BAB 6

Romance Completed 157983

Rizqi bergegas menuruni tangga dari lantai dua. Dia sudah terlewat tiga puluh minit, janji bersama Ilham dan Daniel. Terlalu mengejar langkah dia tidak sengaja merempuh seorang gadis yang baru menapak naik, hingga terdorong tubuh gadis itu ke belakang.

Spontan Rizqi memaut lengan gadis itu sebelum tubuhnya jatuh menyembah bumi. Kedua mereka membeku dia tempat masing-masing. Tergamam dengan apa yang baru berlaku.

Tersedar ketelanjurannya, Rizqi terus melepaskan genggaman tangan. Entah kenapa hatinya berdebar tiba-tiba menatap gadis itu. Satu perasaan aneh yang tidak pernah dirasai menjalar ke seluruh tubuh.

"Maaf, saya tak sengaja. Awak okey?", Rizqi menghulurkan maaf atas kecuaiannya.

Kalau tidak silap di ingatan, gadis itu bernama Zulaika. Pelajar kelas 2, aliran akaun.

Gadis itu menggeleng kepala sambil tertunduk malu, "Tak apa, saya okey. Salah saya juga jalan tak tengok depan", lembut tutur katanya.

Rizqi membongkokan sedikit tubuh mengutip buku Zulaika yang berselerak di atas lantai. Dihulur kembali buku itu bersama permintaan maaf untuk kedua kalinya.

"Terima kasih", ucap Zulaika, mengambil buku dari tangan Rizqi.

"Assalamualaikum", Zulaikha memberi salam sebelum berlalu pergi.
Rizqi yang masih terpaku di tempatnya menjawab salam di dalam hati. Dia hanya memandang sepi langkah gadis itu sehingga hilang dari pandangan.

Keliru dan tidak mengerti perasaannya sendiri kala ini. Tidak mahu terlalu memikirkan dia melangkah pergi.

******

Sejak pertemuan yang tidak disengajakan itu, tanpa disedari pandangan Rizqi sering mengiringi langkah Zulaika. Senyum tawanya, lembut tutur bicaranya, lirikan matanya. Hati yang tidak pernah tersentuh sebelum ini mulai terusik dengan kehadiran gadis itu.

Rizqi yang baru menapak keluar dari bilik mesyuarat pengawas, memberhentikan langkah kakinya. Melihat kelibat Zulaika di anjung sekolah yang ralit mencatat sesuatu.

Entah apa yang merasuk. Dia melangkah ke arah gadis itu, memberi salam, "Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam", perlahan Zulaika menjawab salam yang dihulurkan.

"Zulaika kan", tanya Rizqi seolah meminta kepastian. Walaupun nama gadis itu, dia sudah sedia maklum.

"Iya, saya" jawab Zulaika sambil tersenyum nipis.

"Saya Rizqi..Muhammad Rizqi. Maaf tak sempat perkenalkan diri sebelum ni", Rizqi memperkenalkan diri.

"Saya tahu, semua student kenal ketua pelajar" balas Zulaika sambil ketawa kecil.

"Dah petang ni, kenapa awak tak balik lagi?", tanya Rizqi, tersenyum kecil mendengar tawa Zulaika.

"Saya tunggu adik, dia ada group discussion untuk pembentangan. Awak kenapa tak balik lagi, ada meeting?", tanya Zulaika ramah.

"Tak adalah, saya jumpa Cikgu Hayati", jawab Rizqi.

Zulaika hanya mengangguk kecil tidak meneruskan pertanyaannya. Sedia maklum pasti ada urusan yang berkaitan dengan pengawas.

Melihat buku latihan yang separuh siap di atas meja, Rizqi mengambil duduk berhadapan dengan Zulaika, "Awak stuck dekat soalan ni ke?", tanya Rizqi.

Melihat pemuda itu sudah mengambil duduk di hadapannya, Zulaika mengangguk. "Ya, saya tak dapat cari jawapan dari tadi, tak pasti kat mana silap".

Rizqi terus mengambil pen di atas meja tanpa banyak tanya. Tangannya laju mencoretkan sesuatu. Seketika saja, jalan kira terlakar kemas di atas kertas kosong itu.
Zulaika memandang dengan rasa kagum. Namun sudah diketahui Rizqi merupakan pelajar harapan sekolah. Tidaklah menghairankan jika soalan sesukar itu dapat dijawabnya dengan mudah.

Tanpa di sedari, sudah satu jam mereka menghabiskan masa bersama, menjawab soalan matematik. Fokus mereka hanya terganggu dengan kehadiran Zarlina, adik Zulaika.

Melihat Zarlina yang sudah berdiri di penjuru meja, Rizqi meminta diri. "Saya balik dulu Zulaika, adik awak dah siap tu. Assalamualaikum".

"Thank you Rizqi, susah-susah je ajar saya". Zulaika membalas dengan senyuman manisnya.

Rizqi hanya tersenyum kecil sambil menganggukan kepala. Berpaling dan mengukir senyuman sekilas kepada Zarlina tanda menyapa sebelum berlalu pergi.

"Aikk..akak sejak bila rapat dengan abang Rizqi tu. Ada apa-apa ke?", tanya Zarlina sebaik saja bayang Rizqi menghilang, sengaja mengoda Zulaikan yang pemalu.

"Ishhh, mana ada apa-apa. Tak kenal sangat pun. Rizqi saja tolong akak tengok homework tadi", terang Zulaika bersama wajah yang merah.

"Habis tu, kenapa muka akak merah? Betul ke.. tak ada apa-apa?", Zarlina masih berterusan mengusik Zulaika, tidak berpuas hati dengan jawapan yang diterima.

"Iya laa... lambat dah ni. Jom balik nanti umi dengan walid risau", ajak Zulaika untuk mengelakkan pertanyaan Zarlina.
Tanpa menunggu adiknya, Zulaika terus merapikan barang dan melangkah pergi. Tidak terlihat Zarlina wajah Zulaika yang merah akibat ulahnya tadi, terukir senyuman indah. Senyuman yang bakal menghiasi seluruh hati Muhammad Rizqi Erfan.

***********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience