BAB 20

Romance Completed 157983

Tamat sesi persekolahan Alisa berjalan menuruni tangga bersama Ain. Menjelang SPM lagi tiga hari semua guru membatalkan kelas tambahan. Bagi memberi ruang kepada para pelajar merehatkan fizikal dan mental mereka.

Langkah Alisa dan air terhenti kerana dihalang oleh Sarah dan Jiha. Berkerut wajah Alisa melihat mereka berdua. Memandang saja wajah mereka dia dapat mengagak perbualan mereka tidak akan berjalan lancar.

Sudah berkali Alisa cuba memulakan perbualan namun Sarah mengelakkan diri. Alisa cuba menjernihkan kembali hubungan mereka yang tidak tahu sejak bila sudah mulai keruh. Tidak mahu persahabatan yang dibina sejak sekian lama musnah begitu saja. Walau kata maaf itu perlu diraih, Alisa rela asal semua kembali seperti dulu.

"Lis, aku dah lama nak tanya kau secara bersemuka", ujar Jiha memulakan perbualan.

Namun Alisa hanya mendiamkan diri menunggu Jiha menyambung bicara.

"Kau tahu kan, aku dengan Dani couple sebelum ni? Sejak bila kau start ganggu hubungan kitaorang? Kau dah start kacau sebelum kitaorang break ke?", tanya Jiha dengan raut wajah yang sangat dingin. Seolah dipaksa untuk bercakap dengan Alisa.

"Aku tak faham apa maksud kau. Aku tak tahu pun bila kau putus dengan Dani. Untuk pengetahuan kau, aku tak pernah masuk campur urusan Dani. Dengan siapa dia couple, bila dia break, sebab apa dia break, apa masalah dia dengan girlfriend. Aku tak pernah tanya", jelas Alisa panjang lebar.

"Jiha, tak ada orang akan mengaku kalau dia buat salah. Buang masa kau je tanya dia", Sarah mencelah tiba-tiba. Dia menayangkan wajah sinis seakan tidak percaya ucapan Alisa sebentar tadi.

"Kau dah pun break dengan Dani. Jadi apa masalahnya sekarang kau nak marah Lis. Kalau dia couple ke, tak couple ke dengan Dani tak ada kaitan dengan kau pun", Ain membalas, mula hilang kesabaran dengan sikap Sarah dan Jiha. Ain sudah lama menyimpan rasa marah dengan sikap dan mulut Sarah yang selalu menjaja cerita tentang Alisa.

"Iya, aku dah putus. Tapi aku nak tahu juga, aku ni kena tikam dari belakang ke tak. Hubungan aku dengan Dani awalnya berjalan lancar tapi akhir-akhir ni asyik problem je. Nak jugak aku tahu ada orang ketiga yang jadi punca masalah kami ke", balas Jiha dengan suara yang sudah ditinggikan

Kerutan di wajah Alisa jelas tergambar. "Kenapa kau rasa aku yang jadi orang ketiga dalam hubungan kau", serius wajah Alisa bertanya.

"Mungkin kau patut tanya diri kau sendiri. Sarah dah bagitahu semuanya dekat aku. Kau tak payah nak berdolak-dalih lagi", Jiha membalas tidak mahu kalah.

Alisa menghalakan tatapannya ke arah Sarah. Dipandang lama wajah Sarah. Wajah sahabat yang sehingga saat ini sangat dia sayang. Namun luka yang terus ditorehkan terlalu dalam. Tidak langsung diberi kesempatan untuk sembuh berterusan ditoreh lagi.

"Apa yang kau cerita Sarah? Apa yang aku buat?", perlahan Alisa bertanya. Penat, sudah terlalu penat menghadap masalah ini.

"Apa yang kau buat, tak perlu kau tanya aku. Kau patutnya lebih tahu", balas Sarah sinis.

"Tak kira apa penjelasan aku, atau macam mana aku berterus-terang, kau tak akan percaya. Jadi untuk apa korang nak tanya sedangkan kau tak akan pernah terima jawapan aku", lirih kedengaran suara Alisa

"Kitaorang tanya supaya kau boleh berlaku jujur. Tak berterusan menipu kawan-kawan kau sendiri. Kau musnahkan kepercayaan kami. Kami anggap kau kawan tapi kau boleh tikam belakang kawan kau sendiri. Kalau macam ni perangai kau siapa yang berani nak bersahabat dengan kau. Aku pun rasa menyesal pernah kenal dengan kau. Malu aku nak mengaku kau sahabat aku", balas Sarah menatap tepat wajah Alisa.

"Apa masalah kau ni Sarah. Tergamak kau cakap macam tu dekat Lis. Aku... aku yang menyesal pernah bersahabat dengan kau. Kau tak ada hak nak cakap macam tu dekat Lis. Tu masalah kau kalau kau tak nak percaya cakap dia, tapi aku selalu percaya dengan Lis", Ain membalas dengan jeritan. Ditolaknya tubuh Sarah sehingga terdorong ke belakang. Sakitnya hati Ain mendengar kata-kata Sarah.

Alisa menarik tangan Ain dan menggenggam erat. Tidak mahu gadis itu terlalu marah dibawa emosi. Tidak bermakna Alisa tidak sedih namun airmatanya sudah kering.

"Aku tak pernah terbayang langsung kau akan benci aku sampai tahap ni. Sebab aku terlalu sayang dengan kau Sarah. Terlalu sayang. Tapi kalau kalau terus tolak aku dari hidup kau, berterusan nak buang aku, tak ada gunanya kalau aku terus erat menggenggam tangan kau. Sebab kau tak pernah nak balas balik genggaman aku", ujar Alisa mendengar kata-kata Sarah.

'Sarah aku mengalah, kalau ini yang kau mahukan aku menyerah. Terlalu pedih rasanya terus disakiti oleh orang yang aku teramat sayang. Sebelum rasa sayang ini hilang sepenuhnya biar aku berundur dengan sisa rasa ini. Semoga yang tergambar dalam kenangan aku bila fikirkan kau suatu hari nanti hanyalah senyuman dan gelak tawa kita bersama. Biarlah hanya kegembiraan yang merantai kenangan kita', Alisa berbisik perlahan dalam hatinya.

"Jiha, tak kira la apa yang kau fikirkan aku dah tak ada penjelasan. Aku dah penat nak jelaskan", ujar Alisa.

"Jadi betul la apa yang Sarah cakap. Kau memang dasar perampas. Dalam banyak-banyak laki yang ada kau nak juga dengan boyfriend orang lain. Nak juga dengan hak orang lain. Aku harap nanti kau tak jadi orang ketiga dalam rumah tangga sahabat kau yang lain. Runtuhkan masjid yang dibina. Perempuan macam kau sampai bila-bila tak kan berubah, jangan kau jadi perempuan murahan cukup", Jiha melepaskan rasa marahnya pasa Alisa. Belum sempat Ain membalas terdengar nama Jiha dilaungkan.

"Jihaaa", jerit Daniel dari seberang tangga. Merah padam wajah Daniel menahan marah. Di belakangnya ada Ilham dan Rizqi.

Daniel berjalan mendekati mereka. Pandangannya tidak lepas dari wajah Jiha. Dia menatap sekilas kepada Alisa. Keruh wajah gadis itu, tidak tahu apa yang berada dalam fikirannya.

"Kau Sarah. Aku paling tak percaya dengan apa yang kau buat dekat Lis. Kalau kau nak cakap pasal menyesal, aku pun menyesal bersahabat dengan kau. Macam ni gaya kau layan sahabat kau? dahsyat", perlahan suara Daniel terbit dari bibirnya yang diketap menahan marah.

"Jiha, apa masalahnya sekarang ni? Kalau ada yang kau tak puas hati just cari aku. Ni hal kita kenapa kau nak kaitkan orang lain. You are to much Jiha", meninggi suara Daniel.

Tidak mahu terus berada di situ Alisa melangkah pergi. Dada dan fikirannya terasa sesak. Perancangan asal dia dan Ain ingin mengulangkaji di perpustakaan. Namun dibatalkan niat, dia hanya berjalan mengikut langkah kaki.

Ain terus mengejar Alisa. Dia menyaingi langkah Alisa yang hanya membisukan diri. Tidak tahu macam mana nak mulakan kata, Ain turut mendiamkan diri.

Ilham dan Rizqi mengikut langkah Alisa dan Ain dari belakang. Mereka berdua tidak mahu masuk campur urusan Daniel dan Jiha. Sakit hati mendengar kata jiha dan Sarah.
"Lis, Ain jom kita keluar jalan-jalan ambil angin", ajak Ilham memecah kesunyian.

Alisa mengangkat kepalanya dan memandang Ilham. "I'm just okey Am, don't worry", Alisa membalas dengan senyuman kecil.

Ilham menatap lama wajah Alisa. "I know. Aku cuma fikir dah lama kita tak keluar sekali, tak borak-borak".

Alisa tergelak kecil. Tahu, Ilham cuba memujuk hatinya yang sedang bersedih.

"Jomlah Lis, aku dah tak ada mood nak pergi library", ajak Ain.

"Kau bawa kereta ke Am?",tanya Alisa.

"Bawa, aku pinjam kereta ibu aku", balas Ilham.

"Kau macam mana nak ikut tak Riz? Kau ada date dengan Zulaika kan?", tanya Ilham.

Lama Rizqi mendiamkan diri, tidak memberi jawapan.

"Kau tak payah la ikut. Kesian Zu, kau kan dah janji dengan dia. Tak baik mungkir janji", Alisa mencelah sebelum Rizqi menjawab.

"Kalau macam tu kitaorang gerak dulu Riz", balas Ilham seraya menepuk kecil bahu Rizqi.

Rizqi mengangguk kecil mengiyakan. "Kau hati-hati drive Am", pesan Rizqi sebelum kami melangkah pergi.

Rizqi melihat langkah mereka bertiga sehingga hilang dari pandangan. Jauh fikirannya menerawang. Dia akhirnya melangkah pergi menuju ke tempat yang sudah dijanjikan bersama Zulaika.


**************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience