BAB 10

Romance Completed 157983

"Next week start Kem Jati Diri kan", Ain meminta kepastian.

"Start Jumaat sampai Ahad. Tiga hari dua malam", balas Ilham.
"Aku tak prepare lagi barang. Tiga hari mesti banyak nak kena bawa. Bantal, selimut dengan toto mesti makan banyak space", Ain menyambung sambil mengerutkan wajah.

"Kenapa kau tak bawa sekali tilam, katil dengan almari. Bawa sekali meja makan dengan tikar boleh kita berkelah", Daniel menyampuk sambil menjulingkan mata.

"Ishhh...kau ni Dani. Aku serius ni", rajuk Ain.

"Aku pun serius juga. Entah apa yang kau nak bawa banyak-banyak tu. Kita stay tiga hari je. Bukan nak menetap terus kat situ", balas Daniel dengan wajah tak bersalah.

"Aku tahulah. Tapi tak kan kau tak bawa bantal dengan selimut, nak tidur macam mana. Toto yang nak lapik mesti kena prepare juga", gadis itu sudah memuncungkan bibirnya.

"Aku tidur beralaskan tanah, berbantalkan lengan, berselimutkan embun dan berbumbungkan langit pun tak ada masalah Ain", balas Daniel dengan sengihan yang sememangnya meminta penampar.

Rizqi dan Ilham ketawa lepas mendengar jawapan Daniel. Alisa hanya menggelang kepala, menepuk dahi. Kalau loyar buruk Daniel juaranya. Boleh kita bincang dengan serius dia berpuisi pula si Daniel ni.

Ain yang mendengarkan jawapan Daniel, terus memasamkan mukanya. Tidak membalas. Merajuk agaknya.

"Sorrylah Ain", pujuk Daniel. "Tapi aku serius ni. Entah apa-apa je kau nak bawa", sambung Daniel.

"Iyalah, korang lelaki tak banyak barang nak bawa. Bawa ala kadar pun boleh. Bukan macam kitaorang, kena prepare betul-betul", Ain membalas dengan muka yang masam.

"Kitaorang bawak diri. Dahaga minum air hujan, lapar buka mulut makan angin, selesai masalah", Daniel masih berloyar buruk.

"Dani", Ilham memanggil perlahan nama Daniel, sebagai isyarat untuk berhenti menyakat Ain yang sudah memelas wajahnya. Daniel ketawa sambil mengangkat kedua tangan tanda menyerah.

"Kau prepare barang peribadi je Ain. Toto kau tak payah bawa, bantal kau bawa yang kecil sudah. Kalau kau nak bawa makanan ringan boleh. Tapi tak payah bawa banyak sangat", akhirnya Rizqi menjawab soalan Ain dengan serius.

"Kau kenapa, Sarah? Senyap je", tanya Ilham mengalih topik.

Melihat Sarah hanya mendiamkan diri dengan wajah yang tidak seceria sebelum ini mereka kehairanan.

"Tak ada apa", jawab gadis itu singkat. "Actually ada", Sarah menyambung tiba-tiba.

Sarah menghalakan pandangan ke arah Daniel dan Alisa silih berganti. Merenung mereka berdua. Lama sekali tanpa membuka mulut.

"Kau kenapa? Kena sampuk?", tanya Daniel melihat Sarah hanya membisu sambil merenungnya.

"Dani kau dengan Lis dating ke?", tanya Sarah memecah keheningan.
Daniel yang duduk menongkat dagu di meja terus terjatuh tangannya. Alisa yang sedang menyandar di kerusi, sudah duduk tegak. Mereka berdua kebingungan

"Woi Sarah!!! Kau ni mengigau ke tengah mimpi siang-siang hari? Bila masa aku dengan Lis dating?", tanya Daniel sambil membetulkan duduknya.

"Korang jangan tipu. Aku nampak korang dating", tegas Sarah bersama dengan muka tidak puas hati.

'Parah macam ni. Macam mana aku pergi dating tapi aku tak tahu. Tak kan aku pergi dating sambil mengigau kut. Biar betul', bisik Daniel dalam hati dengan wajah kebingungan.
"Kau biar betul Sarah. Kat mana kau nampak aku dengan Lis dating?", serius Daniel menyoal.

"Isnin lepas aku nampak korang dating dekat bangunan bangkel lama tu. Kau jangan bagitahu aku, korang saja pergi lepak dekat situ", sinis Sarah menjawab.

"Kalau korang tak ada apa-apa, kenapa nak kena menyorok dekat sana", sindir gadis itu.

Daniel terdiam mendengar sindiran Sarah. 'Isnin lepas aku dengan Lis bincang pasal Rizqi dengan Zulaika dekat belakang bengkel tu' bisik Daniel dalam hati.

'Parah! Apa aku nak jawab'. Daniel menoleh ke arah Alisa. Wajah gadis itu sudah memucat. Mungkin takut rahsia hati yang disimpan kemas selama ini terbongkar. Hatinya jatuh kasihan melihat wajah Alisa seolah tidak berdarah.

Daniel mengusap lehernya berulang kali, tanda dia dalam keadaan tegang. Nafas ditarik dalam dan dihembus kasar cuba mengawal perasaan yang sudah berkacamuk. Mencari jawapan yang paling sesuai kala ini.

'Adoi!! Tak kan nak bagitahu ulangkaji dekat situ. Issh..tak pernah dibuat orang. Kalau bagitahu saja nak ambil angin, dikatanya gila. Kalau bagitau nak release stress dekat situ dikata kena sampuk pula', Daniel mendongkol dalam hatinya.

"Kitaorang tak ada apa la. Kau tu yang fikir banyak sangat", jawab Daniel.

"Kau sure Dani. So kau tak kisah la nak kongsi apa yang korang borakkan.", Sarah bertanya dengan sinis.

Melihat Sarah yang masih tidak berpuas hati dan terus menekan, Daniel sudah mula hilang sabar.

"Tak, sekarang ni apa masalahnya kalau aku dengan Lis dating. Tak kacau siapa-siapa pun". Daniel menjawab tidak kalah sinis.

"Then, just be honest. Tak payah nak dolak-dalih. Kan senang kalau dari awal korang mengaku", balas Sarah beremosi.

"Dani", panggil Alisa perlahan melihat Sarah dan Daniel mula bertegang leher. kepalanya masih cuba mencerna apa yang sedang berlaku.

"Guys...cold your head. Apasal korang nak bergaduh pula? Bukan ada isu pun". Ilham mencelah untuk mengendurkan suasana.

Daniel terus meraup muka berkali-kali cuba menenangkan diri. Sarah hanya memalingkan wajah.

"Actually, kalau kau dengan Lis bercinta pun kitaorang okey je. Korang tak payah la sorok-sorok, dah macam buat salah pula", Ain menambah sambil ketawa kecil.

"Daniel care to explain. Kau still couple dengan Jiha kan? Apa ni, kau nak main-main ke?", tanya Ilham dengan serius.

"Just take this as warning. Kau sahabat aku tapi Lis pun sahabat aku. Kalau kau main-mainkan dia hinggap juga penumbuk aku dekat muka kau", gertak Ilham tanpa senyuman.

Daniel menarik nafas dan menghembus kembali. Entah sudah berapa kali dia lakukan hari ini. Tapi rasa tegang dalam diri tidak juga hilang.

"Aku dengan Jiha dah putus last week". Cuma malas nak heboh je", balas Daniel setelah bertenang.

"Cepat kau cari pengganti. Tukar gilrfriend macam tukar baju", bidas Rizqi selepas lama membisukan diri.

Daniel menoleh memandang Rizqi. 'Banyak cantik muka kau Riz. Tukar girlfriend macam tukar baju kau kata. Aku kalau boleh lepas putus ni tak ingin nak couple dah. Nak fokus dengan SPM je. Sebab kau la aku tiba-tiba kena jadi boyfriend jadian Si Lis ni'. Daniel mendongkol dalam hati.

"Aku dengan Lis, tak couple pun. Kitaorang nak fokus dengan SPM. Dah nak dekat. Tak sempat la nak fikir bab-bab couple. Lepas SPM nanti belakang cerita". Daniel akhirnya memberi jawapan selamat cuba mengakhiri topik ini.

Mendengar jawapan Daniel, Sarah berdiri dengan kasar menyebabkan kerusi yang didudukinya terseret jauh ke belakang. Mengejutkan mereka semua di situ. Dia terus berlalu pergi tanpa mengucapkan apa-apa.

"Eh! Apa masalah dia ni?", Daniel bertanya sambil menahan geram.

Mereka semua hanya mendiamkan diri. Tidak memberi reaksi.


*****************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience