BAB 80

Romance Completed 157983

Sinar matahari menerobos masuk melalui celah jendela, mengejutkan Rizqi dari tidur. Jam di dinding dikerling sekilas. Lima lima puluh petang. Niat ingin merebahkan tubuh sebentar, sementara menunggu waktu Asar. Tak sangka hampir sejam terlajak.

Wajah isteri yang masih berada dalam pelukan ditatap. Satu senyuman kecil ditarik di sudut bibir. Pipi wanita itu dielus sayang. Kelopak matanya bergerak-gerak kerana terganggu. Tapi, belum juga terbuka.

Melihat Alisa masih lena diulit mimpi, Rizqi mencubit lembut pipi wanita itu. Letih sangat shopping tadi gamaknya. Padahal dia yang beria-beria nak membeli belah.

"Sayang...dah masuk waktu Asar", tubuh wanita itu digosok perlahan. Kalau dibiarkan melepas Asar macam ni. Bukannya bangun, malah pelukan pada pinggang Rizqi dieratkan. Tahu Alisa sudah terjaga. Tapi saja nak bermanja.

"Sure, tak nak bangun? Lis, jangan menyesal", bisik Rizqi tepat di telinga isterinya. Wanita itu hanya menggumam kecil. Masih berdegil.

Terperanjat Alisa, bila tubuhnya tiba-tiba dibalikkan. Matanya mendadak terbuka lebar. Rizqi mendekatkan wajah hingga hidung mereka bertemu. "Alang-alang tak nak bangun, better we do something else", nakal senyuman yang dilemparkan lelaki itu.

Dia mengucup bibir Alisa. Lama bibirnya mendarat situ sebelum perlahan-lahan menjalar ke leher. Sempat ditinggalkan banyak tanda-tanda merah. Merasa penolakan dari Alisa, kedua tangan wanita itu dicekak ke atas. Mudah nak buat kerja. Bibirnya mula menjalar ke bawah. Tangan juga sudah mula meliar.

"Abanggg...berdosa kalau lewat-lewatkan waktu. Kena qada tanpa sebab pun berdosa", ugut Alisa. Tubuhnya meliuk-liuk cuba lepaskan diri dari cengkaman Rizqi.
"Tadi abang ajak bangun, tak nak. Sekarang tiba-tiba je sedar asar dah lewat", ejek Rizqi. Tapi cengkaman pada tangan Alisa tidak dilepaskan.

"Lis tak kata tak nak bangun. Nak golek-golek kejap atas katil. Abang tu cepat sangat nak buat kerja", rungut Alisa.

"Alang-alang nak golek tu, biar kita golek berdua. Ada juga baiknya", Ujar Rizqi sambil ketawa. Kali ini cengkaman pada tangan Alisa dilepaskan juga. Dia merebahkan tubuh di sebelah wanita itu. Niat pada awalnya sekadar nak kejutkan Alisa. Tapi sudah jauh melarat.

"Abang kan pantang dekat mulalah...Tak boleh sentuh langsung", rungut Alisa.

Tergelak besar Rizqi mendengar bebelan Alisa. Dia tidak menyangkal kata-kata wanita itu. Ada benarnya juga. Pantang dekat, mulalah dia hilang kawalan.
Mendengar Rizqi ketawa tak ingat dunia, Alisa terus bangun mencapai tuala. Sebelum melangkah masuk ke bilik air, dijeling geram lelaki di atas katil itu.

Memikirkan Rizqi juga belum solat, tak jadi nak berlama-lama dalam bilik air. Usai mandi, dia terus keluar tanpa lengah. Terperanjat Alisa memandang suaminya yang sekadar bertuala, menyandar di dinding sebelah pintu kamar mandi. Terus dia jalan, tidak menoleh kali kedua. Walaupun hampir dua bulan bernikah, Alisa belum dapat membuang sepenuhnya rasa segan dengan Rizqi.

"Sayang tunggu abang. Kita jemaah sekali", pesan Rizqi sebelum menghilang di balik pintu.

************

Selesai makan malam, Alisa duduk bersila atas katil ditemani dengan timbunan paper bag. Lepas balik shopping tadi, tak ada mood nak belek. Dikeluarkan satu persatu barang-barang yang di beli. Diasingkan yang mana perlu dibasuh dan yang boleh terus dipakai.

Dibelek-belek satu paper bag yang seingatnya tidak dibeli. Membutang mata Alisa melihat baju yang baru dikeluarkan. Tak tahu la sesuai atau tidak nak dipanggil baju. Sah, baju ini tidak berada dalam senarai beliannya.

'Tersilap ambil bag customer lain ka', guman Alisa perlahan. Puas dibelek baju tidur berwarna merah itu. Tapi seingatnya, semua paper bag ni dipegang Rizqi. Tidak pula lelaki itu letak merata-merata atau tercampur dengan pelanggan lain. Buntu fikiran Alisa.

'Huh', tiba-tiba satu idea yang menakutkan terlintas di kepalanya. Alisa terus toleh memandang Rizqi yang duduk berlunjur kaki di hujung katil. Ditatap lama lelaki itu.

"Abang.." panggil Alisa melihat Rizqi begitu fokus dengan telefon di tangan.

"Hmm", ringkas lelaki itu menyahut.

Pelik melihat Alisa mendiamkan diri. Rizqi menjongket sebelah keningnya, keliru.

"What about this?", dia mengangkat kedua tangan. Baju itu ditayangkan tepat di hadapan Rizqi. Lagaknya seolah nak buat pameran. Mata Alisa masih tidak lepas dari suaminya. Dia dapat rasakan ini kerja lelaki itu.

Ketawa Riziq yang pecah tiba-tiba memenuhi segenap ruang bilik. Melihat wajah cemberut Alisa, makin galak dia ketawa. Setelah sedikit mereda dia menghulur tangan cuba mencapai baju di tangan sang isteri. Laju Alisa sembunyikan tangan ke belakang. Dia sendiri malu alah melihat baju yang tak cukup kain tu. Banyak bahagian yang transparent. Tak ada maknanya nak dihulur kepada Rizqi.

"Bila abang beli?", soal Alisa tidak percaya.

"Masa Lis sibuk pilih baju tadi", selamba Rizqi menjawab.

Dia membutangkan mata pada lelaki itu. "Abang nak Lis pakai baju tak cukup kain ni? Biar betul", dia menyoal dengan rasa tak percaya.

"Apa yang tak betul? Abang suruh pakai depan abang, bukan suruh keluar jalan-jalan pakai baju tu", tanpa rasa bersalah lelaki itu menjawab.

Laju Rizqi mencapai baju yang disembunyikan Alisa di belakang. "Actually abang lagi berkenan warna hitam. But, with your skin colour I think red suit your better. Gorgeous", ujar Rizqi membelek lingerie di tangannya.

"Abang, are you serius? Lis ingat abang tak suka benda-benda macam ni", rungut Alisa, cuba merebut kembali baju di tangan Rizqi.

"Lis, do you have misunderstanding about me?", soal Rizqi kembali. "Yes, abang tak minat perempuan seksi But, it does't mean I don't like my wife wearing sexy clothes. For me, lagi seksi lagi bagus. Syarat dia kena pakai depan abang je lah", serius pula riak Rizqi kali ini.

Terkulat-kulat Alisa mendengar kata-kata suaminya. Mereka sudah lama bersahabat. Dia tahu taste lelaki itu bukanlah perempuan yang seksi. Tapi dia lupa, Rizqi juga lelaki biasa. Lelaki yang suka melihat wanita berpakaian menggoda iman macam tu. Tapi syaratnya, perempuan tu isteri dia. Iyalah kalau suka tengok perempuan lain yang pakai seksi menambah dosa pula.

Alisa menepuk dahi tidak percaya. "Tapi, tak kan abang nak suruh Lis pakai baju ni", tolak Alisa. Dari pakai baju macam tu baik tak payah pakai. Entah apa je yang ditutup.

"Jadi... Lis nak suruh abang pakai?", selamba Rizqi menyoal.

"Abang, Lis serius ni", marah Alisa.

"Abang pun serius juga", jawab Rizqi.

"Masa bilalah Lis nak pakai baju macam ni?", lemah kedengaran suara Alisa. Melihat kedegilan Rizqi, gelap terasa masa depannya. Padam muka. Siapa suruh ajak Rizqi teman shopping lagi. Baju entah apa-apa yang dibeli.

"Tanya abang bila-bila pun boleh. Abang on je", laju dia membalas.

"Iyalah sebab bukan abang yang nak pakai", jeling Alisa tidak puas hati.

Rizqi bangun mendekati Alisa. Tubuh wanita itu dipeluk dari belakang. "Bukan abang suruh pakai sekarang. Nanti-nanti pun boleh. Atau pakai masa malam, lepas majlis resepsi kita", pujuk Rizqi. Memang kena pujuklah. Kalau tidak siapa nak pakai baju tu.

"Abang kan dalam banyak-banyak baju, ini juga yang abang berkenan", rungut Alisa. Kata-kata Alisa hanya disambut ketawa Rizqi. Nak buat macam mana, tengok je baju tu terus teringat Alisa.

"Nanti setiap kali anniversary kita, abang beli baju macam ni satu. Lain-lain warna", usik Rizqi.

"Tak naklah. Abang jangan ya... Hadiah anniversary biar Lis pilih. Abang tolong bayar je", ugut Alisa. Hadiah anniversary biar dia pilih sendiri. Biarlah tak surprise pun. Janji jantungnya tak terkeluar masa tengok hadiah Rizqi setiap tahun.

Tangan yang melingkar di pinggang wanita itu dieratkan. Dagunya disangkut di bahu sang isteri. "Hairan abang, Lis takut sangat nak pakai baju tu kenapa. Bukannya salah pakai untuk abang. Dapat pahala lagi, sebab senangkan hati suami", pandai lelaki itu bermain dengan kata-kata.

"Memang tak salah. Cuma baju tak cukup kain macam tu, lebih baik tak payah pakai baju", guman Alisa perlahan. Tidak puas hati. Cukup sekadar di pendengaran Rizqi.

"Kalau tak pakai apa-apa abang lagi suka", Rizqi menayangkan riak tak bersalah.

Mengaduh kecil lelaki itu bila Alisa mendaratkan cubitan ketam di perutnya. Bisa oii.

Lain yang dia maksudkan, lain pula Rizqi faham. Memang tak boleh bawa bincang isu yang satu ini.

"Ring...ring...ring", perbualan mereka terhenti dengan deringan dari telefon Alisa.

Tertera nama Ain di layar telefon. "Assalamualaikum", Alisa menghulur salam terlebih dulu.

"Waalaikumsalam. Ganggu kau tak Lis", Ain menyoal sebaik menjawab salam. Tak sedap hati pula ganggu Alisa malam-malam ni. Dulu lain bujang, sekarang isteri orang.

"Tak adalah. Tak ada buat apa pun. Aku just lepak-lepak atas katil", jawab Alisa. Tangan Rizqi yang mula menjalar ditepis perlahan. Lelaki itu sengaja ambil kesempatan. Tahu Alisa tak boleh lebih-lebih melarang.

Alisa cubit geram pinggang Rizqi. Makin dibiar makin menjadi. Tangan lelaki itu mula menjalar hingga di balik baju. Alisa tarik dan hembus perlahan nafasnya. Cuba menenangkan diri.

"Sorry, sorry...kau tanya apa tadi?", Alisa menyoal kembali Ain di hujung talian. Fokusnya terganggu dengan Rizqi. Satu jelingan tajam Alisa beri tanda amaran kepada lelaki itu agar berhenti.

Rizqi hanya ketawa tanpa suara melihat Alisa menjegilkan mata. Di cium bibir mungil itu sekilas sebelum berlalu keluar dari bilik tidur mereka. Tak mahu ganggu 'Girl Talk' isterinya bersama Ain.

Menggeleng Alisa melihat perangai Rizqi. "Untuk majlis sanding nanti aku dah apply cuti awal seminggu. Kenapa?", soal Alisa.

"Kebetulan majlis kau masa cuti sekolah. Aku ingat nak balik Perak lama sikit, kalau kau ada dekat sana la", jawab Ain.

"Tak pa, lagipun Penang dengan Ipoh bukannya jauh sangat. Bila-bila kau boleh balik. Yang penting sehari sebelum majlis aku kau kena ada. Kalau tak ada, masa kau kahwin aku tak nak teman", ugut Alisa tak ada kompromi.

"Aku balik awal la. First day cuti sekolah aku dah pecut balik Ipoh...Aku rindu nak jumpa kau, borak-borak dengan kau macam kita sekolah dulu", sayu suara Ain. Seolah menyembunyikan sesuatu.

Alisa terdiam. "Ain, are you okay?", lembut Alisa menyoal gadis itu. "Something you want to share with me? You know I always here", hati-hati Alisa bertanya.

".....yes, I'm okay. Mungkin rindu sangat dengan kau", Ain ketawa kecil, cuba menutup rasa hati.

"Ain...aku bukan kenal kau sehari dua. Kau rasa kau boleh tipu aku macam tu je", Alisa masih tak mengalah.

"Liss....it's okay. Let talk when we meet", ujar Ain, tanda tidak mahu membahaskan lagi isu itu

Alisa duduk di birai katil sambil merenung keluar tingkap. Fikirannya kosong. Tahu ada sesuatu yang mahu dikongsi oleh Ain. Mungkin belum bersedia. Hatinya tertanya-tanya.

**************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience