BAB 55

Romance Completed 157983

Sejak pagi hati Alisa terasa berdebar-debar. Habis kerjanya tidak berjalan dengan lancar. Mungkin kerana berjanji untuk berjumpa dengan Firdaus hari ini. Alisa sudah meminta persetujuan Firdaus untuk sekadar bertemu di kawasan apartmentnya. Tanpa banyak kata Firdaus terus bersetuju.

Melihat jam sudah berganjak ke angka sepuluh Alisa terus turun ke kawasan parking lot. Agak lambat mereka berjumpa kerana saat akhir Firdaus ada urusan yang perlu diselesaikan. Sebaik sampai di bawah, mata Alisa melilau mencari bayang atau kelibat kereta Firdaus.

Matanya terarah kepada Firdaus yang sedang bersandar di kereta sambil tersenyum memandangnya. Alisa berjalan mendekati sambil mulutnya merungut, "Dah lama ke you sampai? Kenapa tak call bagitahu", soal Alisa dengan rasa serba salah.

"I baru sampai. It's okey, I dah biasa tunggu you", gurau Firdaus mengukir senyuman.

Alisa memandang wajah Firdaus, mencari makna yang tersirat dalam kata-katanya. Tapi, penantian Firdaus ditakdirkan untuk gagal. Dan Alisalah orang yang akan melukan hati lelaki itu.

"Lis.." panggil Firdaus lembut melihat Alisa yang jauh mengalamun.

"Dah sampai mana you mengelamun. Bulan?", Firdaus memetik jarinya di hadapan Alisa sambil ketawa.

"Fird... ", dipandang wajah Firdaus dalam-dalam. "I dah bertunang", bagitahu Alisa terus terang. Cincin yang cantik tersarung di jari manisnya di pandang lama.

Lama Firdaus terdiam. Mungkin kehilangan kata. Mungkin terkejut. Mungkin kecewa. Yang pasti hatinya terluka.

"Dengan siapa", akhirnya Firdaus membuka mulut. "Lelaki yang you suka selama ni?", perlahan suara Firdaus bertanya.

Alisa mengangguk mengiyakan telahan Firdaus. Tapi kali ini dia menundukkan kepala memandang tanah. Tidak kuat mahu menatap wajah Firdaus.

"Lis...you bahagia sekarang?", tanya Firdaus.

'Ya, sekarang dia bahagia', tapi Alisa tidak mampu menjawab pertanyaan Firdaus tanpa mengariskan luka di hati lelaki itu. Dia bahagia bersama lelaki yang telah lama dicintainya, namun perasaan Firdaus terhadapnya masih tidak berubah.

Alisa hanya menundukkan pandangannya sejak tadi, Firdaus memaut dagu gadis itu supaya memandangnya. Melihat mata Alisa yang berkaca-kaca, Firdaus tersenyum getir.

"Lis, you bahagia sekarang?", Firdaus mengulang pertanyaannya.

Alisa mengangguk perlahan, menatap wajah Firdaus.

"Jadi, kenapa you menangis?", tanya Firdaus melihat air mata Alisa mengalir membasahi pipinya.

"Kalau you bahagia sekarang, I will be happy for you. Lis, you berhak untuk bahagia. Sepanjang perkenalan kita, walaupun you selalu senyum sometime senyuman tu tak sampai dekat hati. Kalau di sisi lelaki tu you boleh tersenyum bahagia, I happy untuk you Lis. Sebab you dapat genggam cinta you", serak suara Firdaus menahan perasaannya.

"Fird..I minta maaf. I sayang sangat dengan you. Sayang sangat-sangat. Tapi tak lebih dari sahabat. Jujurnya Fird..,I pernah cuba untuk belajar buka hati I untuk you, tapi nama Rizqi terlalu kukuh terpahat dalam hati. Sebab tu I jauhkan diri sebab I tak nak terus lukakan hati you" air mata yang mengalir perlahan tadi sudah mula membanjiri di pipi Alisa.

"Lis..walaupun you bukan milik I, tapi I dah cukup bahagia pernah menemani hari-hari you. Mungkin tuhan hanya izinkan I untuk mencintai tapi bukan untuk memiliki", lirih senyuman pada wajah Firdaus.

"Fird.., belajarlah buka hati you untuk perempuan lain. Banyak lagi perempuan yang lebih baik dari I. Kenapa biarkan perasaan you terus terluka. Kenapa you jadikan I perempuan yang kejam. You tanamkan rasa bersalah dalam diri I sedangkan you tahu untuk lukakan hati you macam ni, seolah I hancurkan perasaan I sendiri", Alisa sudah menangis tersesak-esak. Dia gagal mengawal emosinya.

"I bertahan untuk terus tunggu you. Sedangkan antara kita tak pernah terjalin apa-apa hubungan. Tapi I masih berkeras tak mahu lepaskan. Mungkin kerana terlalu sayang dengan you..", kali ini mata Firdaus juga berkaca melihat tangisan Alisa yang sudah pecah.

"Lis, you dah jadi tunangan orang. I'm sorry tak sepatutnya I bagitahu you perasaan I macam ni. Tak sepatutnya I ajak you keluar, seolah I tak respect tunang you. Tell him I'm sorry", sambung Firdaus, dia sudah mengubah topik perbualan.

"Fird.. I minta maaf. Kalau ada perkara yang I sangat harapkan sekarang, I mengharapkan kebahagiaan you. I'm really sorry", ucap Alisa tidak dapat menahan tangisan dan rasa bersalahnya.

"Jangan simpan rasa bersalah dalam hati you. You tak pernah hutang apa-apa dengan I. Lis, berbahagialah dengan hidup you sekarang", Firdaus menghampiri Alisa diusap perlahan kepala gadis itu yang bertudung. "I sentiasa doakan kebahagiaan you sebagaimana you harapkan kebahagiaan I", kali ini Firdaus cuba mengukir senyuman seikhlas mungkin dari hatinya.

Sempat Firdaus ucapkan selamat malam dan memberi salam sebelum keretanya meluncur pergi. Dia tahu hati lelaki itu pasti tergores dengan luka. Firdaus tidak pernah berlalu pergi sebelum Alisa hilang dari pandangannya. Itu kebiasaanya sejak mereka belajar di UK. kebiasaan yang sama dengan Rizqi.

Melihat kereta itu hilang dari pandangan Alisa duduk memeluk lututnya. Dihamburkan tangisan semahu-mahunya. Hatinya turut sakit menyakiti hati Firdaus seperti itu. Terlalu sakit, kerana dia terlalu sayangkan Firdaus.

Tanpa disedari, ada sepasang mata memandang tidak jauh dari situ. Rizqi sudah menunggu sejak dari tadi. Dia memandang sepi Alisa yang memeluk lutut sambil menangis.

Rizqi meletak tangan di dadanya. Hatinya terasa sakit. Dari tatapan mata Firdaus, Rizqi dapat melihat betapa dalam cintanya pada Alisa. Yang membuatkan hatinya semakin sakit, cinta itu terlihat ikhlas. Tapi untuk Rizqi melepaskan Alisa sekarang mustahil, kerana dia juga sangat mencintai gadis itu.

Perlahan dia melangkah menghampiri. Sebaik tiba Rizqi duduk bercangkung di hadapan Alisa. "Lis", perlahan Rizqi memanggil. Alisa memanggung kepala memandang Rizqi dengan air mata yang belum kering. Melihat sosok Rizqi di hadapannya, Alisa terus memeluk tubuh lelaki itu.

"Riz I...I never plan to hurt him. I..just can't. I so sorry", tersekat-sekat suara Alisa. Berterabur susunan ayatnya hingga sukar difahami.

"I know. I believe he also know", lembut Rizqi membalas. Ditepuk perlahan tubuh Alisa untuk menenangkan tangisannya.

Alisa menangis sehingga semput nafasnya. Rizqi tidak memujuk dia sekadar meminjamkan bahu, biarkan gadis itu menangis sepuasnya. Biar Alisa melepaskan semua rasa sakit dan bersalah yang bersarang dalam hatinya. Dia hanya lelaki biasa perasaan cemburu yang hadir tidak dapat dihindarkan. Namun mengetahui Alisa hanya mencintai sejak dulu rasa cemburu itu tidak tahu mahu dilepaskan kepada siapa.

********

Rizqi mengajak Alisa mengambil angin dengan kereta untuk menenangkan fikiran. Mustahil mahu biarkan Alisa naik ke rumah sewa dengan wajah dan mata yang merah kerana menangis. Apa pula yang difikirkan teman serumahnya.

Perjalanan mereka diselimuti keheningan. Alisa hanya membisukan diri, begitu juga Rizqi. Melihat Alisa yang sudah cukup tenang Rizqi membelok kereta memasuki simpang dan memberhentikan kereta di bahu jalan.

Mereka berdua hanya mendiamkan diri melayan perasaan masing-masing. Tidak tahan dengan kebisuan antara mereka, Alisa menoleh memandang ke samping.

Melihat Rizqi menyandar tubuh dan memejamkan mata, Alisa serba salah. Namun diberanikan diri menyentuh perlahan lengan Rizqi. "Riz you marah dengan I ke?" hati-hati Alisa bertanya.

Melihat lelaki itu tidak memberi respon, Alisa terasa mahu menangis kembali. Tahu Rizqi berkecil hati dengannya.

Alisa mencapai tangan Rizqi dan menggenggam perlahan. " Riz... you marahkan I?", tanya Alisa untuk kali kedua. Tubir matanya sudah kembali bergenang. Entah kenapa hari ini hatinya begitu rapuh.

Dibawa tangan Rizqi ke bibirnya, dikucup perlahan. Mengulang perbuatan yang acap kali Rizqi lakukan kebelakangan ini. Tanpa sedar air matanya menitis mengenai tangan Rizqi.

Merasa basah tangannya perlahan Rizqi membuka mata. Direnung wajah kekasih di samping. Dia tidak marahkan Alisa. Tapi sedang cuba menata kembali perasaan dan emosinya untuk lebih bertenang. Tidak mahu kata-kata atau perbuatannya nanti berlandaskan emosi dan cemburu berlebihan. Buruk akibatnya. Mungkin hancur hubungan mereka yang batu setahun jangung.

"I tak marah dengan you, I marah dengan diri I". Rizqi menatap wajah Alisa, diusap pipi gadis itu yang masih basah. "I'm sorry", perlahan kedengaran suara Rizqi.

Rizqi sedar dia terlalu ego. Melihat Alisa bersedih kerana lelaki lain hatinya sakit dan pedih bagai dihiris. Hingga dia sanggup mengabaikan perasaan Alisa yang memerlukan perhatiannya.

Alisa menekup kedua belah pipi Rizqi. Wajah lelaki itu dipusing menghadapnya. "I tak nak you say sorry. I nak you jujur dengar I. Riz I kenal you dah lama. I know you. You bagitahu I sebelum ni dalam hubungan yang paling penting kejujuran. Dan itu yang I harapkan dari you", serius wajah Alisa menghadap Rizqi.

Tangan Alisa yang masih setia melekat di pipinya, Rizqi genggam dan bawa ke dada. Di pandang wajah Alisa, dihadapannya. Tapi mulutnya masih terkunci.

Perlahan Rizqi membalikan kembali tubuh dan menyadar kembali. Dia menarik nafas sebelum menghembus perlahan. Ini adalah kelemahan orang lelaki sedunia. Mereka sukar berlaku jujur dengan perasaan. Lebih rela memendam.

"It's true I jealous. But I think there is more. Perasaan I lebih dari cemburu. Bila I fikir, dia hadir dalam hidup you masa I tak ada. Dia yang temankan hari-hari you before this. Things that you experience with him. I feel uncomfortable. Perlahan Rizqi mengatur kata meluahkan perasaannya. " I know it's childish, but I can't help myself.

Alisa terdiam. Perasaan itu dia lebih dahulu merasakannya. Memikirkan Zulaika yang hadir dalam hidup Rizqi. Rasa cinta dan sayang yang Rizqi curahkan. Kenangan yang mereka kongsi bersama. Hatinya juga sakit. Dia juga memiliki perasaan cemburu. Bezanya dia tahu Zulaika cinya pertama Rizqi. Jadi wajar dia cemburu. Tapi Firdaus tidak pernah menjadi kekasihnya. Alisa memejamkan mata cuba mengusir rasa cemburu dalam hatinya.

"You tahu, it not childish. Sebab perasaan tu I terlebih dulu rasakan. I think it's normal when you love someone", pujuk Alisa.

"Kalau cakap tentang cemburu. I yang patut cemburu dengan you. You ada ex tapi I ex pun tak ada. You nak cemburu dengan siapa", Alisa ketawa cuba menceriakan suasana.

Rizqi menoleh memandang Alisa di sampingnya. Walaupun cuba ditutupi dengan gelak tawa pasti hati Alisa cemburu dengan kisah cintanya bersama Zulaika. Alisa lebih berhak untuk cemburu berbanding dia. Tapi lumrah lelaki, perasaan itu tak boleh dibuang, sudah berdarah daging dalam diri.

"Masa dia sentuh wajah you, kira dah bernasib baik penumbuk I tak naik dekat muka. Membara hati I time tu. I try to control myself to utmost" ujar Rizqi. "But once jadi my wife, tak kira apa alasan sekali pun, be clear memang lebih dari penumbuk I bagi dekat lelaki tu. Jangan tanya, what I can do", Rizqi mengerling sekilas kepada Alisa.

Alisa menelan air liurnya yang terasa pahit. Kenapa perbualan mereka terasa seram.

"Bila dah berstatus isteri orang, I tahu jaga diri. Tak..before jadi wife pun I akan jaga diri", Alisa memberi jawapan selamat.

*********

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience