi. Dengan harapan, Rizqi sudah hanyut dibuai mimpi ketika dia kembali. Tapi, harapan hanya sekadar harapan. Belum sempat kaki menjejak lantai, tubuhnya terasa melayang. Sedar-sedar dia sudah mendarat atas tubuh Rizqi

"Nak pergi mana?", tanya Rizqi dengan suara serak, khas baru bangun tidur.

"Pergi toilet", ringkas Alisa menjawab, tanpa rasa bersalah.

Rizqi merenung lama wajah isteri yang berada dalam pelukan. Wajahnya jelas menggambarkan rasa tidak percaya. "Nak buat apa?", datar Rizqi menyoal tanpa perasaan. Seolah tidak terkesan dengan pertanyaannya sendiri.

Terkebil-kebil Alisa memandang wajah Rizqi, mendengar soalan luar alam lelaki itu. 'Apa je yang boleh dibuat dekat bilik air tu. Tak kan nak menyanyi pula', kutuk Alisa dalam hati. Rasa bersalah yang menjengah ketika membelek wajah suami tadi, sengaja dilupakan.

"Buang air...", jawab Alisa terpaksa, pandangan matanya dilarikan dari Rizqi. Rasa bersalah yang bersarang menyebabkan Alisa tidak berani menentang tatapan lelaki itu. Tanpa dia sedar, kebiasaannya sudah lama disedari Rizqi. Sejak dulu, Alisa tidak berani beradu pandangan jika ada merahsiakan sesuatu. Mudah bagi lelaki bernama Muhammad Rizqi Erfan membaca riak wajah wanita bernama Nur Alisa.

"Ooo..jomlah", bersahaja Rizqi mengajak.

"Pergi mana?", tanya Alisa kebingungan, mendengar ajakan Rizqi yang tiba-tiba.

"Kata nak pergi toilet. Jomlah, abang teman. Mana tahu sambil menyelam boleh minum air", senyuman yang sukar diertikan sudah terukir di wajah Rizqi.

Melihat senyuman nakal Rizqi, terus hilang niat Alisa nak ke bilik air. "Tak perlu nak berteman. Toilet tu dalam bilik je", Alisa sudah memberi jelingan maut pada suaminya.

"It's okay. I also need to use toilet. We can go together", ujar Rizqi, terus bangun dari baringan. Tubuh Alisa yang masih berada dalam pelukannya ikut bangun.

"Lis dah tak rasa nak buang air. Abang pergilah dulu, nanti Lis pergi", ujar Alisa cuba menyembunyikan rasa paniknya.

'Kalau dah masuk berdua dalam bilik mandi tu tak adanya boleh keluar lepas buang air. Memang taklah. Ingat dia budak tak cukup umur. Macam tu je nak gula-gulakan', celetuk hati Alisa.

Tanpa sepatah kata, Rizqi terus mencempung tubuh mungil isterinya. Tidak dihiraukan penolakan Alisa. Bibirnya masih setia terkunci tanpa suara ketika melangkah ke kamar mandi.

"Abanggg!! Melepas subuh nanti", marah Alisa melihat Rizqi tidak mengendahkannya. Jangan ingat dia tak tahu niat lelaki itu. Dia bukannya budak-budak. Cukup faham dengan bahasa tubuh Rizqi.

"Baru pukul lima suku sayang. Sempat je nak subuh nanti", jawab Rizqi tanpa rasa bersalah. Tubuh mereka menghilang dari pandangan sebaik Rizqi menutup rapat pintu kamar mandi.

***************

"Tak balik lagi Lis?", tegur Syuhada, rakan sekerja Alisa. Hairan melihat Alisa masih di pejabat sedangkan tiada kerja yang mendesak. Lainlah dia yang baru habis mesyuarat.

"Lis tunggu husband. Ni baru sampai", jawab Alisa sambil menyandang bag galas ke bahu. Bersedia mahu beredar.

"Ooohh, datang berhantar, balik berjemput. Untung la badan. Patut lain macam serinya harini", ujar Syuhada sambil ketawa. Sengaja mahu mengusik.

"Lis kan hari-hari berseri. Bukan hari ni je", balas Alisa tidak mahu kalah. Wajahnya sengaja disombongkan. Tidak dapat menahan rasa geli hati, ketawanya meletus juga.

"Dah lambat ni, Lis turun dulu risau lama pula husband tunggu. Syu pun jangan lama-lama sangat dah lewat petang", ujar Alisa sebelum mengatur langkah kakinya ke lif.

"Assalamualaikum, dah lama abang tunggu?", tanya Alisa sebaik melabuhkan punggung dalam kereta. Tangan Rizqi di sisi dicapai dan dicium.

"Abang baru sampai", jawab Rizqi setelah menyambut salam. Tangan Alisa dalam genggaman tidak dilepaskan. Malah ditarik tubuh kecil itu dalam pelukan, sebuah ciuman dia daratkan di dahi, sebelum kucupan itu beralih ke hujung bibir Alisa.

Sempat Alisa mengusap lembut wajah suaminya sebelum menolak perlahan tubuh itu menjauh. Sejak dah halal ni bukan boleh percaya sangat dengan Rizqi. Risau dia, dalam kereta pun boleh jadi kerja. Niat di hati cuma nak salam dengan suami. Tapi, kalau diikutkan rentak Rizqi boleh tersasar jauh. Alisa mengomel dalam hati.

Dia masih ingat kejadian pagi tadi. Untung tak terlepas Subuh mereka berdua. Nak berkeras menolak keinginan Rizqi risau pula berdosa sebagai isteri. Lagipun Alisa juga tak mampu menipu diri sendiri. Dia juga sangat merindukan kehadiran lelaki itu. Sementelah mereka masih lagi pengantin baru.

Ketawa Rizqi terlepas juga melihat sikap Alisa yang berhati-hati. "Takut betul Lis dengan abang", ujar Rizqi di hujung ketawa bersama segaris senyuman.

"Bukan takut, tapi tak percaya", sangkal Alisa tidak mahu kalah. Kebenarannya, kalau Rizqi sudah marah mahu kecut perut. Tak perlu pun tunggu lelaki tu marah. Hanya dengan Rizqi meninggikan suara saja, air matanya sudah laju turun.

"Tak percaya, Kenapa? Abang ada buat salah?" lurus Rizqi menyoal. Wajah lelaki itu sudah bertukar serius.

"Saja buat-buat tak tahu. Bukan boleh percaya sangat dengan abang sekarang. Kalau dibiar boleh terbabas, tak kira masa tak kira tempat", rungut Alisa.

Tergelak besar Rizqi mendengar rungutan isteri di samping, "Semalam kalau Lis tak merajuk, tak adanya abang buat projek pagi-pagi. Honestly, abang lebih prefer malam, lama sikit. Kalau pagi baru warming up dah nak masuk subuh", ujar Rizqi dengan tawa yang masih bersisa. Sempat dia menyungging senyuman nakal di bibir.

Mendengar kata-kata Rizqi, Alisa sudah menarik muka masam. 'Jadi nak kata semua ni salah dia la', bebel Alisa dalam hati. Mampu bebel dalam hati je la.

"Kalau abang tak marah Lis tiba-tiba, tak adanya Lis nak merajuk. Sudah la baru kahwin dah kena tinggal, lepas jumpa kena marah pula, terus touching", ungkit Alisa tak puas hati. Dia siap menarik muncung sedepa. Wajahnya sudah tegak ke hadapan, tak mahu menatap wajah suami di sisi. Bila teringat terus rasa nak merajuk balik. Mengada betul, sempat Alisa mengutuk diri sendiri.

Melihat wajah sang isteri yang sudah mendung, Rizqi terus mencapai tangan wanita kesayangannya dan dibawa kebibir. Dikucup jari jemari runcing Alisa seperti kebiasaan.

"Abang bukannya marah sayang. I'm just worried about you. Then, what you think I should do? Just smile and let it go?", soal Rizqi. Nada suaranya sengaja direndahkan. Risau hati Alisa kembali terusik.

Sepanjang mereka bersahabat sehingga bergelar suami dan isteri, Alisa tidak pernah meninggikan suara ketika mereka berbicara berdua. Paling kurang Alisa hanya merajuk atau membisukan diri, tanda protes. Sebab itu, Rizqi tidak pernah mahu meninggikan suara terhadap Alisa.

"Abang minta maaf sebab buat Lis terasa. Abang tak patut tinggikan suara dengan Lis. Next time, kalau ada masalah, kita bincang baik-baik", pujuk Rizqi, melihat Alisa masih mendiamkan diri.

"Lepas dah marah Lis, baru ingat nak bincang baik-baik", sindir Alisa. Namun rungutannya hanya disambut dengan ketawa Rizqi.

Perbualan mereka terhenti ketika kereta sudah memasuki perkarangan rumah.

"Malam ni sayang nak keluar makan atau nak beli barang masak je dekat rumah", tanya Rizqi, ketika mereka sudah berada di ruang tamu

"Lis ikut abang je. Mana-mana pun boleh", jawab Alisa bersahaja.

"Hmm... makan dekat luar je lah. Tapi sebelum tu kita singgah beli barang dapur dulu", ujar Rizqi setelah membisu seketika.

"Memang kena beli sikit-sikit barang dapur tu. Langsung tak ada. Nak buat breakfast pun tak boleh", bebel Alisa mengingat kejadian pagi tadi. Langsung tak ada barang nak dimasak. Nak buatkan air pun tak boleh. Minum air kosong sajalah.

"Nak buat macam mana, abang pun tak tinggal dekat sini. Mustahil nak ada barang dapur", jawab Rizqi sambil mendaki anak tangga ke bilik tidur mereka. Tangan Alisa yang berada dalam genggaman dituntun mengikut langkahnya ke atas.

"Abang, are you serious?", Alisa menyoal dengan riak tidak percaya. Bibirnya sengaja dibulatkan, menambahkan lagi effect terkejut.

"What? kenapa?", Rizqi sudah berkerut dahi, tidak faham. Tidak dapat mengikut rentak perbualan Alisa. Kot di tangan juga sudah dilempar atas kerusi di penjuru bilik. Dipandang wajah Alisa yang masih terkejut tidak percaya.

"Kalau barang penuh peti ais pun, abang tak masak", Alisa, menjuihkan bibir ke arah lelaki itu, tanda protes. "Tiba-tiba je hujan package sekali guruh dengan kilat kalau abang masak. Masak nasi jadi bubur, masak gulai jadi kari", kali ini Alisa sudah ketawa geli hati. Merah mukanya menahan diri dari mengilai waktu Maghrib ni. Risau tersampuk pula.

"Seronok dapat mengata abang", tanya Rizqi, mengangkat sebelah keningnya pada Alisa. Hidung mancung milik wanita itu ditarik sayang. Melihat gelak tawa Alisa yang belum berhenti, Rizqi ikut ketawa. Nak buat macam mana, sedar diri memang tak ada bakat memasak. Kalau paksa juga risau rentung dapur tu. Dia hanya menggeleng kecil melayan kereneh Alisa.

"Bestt...sangat", jawab Alisa dengan suara yang sengaja dileretkan. Senyuman juga masih belum hilang di bibir.

"Abang..,Lis minta maaf", ujar Alisa, tiba-tiba melingkarkan tangan pada pingang Rizqi. Serius wajahnya menatap terus sang suami.

Rizqi terdiam seketika. Pelik, tak ada angin tak ada ribut, Alisa memohon maaf. Tak terlintas langsung dalam benaknya, Alisa meminta maaf kerana usikan tadi. Dia langsung tidak berkecil hati. Menganggap ia hanya gurauan suami isteri.

"Why?", perlahan pertanyaan itu meluncur dari bibir. Kepala juga ditundukkan sedikit, membolehkan dia memandang wajah Alisa.

"Lis nak minta maaf..., kalau abang ada terasa hati dengan Lis semalam, atau ada kata-kata Lis yang sakitkan hati abang tanpa sengaja", perlahan suara Alisa menuturkan kata maaf. Sejak pagi lagi rasa berdosa sudah bersarang dalam hati. Malah sudah dua kali Rizqi mengungkap kata maaf, tapi dia masih dengan ego sendiri. Bening mata Rizqi ditatap lekat tanpa mengalih pandangan.

Rizqi menatap wajah redup Alisa tanpa kata. Tangan kanannya sudah naik menbelai lembut wajah isteri dalam pelukan. "Sikit pun abang tak terasa hati dengan Lis. Lumrah dalam rumah tangga mesti ada salah faham dan perselisihan. Tapi, abang harap Lis boleh berterus terang dan jujur dengan abang, kalau ada something happen. Don't hide it from me. I don't prefer you do that", ujar Rizqi separuh berbisik di telinga Alisa.

Mendengar bisikkan Rizqi, Alisa menjarakkan sedikit tubuh dari lelaki itu. Wajah segak suaminya ditatap dengan penuh rasa cinta. Dia menekap kedua belah tapak tangan di pipi Rizqi. Ditarik sedikit tubuh itu menuduk, agar seiring dengan ketinggiannya. Alisa mendaratkan kucupan di dahi Rizqi, turun ke kedua matanya, beralih ke pipi dan berakhir di bibir. "Lis akan belajar untuk jujur dengan perasaan Lis dan dengan abang. Cuma beri Lis masa untuk sesuaikan diri", ujar Alisa, tersenyum manis.

Tanpa menunggu reaksi Rizqi, laju Alisa mencapai tuala dan bergegas melarikan diri ke bilik air. Malu dengan tingkahnya sendiri, seolah mahu mengoda.

Setelah Rizqi tersedar semuanya dah terlambat. Sang isteri dah selamat meloloskan diri dalam bilik air. Laju betul Alisa lari selamatkan diri. Tahu kalau tertangkap memang tak selamat la. Rizqi menggeleng kecil sambil ketawa. 'Lis, Lis'.

***********

Finally next chapter♥️♥️♥️...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience