BAB 59

Romance Completed 157983

Merah wajah Rizqi, tajam tatapan matanya merenung telefon di tangan. Bibirnya diketap kuat hingga menimbulkan urat leher. Kemarahan dalam hati sudah tidak terbendung. Panas terbakar.

Rizqi cuba menarik dalam-dalam nafasnya, diulang berkali-kali bagi mengurangkan rasa sakit di hati. Tapi hampa, rasa sakit itu tidak berpindah pergi malah makin menjadi-jadi.

Dia melabuhkan punggung di sofa dan mencampak telefonnya ke samping. Dicuba sekuat mungkin untuk menenangkan diri. Jika diikutkan rasa baran mahu saja mencampak handphone di tangannya tadi ke dinding.

Rizqi tidak cuba menghubungi Alisa meminta penjelasan. Gadis itu masih terus menyepikan diri sehingga sekarang. Dia juga tidak ada keberanian untuk menghubungi Alisa dengan kesabaran yang hanya tinggal senipis tisu. Risau hilang pertimbangan gadis itu yang menerima tempiasnya.

Sakit hatinya memikirkan Alisa yang menjauhkan diri. Langsung tidak mahu mengangkat panggilan atau membalas pesanannya. Tapi ada cukup waktu untuk berjumpa dengan jantan lain di belakang. Rasa marah dan berangnya datang membuak-buak. Rizqi memejamkan mata erat-erat untuk mengurangkan rasa sakit yang bertandang.

**********

Dua hari berlalu sejak kali terakhir Rizqi menghubungi Alisa. Pesanan whatapps juga tidak kunjung tiba. Hatinya dilanda gundah-gulana.

Selepas pertemuannya dengan Firdaus, Alisa cuba menghubungi Rizqi. Namun tidak berjawab. Alisa tidak pasti Rizqi terlalu sibuk atau dia membalas perbuatan Alisa yang sengaja mengelakkan diri sebelum ini.

Hatinya sudah ditekadkan untuk memberi kepercayaan kepada Rizqi. Tidak mahu membawa masa lalu lelaki itu dalam hubungan mereka.

Walaupun pahit untuk menerima ada wanita lain yang pernah bertahta dalam hati Rizqi, dia akan belajar untuk ikhlaskan. Perihal Zulaika, Alisa ingin biarkan ianya berlalu menjadi sebuah kenangan. Jika suatu hari nanti kebenaran itu tersingkap, walau apa pun yang terjadi Alisa akan belajar menerima dengan hati yang terbuka.

"Ding dong, ding dong", bunyi loceng menyedarkan Alisa dari lamunan. Tidak tahu gerangan yang bertandang ke mari. Hujung minggu ini, semua housemate tiada di rumah. Shima juga dari pagi lagi sudah keluar dating. Tinggal dia seorang diri.

Dengan langkah yang malas Alisa menapak ke ruang tamu. Sebaik pintu dikuak Alisa terpegun melihat sosok Rizqi di depan pintu. Matanya memandang tidak berkelip.

"Boleh jemput I masuk", tanya Rizqi, serius nadanya.

"Y..ya..masuklah. I tak sangka you nak datang", jemput Alisa sambil membuka kunci pintu grill.

"Kenapa..I tak boleh datang? Atau you tunggu orang lain?", halus Rizqi menyindir.

"Hah...tak adalah. Apa maksud you? I tak ada tunggu sesiapa pun. I tak tahu you dah balik sini", jawab Alisa sambil mengerut dahi. Sikap Rizqi harini kelihatan berbeza. Serasa dingin, hingga sukar Alisa hendak mendekati.

"Riz...something wrong?", tanya Alisa.

"Why not you tell me", balas Rizqi sambil menatap tajam wajah Alisa.

Melihat keruh wajah lelaki itu, Alisa pasti Rizqi mempersoal tindakannya yang menyepikan diri.

"I'm sorry sebab tak angkat call you sebelum ni", Alisa menghulur maaf.

"Why? Jangan bagi alasan you busy. I tak boleh terima", tegas suara Rizqi tiada kompromi.

"Something happen, and I need time. I perlukan masa tenangkan diri. Never mean to hurt you or make you worried", jelas Alisa.

"You sedar tak majlis kita akan berlangsung kurang dari dua minggu lagi. You tiba-tiba saja tak nak angkat call, tak nak reply masej, berdiam diri tanpa sebab tanpa you explain dekat I. Apa yang you fikirkan Lis. You tahu tak macam mana berserabutnya I dekat sana. Hampir nak gila risaukan you fikirkan you", meninggi suara Rizqi menyoal Alisa. Walau dicuba sekuat hati menahan rasa amarah, tapi tergelincir juga. Dia kecewa, sangat kecewa.

Terdiam Alisa mendengar amarah Rizqi. Ini kali pertama Rizqi meninggikan suara padanya. Tidak pernah Rizqi semarah ini sepanjang perkenalan mereka. Dia tahu mungkin tindakannya agak keterlaluan. Tapi menerima amarah Rizqi seperti ini air matanya laju meneruni pipi. Dia sedih, dia berkecil hati dengan lelaki itu.

Rizqi meraup wajah melihat mata Alisa sudah berkaca dan pipinya sudah banjir dengan air mata. Dia menghempaskan tubuh ke sofa dan mengatur kembali nafasnya yang menderu laju. Cuba menata kembali emosi. Dia cukup sedar, kemarahan bukan jalan penyelesaian.

Setelah dirinya sedikit tenang, Rizqi mengeluarkan handphone dari saku seluar. Disuakan kepada Alisa tanpa suara.

Perlahan Alisa mengangkat tangan menyambut huluran Rizqi, dengan rasa binggung. Matanya terpaku pada layar telefon. Menggigil tangan Alisa melihat gambarnya bersama Firdaus dua hari lepas. Dia mengangkat kepala memandang Rizqi. Wajahnya penuh dengan tanda tanya.

"Jangan tanya, macam mana I ada gambar ni. Tapi biar I tanya you... Apa semua ni Lis? You tak ada masa nak balas chat I, you tak ada masa nak jawab call, tapi you ada cukup masa nak jumpa lelaki lain", perlahan suara Rizqi menyoal. Namun tajam pertanyaannya.

"Rizz.. you tuduh I? Senipis tu kepercayaan you dekat I", lirih Alisa bertanya. Hatinya terluka.

"Lis, ni bukan soal kepercayaan. Rasa percaya I dekat you tak pernah kurang walaupun lepas I dapat gambar ni. Tapi...ya I kecewa. I kecewa sebab I tak boleh jawab bila someone tanya. You jumpa siapa, I tahu tak, ada urusan apa? I feel like a failure. Why Lis?", kali ini sayup kedengaran suara Rizqi. Mungkin kecewa dengan Alisa.

"Rizz.. you dah salah faham. Semuanya tak sama macam you fikirkan..", Alisa cuba jelaskan dengan air mata yang masih belum kering. Tidak tahu kenapa keadaan menjadi serumit ini.

"Jadi jelaskan dekat I. Jangan biarkan I tahu dari orang lain", Rizqi bangun dari duduknya berjalan mendekati Alisa. Dia berdiri menghadap gadis itu.

Belum sempat Alisa membuka mulut, kedengaran salam diberi. Teman serumah Alisa sudah pulang. Alisa menyambut perlahan salam Syahirah.

"Sorry, I kacau daun ke? Tak tahu pula you ada tetamu", usik Shahirah.

"Tak adalah Sha. Kenalkan ni tunang I, Rizqi", ucap Alisa, Rizqi mengangguk sedikit kepalanya tanda perkenalan.

"Lis, I balik dulu. Nanti kita sembung", ujar Rizqi. Mustahil untuk meneruskan perbualan mereka dengan housemate Alisa di rumah.

Melihat Rizqi melangkah ke pintu, Alisa menurut dari belakang.

"Riz..", panggil Alisa seraya mengapai tangan Rizqi.

Rizqi menatap lama mata Alisa. "Kita sambung nanti. Dengan keadaan I macam ni tak sesuai. I tak nak lukakan hati you sebab ikutkan rasa marah. Let's take our time, lepas dah tenang baru kita sort out our problem", putus Rizqi, akhirnya.

Tangan Alisa yang masih menggenggam tangannya, Rizqi bawa ke bibir. Dia kucup sekilas sebelum memalingkan tubuh dan melangkah pergi. Rizqi tidak mahu berpisah dengan keadaan tegang. Tapi apa daya, hatinya masih sakit.

*************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience