BAB 75

Romance Completed 157983

Sebaik Alisa terbangun dari tidur, badannya terasa berbahang, kepala juga terasa berat. Mungkin demam akibat menahan sakit di kaki semalaman.

Ketika menuruni tangga mengambil handphone yang tertinggal di kereta semalam, Alisa tersalah langkah. Akibatnya kaki dia terseliuh. Walaupun terasa agak ngilu ketika berjalan, Alisa gagahkan diri juga. Tidak menganggap serius rasa sakit di kaki. Difikirkan rasa sakit itu akan beransur hilang selepas disapu ubat dan berehat.

Jangkaannya meleset sama sekali. Pagi ini rasa sakit semakin ketara. Terasa mencucuk-cucuk. Malah kakinya juga semakin membengkak. Sedar salah sendiri, kerana bersikap sambil lewa. Kakinya perlu mendapatkan rawatan untuk mengelakkan menjadi lebih teruk.

Alisa termenung. Berada dalam dilema. Dengan kondisi kaki seperti ini dia tahu tak wajar untuk memandu sendiri. Tapi, untuk meminta tolong Liyana atau Nabilah mustahil. Kedua gadis itu tiada di rumah. Nabilah menghadiri khusus selama tiga hari. Liyana pula pulang ke kampung sebaik habis kerja Rabu malam. Shima tidak termasuk dalam senarai. Sejak semalam batang hidung gadis itu tidak kelihatan.

Kepala yang terasa berdeyut tiba-tiba dipicit lembut. Dia buntu. Memikirkan diri belum menunaikan solat subuh, Alisa gagahkan juga diri ke bilik air. Mandinya lebih lama dari biasa.

Usai solat Alisa melunjurkan kaki di atas katil. Telefon di tangan dipandang lekat. Otaknya ligat berfikir sama ada perlu atau tidak menghubungi Rizqi. Lelaki itu berada di utara tanah air, menjenguk projek di sana. Ikut perancangan esok baru akan bertolak pulang ke KL. Setelah berfikir semasak-masaknya, dia menghubungi Rizqi. Tidak mahu lelaki itu berkecil hati atau terasa dibelakangi.

Alisa terasa berdebar-debar sebaik mendengar suara Rizqi menyambut salam. Timbul rasa takut untuk berterus terang. Bukan takut menghadap kemarahan Rizqi. Tapi takut lelaki itu terlalu risaukan keadaannya di sini.

"Sayang! Kenapa..?", soal Rizqi menghadap kebisuan Alisa yang tiba-tiba.

Tidak mahu berdolak dalih. Penat juga mahu mencari alasan. Laju Alisa berterus terang dengan Rizqi. "Abangg...", perlahan dia memulakan kata. "Harini Lis deman. Badan rasa panas, berbahang sikit", adu Alisa. Suaranya sudah berubah manja. Lumrah bila sakit, kita inginkan sesorang di sisi.

"Tinggi tak deman...Lis dah makan ubat ke belum? Kenapa boleh deman tiba-tiba ni", Rizqi sudah duduk tegak dari baringan. Jelas kedengaran rasa khuatir dari suaranya.

"Belum, tak makan lagi ubat. Pagi ni baru sedar badan rasa panas... Actually, semalam lif rosak masa nak turun tangga kaki Lis... macam...terkehel sikit. Rasanya... terseliuh. Mungkin sebab tu bawa deman harini", sebaik mungkin Alisa mengatur ayat, cuba terangkan kepada Rizqi.

Awalnya Alisa tidak merancang memberitahu perihal kakinya. Tapi mustahil untuk menyembunyikan perkara ini dari Rizqi. Daripada perlu bersoal jawab depan-depan lebih baik soal jawab di telefon.

Lama Rizqi mendiamkan diri di hujung talian. Cuba menenangkan perasaan. "Teruk tak kaki tu", berat kedengaran suara lelaki itu menyoal.

"Tak...tak teruk pun. Sikit je", laju Alisa menjawab. Tidak mahu Rizqi bertambah risau.

"Buat video call bagi abang tengok", arah Rizqi. Tiada kompromi.

Alisa menunduk sedikit kepala melihat kakinya yang bengkak. Dia terus terkulat-kulat. "Sebenarnya, ada bengkak sikit. Tapi tak teruk sangat", perlahan kedengaran suaranya.

"Buat video call, abang nak tengok!", arah Rizqi untuk kali kedua. Serius nada lelaki itu.

Sedar sudah tak ada pilihan, Alisa pasrah. Sebaik memutuskan panggilan, Alisa mengambil gambar kakinya. Sengaja dia adjust lighting agar tidak terlalu ketara bengkak di kaki.

Terus gambar itu disend kepada Rizqi melalui whatapps. Sengaja tidak membuat video call. Hatinya belum bersedia untuk bersoal jawab dengan Rizqi secara berdepan.

Jantung Alisa berdegup kencang sepanjang menunggu respon dari suaminya. Entah apa yang dibuat lelaki itu, lama sekali menyepikan diri. Mungkin marah. Hatinya semakin tidak keruan.

Sedang Alisa berkira-kira mahu menelefon kembali Rizqi, lelaki itu terlebih dahulu menghubungi. Laju Alisa menjawab.

"Teruk juga kaki tu. Kena pergi x-ray dulu...Dekat rumah ada siapa?", soal Rizqi, tidak membuang masa.

"Tak dak siapa? Yana balik kampung...Nabilah khusus", perlahan Alisa menjawab. Entah kenapa hatinya dihuni rasa serba salah, sedangkan dia yang sakit.

"Shima?", pendek Rizqi menyoal.
"Tak sure dia pergi mana, dari semalam tak nampak", jawab Alisa.

Mendengarkan jawapan Alisa, Rizqi terus menyoal, "Lis dah makan ke belum?", namun pertanyaannya dibiarkan sepi.

Rizqi berhenti menyoal. Tidak mahu terus berbahas dengan isterinya. Sekarang bukan masa yang sesuai. "Lis bersiap dulu slow-slow. Abang minta tolong Am bawa Lis pergi hospital", ujar Rizqi akhirnya.
"Tak payah la abang. Lis tak naklah kerja Am terganggu sebab Lis pula", Alisa menolak idea Rizqi secara halus. Jadual kerja Ilham kadang-kala tak menentu. Alisa segan mahu menyusahkan lelaki itu.

"Dia free sekarang. Abang dah tanya. Nur Alisa please...jangan buat abang bertambah risau. Just bersiap nanti Am sampai dia call". Tegas kedengaran suara Rizqi.

Dengar lelaki itu menyebut nama penuhnya, Alisa diam tidak terkutik. Nasib baik tidak mention sekali binti. Tidak lagi cuba membangkang. Tahu mood lelaki itu sedang tidak baik.

************

"Ting tong...ting tong", mendengar bunyi loceng Alisa perlahan-lahan menapak ke pintu.

"Assalamualaikum", Ilham memberi salam sebaik daun pintu terbuka. Dibeleknya Alisa dari atas ke bawah bersama dahi yang berkerut.

Tersenyum kelat Alisa menyambut salam lelaki itu. Serba salah, tidak tahu apa yang diberitahu Rizqi kepada Ilham.

Ilham menghulurkan plastik yang berisi kuih-muih kepada Alisa. "Riz minta aku singgah beli sarapan dekat kau. Dia bagitahu kau tak makan lagi. Nanti makan dulu buat lapik perut", ujar lelaki itu.

"Ishh, lain kali tak payah la susah-susah Am. Aku dah makan roti tadi masa tunggu kau", balas Alisa, menyambut juga huluran plastik dari Ilham. Nanti dikata tidak hargai pula.

"Tak ada susahnya pun. Baik kau makan je Lis. Laki kau dah moody tu. Silap haribulan taufan pula", Ilham menjulingkan matanya ke atas.

"Bagi aku tengok dulu kaki", arah Ilham sebelum Alisa menutup pintu rumah. Lelaki itu sudah duduk bertinggung di hadapan Alisa.

Melihat Ilham sudah bercangkung, Alisa merasa tidak selesa. Kelihatan kurang manis dan agak biadap. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di atas lantai di hadapan pintu rumahnya.

"Teruk juga bengkak kau ni Lis. Kenapa tak bagitahu aku dari semalam", bebel Ilham ketika membelek-belek kaki Alisa. Lelaki itu sudah berdiri kembali, wajahnya jelas tidak puas hati.

"Aku ingat sakit sikit je. Mana tahu harini makin teruk, sampai demam", perlahan Alisa menjawab. Sebaik menutup pintu, dia mengatur langkah perlahan-lahan. Ilham hanya menurut dari belakang.

Langkah kakinya mendadak terhenti sebaik tiba di parkir kereta. Lengan Ilham ditarik memaksa lelaki itu berdiri tepat dihadapannya. Menjadikan tubuh lelaki itu sebagai penghadang antara dia dan pasangan yang baru melintasi mereka.

"Kau kenapa?", tanya Ilham. Hairan dengan sikap Alisa. Melihat gadis itu meletakkan jari di bibir tanya senyap, Ilham mengerutkan dahi. Makin pelik dengan sikap sahabatnya itu.

Melihat pasangan itu sudah menjauh, Alisa memanggung kembali kepalanya. "Tu Shima, housemate aku. Tunang Airill", jawab Alisa menuding ke arah pasangan yang beru melintasi mereka.

Terus Ilham menoleh seratus lapan puluh darjah ke arah pasangan itu. Dahinya berkerut melihat aksi mesra mereka yang tidak segan silu berpelukan di tempat awam. Matanya tertumpu pada pasangan itu hingga hilang dari pandangan.

Sepanjang perjalan pergi dan balik Ilham tidak langsung membangkitkan isu Shima dan Airill. Hanya bertanya keadaannya. Lelaki itu bersikap seperti tiada apa yang berlaku. Entah apa yang berada dalam fikirannya.

"Ingat Lis...kalau ada apa-apa call aku terus. Jangan tahan pula. Ril bagitahu aku, dia sampai esok kan?", pesan Ilham sewaktu menghantar Alisa hingga ke depan pintu. Alisa ni bukan boleh percaya sangat. Dia lebih sanggup pendam dari menyusahkan orang.

"Iyaa...dah tiga kali kau pesan. Mahu jem kepala aku nak ingat", rungut Alisa. Melihat lelaki itu pasang wajah tidak puas hati, terus dia mengiyakan. Payah nak nampak Ilham marah. Tapi sekali marah, mahu menggigil nak hadap.

"Kau jangan iyaa dekat mulut saja. Dah tiga kali Riz call aku tanya pasal kaki kau. Pening aku nak menjawab. Jangan dia balik esok kaki kau makin teruk", tangannya menghulur plastik berisi makanan kepada Alisa. Dalam perjalanan balik sempat 'ditapau' makanan untuk wanita itu.

"Riz tak ada pun call aku", tercengang Alisa mendengar kata-kata Ilham.

Ilham menyeluk kedua tangannya ke dalam saku seluar. Dipandang Alisa dari atas ke bawah. "Kau rasa kalau dia call, apa kau nak jawab. I don't think you will be honest. He knows you...buang masa dia tanya kau", selamba lelaki itu menjawab. Alisa hanya menghadiahkan jelingan tajam kepada sahabatnya itu.

**********

Rasa sakit di kaki semakin berkurangan, setelah berehat semalaman. Tapi masih memerlukan masa untuk sembuh sepenuhnya. Demam juga beransur hilang. Alisa tidak mahu membuang masa dengan terus berbaring di katil.

Dikutip semua baju yang sudah dipakai dan dimasukkan ke dalam mesin basuh. Tingkap juga dibiarkan terbuka luas, membolehkan pengaliran udara berlaku. Cadar dan selimut diganti baru. Buku-buku di atas meja disusun rapi. Setelah berpuas hati, Alisa melabuhkan punggung di atas katil. Kakinya kembali berdenyut. Mungkin terlalu lama berdiri.

Dia menyandarkan tubuh di dada katil. Melepaskan seketika lelah dan menghilangkan sakit di kaki. Handphone di atas meja di sisi katil dicapai. Melihat tiada pesanan dan dan panggilan masuk, wanita itu mengerutkan wajah cantiknya. Hairan Rizqi seolah menghilang sejak malam semalam. Dia meninggalkan pesanan meminta lelaki itu menghubunginya kembali.

Alisa perlahan-lahan mengatur langkah ke ruang tamu. Dia melabuhkan punggung atas sofa. Di tangan juga terdapat segelas milo yang sudah siap di bancuh. Sedang asyik melayan drama di tv, pintu bilik Nabilah tiba-tiba terbuka.

"Eh, bila sampai Nab", tanya Alisa dengan riak terkejut. Tidak sedar bila gadis itu balik dari khusus di Johor.

"Semalam, tengah malam baru sampai. Tengok sunyi je rumah, ingat tak ada orang", jawab gadis itu sambil menutup mulutnya yang terbuka luas.

"Yana balik kampung, maybe harini baru sampai. Lis ada je dalam bilik. Tidur, rehatkan badan. Makan ubat jadi mengantuk sikit", terang Alisa.

"Makan ubat? Kenapa Lis tak sihat?", laju Nabilah menyoal. Gadis itu sudah mengambil duduk di sebelahnya.

"Kaki terseliuh sikit", ujar Alisa memuncungkan bibir ke arah kakinya.

"What happen? Macam mana boleh terseliuh? Teruk tak?" Nabilah sudah tunduk melihat lebih dekat kaki Alisa.

"Haritu Lif rosak. Masa turun tangga tu tersilap langkah. Mendapat la. Kelmarin pergi jumpa doktor dapatlah la MC seminggu. Kalau still tak boleh pergi kerja, kena sambung MC", ujar Alisa.

"Lis pergi dengan siapa hospital", tanya Nabilah prihatin. Kasihan memikirkan Alisa hanya keseorangan di rumah.

"Riz outstation, jadi Lis pergi dengan kawan sekolah dulu. Kawan sekolah Lis dengan Riz. Dia pun doktor juga. Satu tempat kerja dengan Airill", terang Alisa. Tidak mahu gadis itu salah faham.

"Shima mana, tak ada dekat rumah? Susah betul nak jumpa dia sekarang. Lebih dari orang yang dah bersuami?", tanya Nabilah. Pelik dengan perubahan sikap Shima sekarang.

Fikiran Alisa melayang mengingatkan kejadian kelmarin, ketika pasangan itu berjalan melewatinya. "Tak sure pula. Nanti-nanti dia balik la tu", jawab Alisa tidak mahu mengeruhkan keadaan.

"Lunch you nak makan apa? Nanti Nab tolong belikan", pelawa Nabilah. Tidak lagi membicarakan isu Shima.

"It's okay... tak payah susah-susah. Nanti Lis order dalam grab je", Alisa tidak mahu menganggu perancangan gadis itu hari ini. Nabilah mungkin sudah ada temujanji bersama teman lelakinya.

"Are you sure?", tanya Nabilah meminta kepastian. Tidak sampai hati untuk tinggalkan Alisa sendirian dalam keadaan sakit.

"I'm really sure. Lis cuma sakit kaki, bukannya sakit mulut atau tangan. Nak makan boleh je order. Sekarang ni everything dekat hujung jari", ujar Alisa memetik kedua jarinya. Tidak mahu gadis itu serba salah.

********

Fokus Alisa pada drama korea yang ditonton terganggu dengan bunyi loceng. Hatinya tertanya-tanya. Mustahil Shima atau Liyana. Masing-masing mempunyai kunci. Nabilah pula baru saja keluar.

Dia mengatur langkah perlahan-lahan ke arah pintu. Kepala juga hanya ditutup tuala. Sebaik daun pintu terbuka mata Alisa membulat saat melihat sosok di depan mata.Terkejut. Tubir matanya mula bertakung. Tubuh lelaki di hadapan dipeluk erat. Laju air matanya tumpah

Saat melihat wajah Rizqi di depan mata baru Alisa sedar dia tak sekuat yang disangka. Ketika sakit dia sangat mengharapkan kehadiran lelaki itu di sisi.

************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience