BAB 79

Romance Completed 157983

Jelas kerutan di wajah Rizqi semasa membelek kaki Alisa. Mendengar wanita itu meringis kecil menahan sakit, dia menghela keras nafasnya.

"Abang, Lis okay...Nabilah yang teruk kena tadi", adu Alisa, menoleh memandang Nabilah yang ditemani Liyana. Tidak mahu Rizqi bertambah risau. Sejak tadi lelaki itu hanya menayangkan muka ketat. Langsung tak ada seri.

"Abang dah call Am, minta tolong datang sini", Rizqi berjeda sebentar sebelum menyambung. "Rill pun abang call bagitahu", dia terpaksa maklumkan kepada Airill. Lelaki itu berhak tahu. Semua masalah ini terkait dengan dia juga. Mahu tidak mahu Airill perlu selesaikan semua ini. Jangan sampai dia yang 'tolong' settle kan. Sakit nanti.

Mendengar kata-kata Rizqi, Alisa memeluk tubuh suaminya. Kepala juga direbahkan di dada lelaki itu. Dipejamkan mata, cuba merehatkan otak. Letih, tidak hanya haus dari segi fizikal, tapi juga mental.

"Shima mana?", perlahan Rizqi menyoal Liyana, tidak mahu mengganggu rehat Alisa. Dia juga tak mahu timbul masalah lain kalau Airill terserempak dengan gadis itu.

"Tak ada rasanya. Dari pagi lagi tak nampak bayang", jawab Liyana.

Ketukan pada pintu mengejutkan mereka. Liyana bergegas bangun. Pintu dibiarkan terbuka luas. Ilham melangkah masuk, diikuti Airill dari belakang.

"Rill, kau tengokkan Nabilah dulu. Keadaan dia teruk sikit", Rizqi mengarah tangannya pada gadis yang sedari tadi menunduk, sejak Airill dan Ilham melangkah masuk.

Tanpa kata, Ilham melabuhkan punggung di sebelah Rizqi. Airill hanya membisu, merenung tajam wajah adik sepupunya yang setia merenung lantai sejak tadi. Liyana yang serba salah, terus melarikan diri ke dapur dengan alasan membancuh air.

Lelaki itu menarik kerusi, melabuhkan punggung di hadapan Nabilah. Dagu gadis itu dipaut, diangkat selaras wajahnya. Pipi Nabilah sudah kebiruan, hujung bibirnya juga sudah pecah. Kali ini giliran Airil menghela keras nafasnya.

Muka gadis itu dirawat tanya soal. Sepatah kata pun tidak terkeluar dari bibir Airill. Riak tidak berperasaan ditayangkan. Tidak tahu apa yang bermain di fikiran lelaki itu.

Tepat Airil menutup peti kecemasan, kedengaran suara Liyana mencelah. "Leher Nab pun merah tadi. Tapi tak pasti teruk ke tak?", adu Liyana kepada Airill. Tahu, mustahil Nabilah akan berterus terang dengan abang sepupunya. Gadis itu lebih rela menahan sakit.

Terus Airill selak sedikit tudung Nabilah. Cukup sekadar di penglihatan dia seorang. "Bukan kesan cekik ni. Dia buat apa? Tak kan dia jerut pula", Airill sudah membelek leher Nabilah yang sudah mula melebam.

"Nab! Abang Rill tanya ni. Dia jerut ke?", melengking suara Airill menyoal, melihat Nabilah terus membisukan diri. Entah kenapa kebelakangan ini emosinya mudah sangat terpancing.

"Hafiz rentap tudung Nab, itu yang tercekik. Yana dengan Lis terkejut sangat. Puas kami paksa dia lepas, tapi makin kuat dia cengkam. Siap ditolaknya Lis sampai tersungkur", terang Liyana, melihat Nabilah terus mendiamkan diri menghadap amarah Airill.

Lelaki itu ketawa hambar mendengar penjelasan Liyana. Senyuman sinis digaris di bibir. "Okay..okay...Aku tak pergi berdepan dengan dia lagi. Aku tak minta pun penjelasan dari dia. Sebab aku nak tenangkan diri. Tenangkan emosi. Takut tak hidup kalau ada depan aku. Siapa sangka...dia yang datang serah leher dekat aku. Rugi kalau dibiarkan", perlahan suara Airill menyapa telinga mereka. Terasa tegak bulu roma.

"Dia datang serang Nab kenapa?...Abang Rill kalau tanya, nak jawapan. Bukan nak tengok Nab membisu", tajam Airill menyoal Nabilah kembali.

"Nab pun tak tahu! Tiba-tiba je meluru masuk, cengkam-cengkam tangan...Dia tuduh Nab bawa mulut dekat keluarga dia. Mungkin....Pak Lang dengan Mak Lang dah tahu, itu dia marah sangat", akhirnya Nabilah sudi membuka mulut. "Nab pun tak pasti kenapa...Tapi Nab tak pernah buka mulut pun dekat family dia. Tak tahu macam mana diorang tahu. Dialah tiba-tiba datang serang, naik hantu macam tu", Nabilah mencebir bibirnya, tanda benci dengan lelaki itu. Nak sebut nama pun benci.

"Baru-baru ni...mak dengan ayah Abang Rill ada pergi jumpa keluarga Pak Lang. Dia tak sangka, Abang Rill dah bagitahu family...Dah tu? Nak simpan buat apa lagi. Biar membusuk..", sinis senyuman Airill.

"Berani buat tapi takut nak tanggung akibat. Pengecut", tajam kata-kata Nabilah. "Ini...percuma la mendapat", Nabilah menuding jari ke wajahnya yang sudah melebam.

"Pasal ni Abang Rill minta maaf.... Jangan risau, pandai-pandailah abang settlekan", Airill mengusap lembut kepala Nabilah yang berbalut tudung. Hatinya membara melihat keadaan Nabilah. Perasaan bersalah juga menjengah kerana Alisa dan Liyana terpalit dengan masalah ini.

"Kau macam mana Riz?", tanya Ilham sesudah membalut kembali kaki Alisa.

"Aku plan nak bawa Lis balik rumah kitaorang malam ni...Tapi esok lah. Malam ni biar aku teman Lis dekat sini". Rizqi tak sampai hati nak ajak Alisa pulang ke rumah mereka malam ni juga. Kesian dengan housemate Alisa. Mungkin masih takut, tambahan cedera pula.

*************

"Kau nak buat apa sekarang?", soal Rizqi ketika mereka bertiga melepak di ruang tamu rumah sewa Alisa.

Ilham sedari tadi tidak masuk campur urusan mereka. Hanya jadi pendengar.

"Tahulah aku apa nak buat. Selama ni jahat macam mana pun, aku fikir keluarga. Malas nak tambah minyak dekat api. Malas nak ambil tahu hal orang. But once dia mula sentuh orang sekitar aku. That the end", suara Airill membelah keheningan malam itu.

"Aku tak nak nasihat lebih-lebih. Bukannya kau nak dengar pun. But Rill, have measure in your action. Jangan sampai menyesal", Ilham mengingatkan sahabatnya itu. Jangan bertindak di luar batasan, hanya kerana amarah. Jangan sampai masuk ke dalam.

"To make someone regret, does't mean you have to go physically. There is a lot of way. Use your brain..think carefully. Just, make sure we don't get news...you end someone else life", perlahan suara Rizqi mememecah gegendang mereka.

Airill menoleh sekilas ke arah Rizqi. Direnung lama wajah sahabatnya. Tatapannya hanya dibalas pandangan kosong Rizqi

Ilham mengeluh perlahan memandang Rizqi. Outside, this man look very gentleman. But when you anger him, he can turn really scary. Just don't cross his bottom line.

************

"Apa lagi Lis nak beli?", tanya Rizqi. Tangan isterinya dipimpin perlahan ke bangku yang disediakan. Bangun saja pagi ni, Alisa tiba-tiba ajak keluar. Katanya dah lama tak keluar dating berdua.

Alisa mengarahkan pendangan pada paper bag dalam pegangan Rizqi. Banyak. "Rasanya dah tak ada...kut", jawab wanita itu teragak-agak.

"Sure?", sengaja Rizqi menekan isterinya.

"Nanti boleh je abang temankan Lis keluar shopping lagi, kut-kut ada yang terlupa nak beli", manja Alisa ketawa. Nak shopping bagi puas hati kena bawak suami. Tak boleh datang sorang-sorang.

"Pandai Lis. Keluar shopping tahu nak ajak abang, nak melekat dengan abang. Masa-masa lain sombong nak duduk jauh-jauh dari abang", sengaja Rizqi menyakat isterinya. Melihat wanita itu terkebil-kebil dia ketawa lepas.

"Bilanya? Tak pernah Lis suruh abang duduk jauh-jauh. Rasanya Lis yang selalu nak melekat. Abang ada memory loss kut", laju Alisa menyangkal. Berkerut wajahnya. Pelik pula. Tak pernah dia larang bila Rizqi mendekat. Kerja gila tu. Sudahlah lelaki itu kerap outstation, bila ada masa memang nak melekat je. Tak adanya maknanya nak suruh duduk jauh-jauh. Buang tabiat.

"Really?", Rizqi menyipitkan matanya memandang Alisa. "Seingat abang, most of the time I'm the one who start it first", jawab Rizqi. Kepalanya dimiringkan sedikit seolah sedang serius berfikir.

"Start? Start what...I think, I'm also pay close attention about hugging, kissing. Abang jangan accused Lis sebarangan...", Alisa mengoyang jari runcingnya di depan Rizqi. Tidak terima Rizqi menidakkan usahanya.

"That not what I mean. I'm talking about something more intimate. Like...bedroom matters", Rizqi membisikan kata-kata itu tepat di telinga isterinya. Melihat pipi Alisa sudah merona merah, dicium pipi wanita itu sekilas sebelum bangun dari bangku.

Wanita itu menatap tidak percaya wajah suaminya. Tak sangka Rizqi bertindak seberani itu. Nasib baik kerusi yang mereka duduki jauh dari orang lain, dan agak tersorok. Kalau tidak mana nak diletaknya muka.

"Kenapa?", sengaja Rizqi buat-buat tak faham melihat wajah Alisa yang terlopong tidak percaya. Dia hanya menarik senyuman nakal melihat wajah merah wanita itu.

"Abanggg....", Alisa sudah menekan perlahan nadanya. Tanda protes. Geram, tahu Rizqi sengaja.

"Apa masalahnya? Tak salah, cium isteri sendiri. Bukan abang cium isteri orang", selamba Rizqi menjawab.

"Iyalah tak salah. Tapi mana boleh menonong je cium dekat tempat terbuka macam ni. Kalau orang nampak, kata perangai tak senonoh", marah Alisa. Matanya sudah dijegilkan kepada suaminya.

"Then kalau tempat tertutup boleh? Don't worry sayang, kalau tempat tertutup lebih dari tu abang buat", sengaja Rizqi memutar ayat Alisa.

"Isshh...Bukan tu maksud Lis...Sajalah tu, abang saja nak kenakan Lis", Alisa sudah menarik muncung sedepa. Wajahnya dipaling tidak mahu memandang wajah suami di hadapan. Merajuk. Selalu dia yang kalah kalau lawan berdebat dengan lelaki itu.

"Sure? Sayang serius nak merajuk dekat sini? Lis nak abang pujuk dekat sini?", Rizqi mendekatkan muka pada wajah Alisa. Kedua tangannya sudah menghadang sisi wanita itu.

"Bila masa Lis merajuk. Abang jangan buat spekulasi" Alisa meletak kedua tapak tangan pada dada Rizqi. Menghalang lelaki itu mendekat. Tanpa menunggu terus dia bangun dari duduknya. Berjalan terus tanpa menoleh. Bukan boleh dicabar Rizqi. Dibuatnya gila dekat mall ni, malu je.

Melihat laju langkah Alisa, Rizqi hanya ketawa mengejar wanita itu. Tak nak gelak lebih-lebih. Nanti dia juga yang sakit. Selebihnya boleh sambung ketawa dalam hati.

Dia mencapai tangan wanita itu, dan menggenggam erat. Membiarkan langkah mereka seiringan. Senyuman kecil terbit di hujung bibirnya, melihat Alisa tidak menarik kembali tangan. Marah-marah kucing. Marah tapi manja.

"Rizqi?" serentak mereka berdua menoleh mendengar suara teguran dari tepi.

Senyuman Rizqi terus melebar melihat sosok lelaki di hadapan. "Syah! How can...I mean you should be in Germany. How can you be here?", soal Rizqi dengan riak tidak percaya. Syah Rizuan, lelaki itu salah seorang sahabat Rizqi semasa menuntut di Jerman.

"Just pat my ass and running back", selamba lelaki itu menjawab. Bahunya dijongket tanda tidak peduli.

"How about your work?" menggeleng Rizqi mendengar jawapan sahabatnya tu. Syah dari dulu, memang tak serius orangnya. Tapi bab pelajaran jangan tanya. Gempak.

"Just okay. Aku sign contract not permanent. Tamat je kontrak, I pat my ass, pack my bag, get a flight...and here I'am", tersengih lelaki tu menjawab.

"Enough about me. Who this beautiful lady here?", tersengih kambing Syah menghulurkan tangan pada Alisa.

"Syah Rizuan, keep you hand for yourself. Tak payah nak puji lebih-lebih", tajam mata Rizqi memberi amaran kepada lelaki tu. "My wife, Alisa...sayang ni kawan masa abang study dulu, Syah", ujar Rizqi. Alisa hulurkan senyuman dan mengangguk kecil tanda menyapa. Syah masih melongo tidak percaya.

"Wife? Are you being serious Rizqi. Did I the only one who don't know anything", soal Syah tak puas hati. Walaupun boleh dilihat kemesraan antara Rizqi dan wanita itu, difikirannya mereka sekadar couple. Mana tahu dah kahwin. Kalaupun dia tak boleh hadir majlis kahwin, sekurangnya infrom la. Jangan diam-diam.

"Aku baru nikah. Majlis resepsi tak buat lagi. Nanti aku invite semua kawan-kawan kita. Seorang pun tak tahu aku dah kahwin", terang Rizqi. Melihat wajah tidak puas hati lelaki itu, Rizqi hanya ketawa kecil. Syah memang suka majlis-majlis ni. Lelaki yang satu ni gemar betul tempat-tempat yang meriah.

Sempat mereka berborak sebentar sebelum Syah meminta diri. Malas nak ganggu date Alisa dan Rizqi katanya. Dah balik sini, bila-bila je boleh lepak. Dia menumbuk perlahan bahu Rizqi sebelum melangkah pergi. Masih simpan dendam, kahwin tak bagitahu. Sempat dikenyit mata pada Alisa. Sengaja memancing kemarahan lelaki itu. Tak pasal-pasal hinggap penumbuk manja Rizqi dibelakang.

Pecah ketawa Alisa melihat keletah Rizqi dan Syah. Tak sangka ada juga kawan Rizqi yang gemar menyakat seperti Daniel.

*************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience