BAB 14

Romance Completed 157983

Para pelajar bertungkus lumus mengeluarkan bag dan barang keperluan dari bas. Sebahagian lagi ditugaskan memasang khemah. Jam sudah menunjukkan pukul dua belas. Namun makan tengah hari masih belum dijamah. Khemah perlu siap dipasang terlebih dahulu.

Dua jam masa yang diambil untuk memacak khemah. Semua berjalan dengan lancar, pelajar lelaki diminta membantu pelajar perempuan memasang khemah. Kalau tidak, khemah tidak akan siap terpasang sampai makan malam.

Kelaparan itulah yang dirasakan semua pelajar. Mereka makan tanpa menoleh ke kiri atau kanan. Bersembang juga tidak. Sangat lapar.
Selesai makan cikgu mengarahkan semua pelajar muslim ke surau untuk solat Zohor terlebih dahulu. Akitiviti hanya dimulakan selepas Asar. Masa yang terluang digunakan untuk merehatkan tubuh yang kepenatan.

Alisa, Ain ,Sarah, Jiha, Misha dan Farah berkongsi khemah. Terasa sesak dengan tatapan dan jelingan Sarah, Alisa keluar berjalan menelusuri sungai di sekitar. Badan yang terasa letih meminta rehat tidak dihiraukan .

Melihat air sungai yang mengalir, dapat mendamaikan seketika hati yang gundah gulana. Letih menguruskan sesuatu yang bergelar hati dan emosi. Memakan terlalu banyak tenaga dan masa.

"Lis, kau tak rehat ke? Buat apa kat sini?, tanya Daniel yang datang dari arah belakang. Terus mengambil duduk di samping Alisa.

"Saja ambil angin, sejuk-sejuk ni seronok kalau duduk melepak.", balas Alisa santai.

"Kau buat apa kat sini?", tanya Alisa melihat lembaran kertas di tangan Daniel.

"Ni tentatif program. Aku tengok balik urutan aktiviti". Daniel membalas sambil melayangkan kertas di tangannya.

"Petang ni kita prepare bahan untuk masak makan malam. Esok pagi ada senamrobik, lepas tu ada ceramah, then pertandingan masak untuk lunch, petang cikgu bagi kebenaran mandi sungai, malamnya kita buat BBQ sambil aktiviti santai. Next day, kita buat gotong-rotong bersihkan tapak kem dan penyampaian hadiah. Betul tak urutan aku Daniel", tanya Alisa.

"Dahsyat la kau, semua ada dalam kepala". Melopong mulut Daniel memandang sahabatnya itu.

"Iyalah tentatif tu aku yang taip. Dua kali kut aku kena repair memang melekat la dalam kepala", ujar Alisa sambil tersengih.

"Buang cekadak je aku puji", Daniel menjulingkan mata.

"But yang last repair tu, Riz yang tolong buatkan. Aku tak sihat", ucap Alisa perlahan cukup di pendengaran dia dan Daniel saja.

Melihat tajuk perbualan mengarah ke arah Rizqi, Daniel hanya mendiamkan diri. Tidak tahu bagaimana harus memberi reaksi. Mereka membisu melayan fikiran dan perasaan masing-masing.

"Hai, kalau pun nak dating nanti-nantilah. Kerja banyak tak siap lagi kau dah hilang", tegur Firdaus sambil bercekak pinggang di belakang.

"Mana ada, part aku dah siap la", sangkal Daniel.

"Dah tu, kau tolong la kitaorang yang tak siap lagi. Nanti sampai ke malam tak siap juga kita punya makan malam", Firdaus sudah mula membebel.

"Apa lagi yang tak siap?....Jomlah buat apa lagi kau termenung, bukannya boleh siap kalau kau duk merenung muka Lis tu", sindir Daniel sambil mengangkat punggung berdiri.

Firdaus menampar keras bahu Daniel menggunakan kertas di tangannya. Geram kerana diusik. "Elok juga aku menengok muka Lis tu, cantik juga daripada menengok muka kau apa cerita".

Alisa menggeleng kepala melihat tingkah Firdaus dan Daniel. Dia bangun dari duduknya dan berdiri bersama mereka. Bukannya jadi nak healing macam ni, kemungkinan hilang adalah.

"Korang tengah prepare apa. Jomlah aku tolong sekali", ajak Alisa.

"Tengah siapkan bahan nak masak malam nanti. Prepare awal senang kerja, malam nanti masak je", terang Firdaus sambil berjalan.

"Hai...,baru nampak batang hidung korang berdua. Pergi mana hilang tiba-tiba", tanya Ilham.

"Aku pergi jemput Si Dani tengah dating dengan Lis tadi. Tak menyempat-nyempat tunggu la kerja habis dulu", adu Fidaus kepada Ilham.

"Kau kalau dengki sangat pergi la ajak Ain tu dating. Habis cerita", cadang Daniel dengan muka tak bersalah.

"Ishh, tak nak la kalau dengan Ain. Dia kan lembut, mana sesuai dengan aku. Aku silap cakap sikit nanti habis dia merajuk. Jenuh aku nak memujuk. Sudah la ilmu memujuk ni aku tak habis menuntut pun", Firdaus menggaru kepalanya.

Alisa menahan ketawa sehingga merah wajahnya mendengar kata-kata Firdaus. "Tak apa, kau boleh menuntut dengan Dani. Dia kan playboy dah khatam cara nak memujuk ni", tambah Alisa.

"Seronok kau Lis mengata aku. Aku ni bukan playboy tapi gentleman, aku ulang gentleman". Sanggah Daniel tidak berpuas hati.

"Tak ingin aku berguru dengan Dani. Tak ada satu pun hubungan dia yang kekal. Ni baru break dengan Jiha. Berguru cara putus boleh la", sindir Firdaus.

Alisa memegang perutnya yang sakit menahan ketawa.

"Pang", Daniel menampar kepala Firdaus. "Sedap kau mengata aku Fir. Aku putus sebab tak ada jodoh. Jodoh sampai situ je. Mana boleh paksa", Daniel mempertahankan diri yang terbentang bersalah.

"Dah, dah...tak jadi kerja nanti", sampuk Ilham.

"Malam ni kita nak masak apa Am", tanya Alisa.

"Masak simple je. Sardin, telur dadar dengan sayur kubis", balas Ilham.

"Sedap dah tu, nak lapik perut je malam ni", ujar Alisa

"Nak aku tolong buat apa Riz", tanya Alisa menoleh melihat Rizqi menyusun kotak tin sardin bersama pelajar lain.

"Kau tolong basuh dengan potong sayur atas meja tu", arah Rizqi.

Melihat jam menghampiri pukul empat petang, mereka semua bergegas menyiapkan bahan. Hari ni ajk makanan paling sibuk. Kalau terlambat siapkan bahan,lambat pula masaknya.

Semua bahan diletakkan di satu tempat bagi memudahkan proses memasak. Setelah jam berganjak pukul lima tiga puluh mereka menghentikan aktiviti dan bersiap untuk solat.

Alisa ke ruangan khemahnya mengambil baju salin dan telekung untuk menunaikan kewajipan. Melihat Ain yang masih berlayar dalam mimpi Alisa mengejutkan gadis itu untuk solat bersama.

Setelah selesai Alisa dan Ain menapak ke gazebo. Sudah ramai pelajar dan guru bersiap untuk memulakan proses memasak. Alisa dan Ain hanya mengambil duduk tidak jauh dari situ. Guru-guru hanya bertindak sebagai pebimbing sahaja. Selebihnya semua pelajar perlu bekerjasama menyiapkan makan malam mereka.

Sedang Alisa memerhati dari jauh, Ain memulakan perbualan. "Lis kau dengan Sarah ada sembunyikan apa-apa ke dari aku? Kalau kau tak bagitahu pun aku boleh agak", luah Ain.

"Korang dah tak macam dulu. Sarah bila cakap asyik nak menyindir. Kau pun selalu je mengelak dari dia. Tak best la macam ni", sambung Ain.

Sarah selalu burukkan Alisa di depan rakan yang lain. Dia tak segan menggelar Alisa dengan kata yang kurang sopan. Ain tak tahu macam mana nak beritahu kepada Alisa. Dia risau Alisa bertambah sedih, memandangkan gadis itu sering memendam rasa dengan perlakuan Sarah. Ain menghela panjang nafasnya memikirkan masalah ini.

"Tak ada apalah Ain. Biasalah kawan-kawan mesti ada pasang surut. Gigi dan lidah lagikan tergigit inikan pula sahabat", balas Alisa, tidak mahu membuka pekung di dada. Bagaimanapun Sarah tetap sahabatnya dan Ain.

Ain menoleh memandang Alisa. Hatinya kuat mengatakan Alisa menyembunyikan sesuatu. Tapi tidak tahu bagaimana cara untuk meminta Alisa jujur dengannya.

"Lis, cuba kau rasa sardin ni. Apa yang kurang? Tak berapa sedap la", Daniel melaungkan nama Alisa dari jauh.

Mendengar namanya dipanggil Alisa terus bangun menuju ke arah tapak kegiatan memasak itu dilakukan. Dia menapak ke arah mereka diikuti Ain dari belakang.

Ilham menghulurkan sudip. Alisa tidaklah pakar memasak. Hidup sebagai anak tunggal menjadikan dia sosok yang mandiri dalam menguruskan diri sendiri. Setakat memasak sardin tidaklah bermasalah buatnya.

"Am kau masuk tak air asam jawa sikit" tanya Alisa. Tambah lagi sikit lagi garam letak sikit lagi perasa. Sedap dah aku rasa", tanya Alisa.

"Aku lupa tambah air asam jawa. Patut la rasa lain", jawab Ilham menepuk dahi.

"Kau ni Am boleh pulak lupa", Daniel sengaja menyakat.

"Elok la aku lupa je. Kau langsung tak tahu apa. Asam jawa dengan asam keping pun tak boleh beza. Lengkuas dengan halia kau kata sama", Ilham mengutuk Daniel tanpa balas kasihan.

Gelak tawa memenuhi seluruh ruang mendengar kata Ilham. Daniel tersengih seperti kerang busuk menutup malu. Itulah nak mengata orang dia yang lebih.
Selesai memasak mereka mangambil pinggan mencari tempat yang masih kosong tapi tidak terlalu jauh dengan pelajar lain.

"Kau pandai masak juga Lis", tanya Firdaus semasa sedang asyik melahap makanan.

"Boleh la kalau emergency, tapi tak pandai sangat", jawab Alisa.
"Tak pandai Lis pun, kalau kau request tom yam Thailand, daging masak merah still boleh buat dengan jayanya ", tambah Ain sambil menggosok kedua belah tangan.

"Betul ke, kiranya kau pandai masak la. Tak sangka pula aku", kata Firdaus

"Kenapa pula tak sangka? Setakat nak masak sikit-sikit tu boleh je. Aku anak tunggal, my mum kerja. Kalau aku malas nak beli aku masak sendiri", terang Alisa.

"Lis dah lama tak makan tom yam putih kau buat. Adoi teringat la pula", Daniel menyampuk tiba-tiba

"Kau bukan suka tom yam pedas ke? Riz yang suka tom yam putih", sangkal Ain.

"Itulah aku bagitahu mengidam. Mengidam ni kan pelik, tiba -tiba je teringin makan benda yang kau tak suka", balas Daniel membalas sambil meletakkan tangan di dadanya. Nak bagitahu dah habis teringin la tu.

"Banyak la kau punya mengidam. Kau tu lelaki", Ain mejegilkan matanya.

"Tapi dah lama betul tak rasa masakan kau Lis", kedengaran suara Rizqi mencelah.

Alisa terdiam. Memikirkan perasaannya sendiri. Masih belajar untuk ikhlaskan Rizqi sebatas sahabat. Sahabat yang selalu ada ketika dia perlukan.

"Just name time and place bila korang free. Nanti aku masak.", jawab Alisa.

Senyuman kecil terbit dari hujung bibir Rizqi mendengar persetujuan Alisa.

"Oohh kau pilih kasih Lis. Bila aku bagitahu, kau tak setuju pun, dengan Riz kau setuju", Daniel tak puas hati.

"Kenapa? Kalau aku setuju, Riz aku bagi makan tom yam, kau aku bagi makan pinggan kosong ke?", tanya Alisa bersama jelingan.

Melihat jelingan maut Alisa, Daniel mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Lis, kau jangan lupa ajak aku join sekali", pesan Firdaus tidak tahu malu.

"Kau pantang dengar pasal makan", balas Alisa sambil ketawa.


************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience