BAB 82

Romance Completed 157983

Suasana hening menyelubungi mereka berdua. Alisa membisukan diri. Sedar ketelanjuran kata. Tak wajar dia cadang untuk gugurkan kandungan tu. Tapi sebagai wanita dia dapat rasakan dilema Ain.

"Forget about abortion. That out of topic. First, talk to Syazwan. Tu yang paling penting. Yang lain kita fikir lepas Syazwan dah tahu", tegas keputusan Rizqi. Tidak lagi berkompromi dengan isterinya. Orang perempuan ni emosional. Keputusan selalu didorong dengan emosi.

"Hmmm", pendek Alisa menjawab.

"Kenapa? Apa, yang Lis tak setuju?", Rizqi cuba beri peluang kepada Alisa untuk berikan pendapat. Wajah tidak bersemangat wanita itu, jelas memberitahu ada sesuatu dalam fikirannya.

"Abang mungkin tak akan setuju dengan Lis. Tapi, kalau Syazwan dah tahu, masalah still tak settle. Perut Ain makin lama makin besar. Diaorang punya majlis lagi enam bulan. I don't think she can hide that long. Mulut orang abang, kadang-kadang lagi tajam dari pisau. Sakit yang tak berdarah tu lagi susah nak sembuh. Kalau dah kahwin, anak tu still anak luar nikah. Still tak tak boleh bin atau bintikan Syazwan. Kalau anak perempuan...", Alisa biarkan kata-katanya tergantung. Tahu Rizqi pasti faham maksudnya.

Rizqi mengacak-acak rambutnya. Mungkin harap, cara tu boleh meringankan beban di kepala.

"No, dengan bagitahu Syazwan baru masalah boleh settle. Resepsi lagi enam bulan, tapi majlis akad nikah boleh dicepatkan. Ikut mazhab kita, kalau diaorang nikah sebelum kandungan Ain cecah tiga bulan anak tu ada harapan untuk bin atau bintikan dengan Syazwan. Sebab tu abang suruh bagitahu. Kalau dia tak tahu, nak suruh Ain kahwin dengan siapa. Siapa nak bertanggungjawab", soal Rizqi. Geram juga dengan gaya pemikiran Alisa dan Ain.

"Tapi still kena bagitahu family kedua belah pihak. Mustahil untuk rahsiakan", Alisa masih membangkang. Dia tahu Ain berat hati nak berterus terang. Gadis itu tidak mahu beri tanggapan buruk kepada keluarga bakal mentua. Dia juga takut nak menghadapi kemarahan ibu dan ayahnya.

"Then, nak kahwin dekat sempadan? Nak tambah masalah lagi? Biar makin marah mak ayah diaorang. Dah terlanjur, then pregnant, last-last ambik keputusan kahwin dekat sempadan. Lis rasa parents Ain boleh terima? Jangan nafikan hak seorang ayah untuk walikan anak perempuan dia. We don't have any right. Jangan sampai bila kita ada anak, benda yang sama berbalik dekat kita", tajam teguran Rizqi. Mahu isterinya sedar kifarah tu ada.

Alisa terdiam memikirkan ayah dan ibu Ain. Pasti hancur hati kedua orang tua itu. Sementelah Ain anak tunggal perempuan. Majlis gadis itu sudah diimpi, dilangsungkan secara besar-besaran. Dia menghela nafas. Penat otaknya fikirkan perkara ini sejak semalam.

"Ini isu serius. Macam mana pun tak boleh sembunyikan dari family. At least, kita boleh cari cara nak minimumkan kesan dia", pujuk Rizqi. Dia mula berlembut dengan Alisa.

"Selalu macam tu. Perempuan yang akan tanggung akibat. Seronok sama-sama, tapi sakit sorang-sorang", ujar Alisa tidak puas hati. Mukanya juga sudah masam.

"Ni lah maksud jaga lembu sekandang lagi senang dari jaga anak perempuan seorang", berperibahasa pula Rizqi. "That why, lepas kita bertunang abang ajak nikah cepat-cepat. Tak tangguh. Sebab ni lah. I know my self. Kalau sengaja suruh kita bertunang setahun dua untuk berkenalan nak sesuaikan diri, I think mungkin Lis yang ada dekat tempat Ain sekarang", Rizqi mengingatkan Alisa. Jangan sangka iman sendiri tu kuat sangat. Semua sebab Allah yang memudahkan jalan.

Alisa terkulat-kulat. Tak tahu kenapa topik itu sudah beralih kepada dia. "What I said is truth. Lis rasa lepas dah bertunang asyik melekat, berkepit berdua. Sure tak rasa apa-apa, tak jadi apa-apa? Berjalan berdua, bercuti berdua, pegang tangan, berpeluk..sure tak rasa apa-apa?", Rizqi mengulang pertanyaannya. Mahu Alisa menjawab.

Alisa mematungkan diri. Lebih memilih mendiamkan diri. Mustahil tak rasa apa-apa. Dalam keadaan macam tu mudah sangat nak tergelincir. Sekarang Alisa sedar kenapa Rizqi berkeras untuk bertunang sekejap saja.

Rizqi capai tangan isterinya. Mengusap lembut hingga ke celah-celah jari wanita itu. Pautan pada tangan wanita itu dieratkan. Jari jemari Alisa dibawa ke bibir, dikucup hangat. Hujung bibirnya menarik segaris senyuman.

"Ni baru abang pegang tangan, bukan lebih lagi. What do feel?", romantik Rizqi berbisik di telinga Alisa. Tangan lelaki itu sudah beralih ke pingang. Dielus lembut tubuh ramping isterinya. Tangannya sudah dimasukkan di balik baju yang dipakai Alisa.

"Abang kalau bagi contoh, tanpa demo tak boleh ke?", Alisa sudah menangkap tangan lelaki yang semakin meliar itu. Dia menjegilkan mata pada suami di sisi.

"Baru senang nak faham kalau buat demo sekali. Kalau tidak macam-macam dalih Lis bagi", jawab Rizqi selamba tanpa rasa bersalah.

"Are you angry?", hati-hati Alisa bertanya. Rizqi sudah meraup wajahnya berkali-kali. Mungkin cuba nak segarkan fikiran.

"I'm not! I don't know. Maybe yeah... She also my friend. Of course I don't want she to face anything like this. But..both of us clearly know, marriage will not settle this. There is a lot of things she need to face in future..", Dia faham kerisauan Alisa, dan juga ketakutan Ain. Pernikahan ni dapat menyelamatkan maruah. Tapi..tak akan dapat tutup mulut orang. Anak yang tak bersalah tu juga akan dituding jari. Lumrah manusia, sentiasa nak bercakap kesalahan orang lain.

"Sekarang ni Lis fokus dulu dengan majlis kita, jangan sampai terganggu. After this kita fokus dekat Ain", serius wajah Rizqi. Yang penting, gugurkan kandungan tak termasuk dalam senarai.

**********

"Kau kenapa? Esok nak majlis, tapi muka berserabut", Ilham menepuk perlahan bahu Rizqi. Pelik, wajah lelaki itu seperti memikul beban yang berat.

"There is something actually. But now, not the right time to talk. Nantilah, kau akan tahu juga", dia menoleh sekilas ke arah Ilham. Matanya kembali fokus pada sekumpulan lelaki yang sedang berenang. Tengah bermain sakan sampai tak sedar masing-masing umur berapa. Dia sengaja sewa homestay yang besar. Tak sangka pula Daniel dengan Ilham nak berhimpit juga dekat sini. Padahal rumah diaorang dekat kawasan ni juga.

"Sure..?", soal Ilham lagi. Tidak mahu memaksa. Melihat lelaki itu mengeleng perlahan, Ilham tahu Rizqi tidak akan bercerita. Mungkin bukan masanya lagi.

"Korang dua kenapa, terbisik-bisik dekat situ? Kalau ada nak cakap, cakaplah depan-depan. Dekat sini tak ada yang bawah umur pun", sengaja Syafik menyakat.

"Kau ingat aku macam kau. Sembang benda pelik-pelik je. Banyak lagi nak difikir", tajam Rizqi menjawab.

"Relax la... kalau betul pun apa masalahnya. Tak ada siapa nak marah", semakin galak ketawa lelaki tu.

"Kepala kau kalau asyik ke situ, dah sampai masa untuk kahwin. Baru boleh fikir dengan betul", Rizqi berjalan ke meja di bawah bumbung. Mencapai air berkarbonat yang sudah dibeli Daniel dan Fikri petang tadi.

"Kalau ikut aku dah lama bersedia...Tapi nak buat macam mana jodoh dah kecundang", Syafik melangkah keluar dari kolam renang. Punggung dilabuhkan di pinggir kolam. Dia memberi isyarat tangan kepada Rizqi, tanda haus. Tin minuman tu mendarat betul-betul di sebelah Syafik. Nasib baik di sebelah. Kalau di kepala, nasiblah. Kalau bertuah mungkin bertambah senonoh perangai Syafiq.

"Bunga bukannya satu. Kau nak meratap lama-lama buat apa. Lebih baik fokus dengan masa depan", Daniel mencelah.

"We never know what future hold... Mungkin sekarang, rasa sakit nak terima nak lupa. Tapi..pada masa yang tepat, hati kau sendiri akan terbuka. Waktu tu tak ada apa yang boleh halang. Yang pegang kunci hati ni bukan kita, tapi Allah", kata-kata tu Rizqi tidak tujukan kepada Syafik semata, tapi juga kepada Airill.

"Pelik aku. Bila kita saja nak try, nak main-main waktu tu boleh pula perempuan tu nak serius. Tapi bila kita dah serius nak settle down, nak fokus, ready nak step in marriage, masa tu dia nak buat perangai. Tak ready la, perlu masa, perlu ruang. Last-last haram", Daniel meluahkan ketidakpuasan hati. Maklumlah sudah banyak kali kecundang dalam hubungan. Sekarang malas nak fokus dengan pernikahan. Kalau jodoh dah sampai kahwin. Kalau tak reda je lah. Nak kejar sangat tak kemana pun.

"Kau kenapa? Girlfriend buat perangai?", Syafik mula menyibuk. Serius wajah dia bertanya. Saja nak jaga tepi seluar orang.

"Get back with her ex. Still cannot move on. Apa kejadahnya dia setuju nak couple dengan dulu", kasar bahasa Daniel. Marah sangat gamaknya. Rambut yang terjuntai di hadapan dilurut ke belakang.Cuba menutup rasa serabut dalam hati. "Kau pula kenapa? Kena tikam belakang", tanpa lapik, Daniel terus membalikkan soalan pada Syafik.

"Tak juga...Tak tahu nak kata macam mana. Dia..kahwin dengan pilihan orang tua dia", lemah suara lelaki itu. Wajahnya merenung kosong ke hadapan. Mungkin masa lalu masih berbekas di hati. Belum dapat melepaskan.

Perhatian mereka terarah kepada Airill, mendengar lelaki itu lepaskan keluhan keras dari bibir. Kepalanya didongok memandang langit. Wajah itu menyimpan seribu rasa. Seribu rahsia. Sakit itu hanya dia yang dapat rasa.

"Kita memang kumpul nak bincang soal broken heart ke? Aku tengok suasana suram lain macam. Macam tak kena dengan majlis. Rasanya, kita berkumpul nak raikan majlis Rizqi. Ni masing-masing macam nak buat majlis berkabung untuk broken heart", Fikri mencelah. Dia ketawa kecil. Cuba hilangkan rasa hambar dan tegang yang menyelubungi.

Pecah ketawa jejaka-jejaka itu mendengar sindiran Fikri.

"Kau tak apa lah. Tak pernah putus cinta. Tak pernah rasa bolehlah berlagak", sindir Syafik. Hubungan cinta Fikri berjalan lancar sejak dari universiti. Ada rasa iri juga dengan sahabat yang satu ni.

"Aku dengar kau ambil cuti dekat seminggu juga Rill. Ada nak pergi mana-mana ke?", sampuk Ilham tiba-tiba. Walaupun berkerja di hospital yang sama tapi Airill dan Ilham berada di bahagian yang berbeza.

"Aku cadang nak balik kampung kejap. Nak jumpa mak ayah aku", Airill tidak mengulas lebih lanjut. Tapi fahamlah Ilham, ada yang perlu diselesaikan lelaki itu di kampung. Mungkin berkenaan dengan majlis kahwin yang di cancel.

Rancak merek berborak. Tak sedar masa yang berjalan. Hampir ke subuh juga la berendam dalam kolam renang tu. Memang berbaloi sewa. Digunakan sebaik-baiknya. Makan dekat situ, borak dekat situ siap ada yang tertidur di birai kolam.

***************

Alhamdullilah, semua berjalan dengan lancar. Tamat majlis di sebelah petang hujan renyai-renyai turun mengiringi. "Hujan rahmat. Semoga majlis yang dibuat ni mendapat berkah", ujar Encik Sharul mendongak sedikit ke langit. Bibir tua itu mengukir senyuman lembut.

Alisa dan Rizqi masih sibuk bergambar, dengan tetamu. Bukan tetamu sangat pun. Tapi sahabat-sahabat mereka. Beria juga Nabilah dan Liyana bergambar. Atas pelamin, bawah pelamin kalau boleh dalam pelamin pun nak ditangkap. Yang lelaki pun tak kalah nak bergambar juga.

Alisa menatap senyuman Ain yang sudah hilang serinya. Tapi gadis itu masih cuba berikan senyuman semanis mungkin pada Alisa. Hati dia tiba-tiba dilanda rasa hiba. "Ain harini majlis aku. Kau cubalah senyum untuk aku. Aku janji lepas ni kita hadap sama-sama masalah kau. Aku dah bagitahu Rizqi. Nanti dia cari masa yang sesuai cakap dengan kau", bisik Alisa perlahan di telinga gadis itu. Cuba mengusir sedikit rasa gundah di hati Ain.

"Lis aku...", Ain kehilangan kata-kata. Tak patut dia bersedih di hari bahagia wanita itu. Tidak wajar diserabutkan fikiran Alisa dengan masalahnya. Ain mengangguk perlahan, tubuh Alisa dipeluk erat. Seolah cuba meminjam sedikit kekuatan. Tipu kalau dia katakan tidak terlintas rasa iri di hati, berada di tengah-tengah majlis Alisa. Melihat meriahnya sambutan. Tulusnya ucapan selamat, hatinya terusik. Masih ada sinar ka untuk dia melangsungkan majlis segah ini.

"Lis, Rizqi panggil tu. Ada kawan dia ajak bergambar" laung Liyana tidak jauh dari situ.

"Iya..iya kejap", Alisa menyeka airmata Ain yang sudah mula turun . Disapu perlahan. Sempat dia mengenakan gadis itu. Tangan Ain ditarik mengikut langkahnya, menuju keramaian. Tak mahu Ain melayan perasaan seorang diri di sini.

***********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience