BAB 8

Romance Completed 157983

Mendengar namanya dipanggil, Alisa menoleh memandang empunya suara bersama senyuman hambar, "pagi Sarah", ucap Alisa.

Dia sebaik mungkin mengelakkan diri dari bertembung dengan mereka. Tidak mahu ada di antara mereka yang menyedari perubahan padanya.

"Kau kenapa semalam? Tak bagitahu pun tak datang kelas tambahan. Kitaorang risau tahu tak", Sarah membebel dengan wajah tidak puas hati.

"Aku sakit sikit, tak berapa sihat. Aku balik rest dekat rumah", perlahan Alisa menjawab.

'Yang sakit tu bukan badan tapi perasaan. Lukanya tak boleh dilihat dengan mata tapi dirasai dengan hati', keluh Alisa di dalam hati.

"Iya laa, tapi aku call kau tak jawab, whatapps pun kau tak reply. At least, kau bagitahu laa. Tak lah kitaorang tertanya-tanya. Kalau bukan sebab Cikgu Fauziah bagitahu kau tak sihat, kitaorang tak tahu apa", Sarah meluahkan rasa kesalnya terhadap Alisa.

Alisa sedar dirinya bersalah pulang begitu saja. Dia juga sengaja mematikan handphone, tidak bersedia menjawab sebarang pertanyaan. Tidak bermaksud ingin merisaukan mereka. Cuma ingin mencari sedikit ketenangan.

"Sorrylah Sarah, aku betul-betul tak larat semalam. Handphone pun aku tak tengok. Balik je aku terus tidur", jelas Alisa cuba memujuk Sarah.

Wajah Alisa yang kelihatan sedikit pucat dan tidak bersemangat menerbitkan rasa bersalah Sarah, "Lis, kau dah sihat ke? Atau kau kena rest lagi. Aku tengok pucat je kau ni". Tanya Sarah prihatin.

"Aku dah ok, jangan risau la", Alisa menjawab dengan senyuman kecil.
"Are you sure?", Sarah meminta kepastian.

"I'm more than sure", jawab Alisa dengan wajah serius.

Mereka berjalan beriringan ke kelas. Belum sempat kaki melangkah masuk Alisa meminta Sarah meletakkan bag sekolahnya.

"Sarah tolong aku bawak masuk bag kejap. Aku nak pergi toilet dulu", bisik Alisa kepada Sarah.

"Kau ni, baru sampai dah nak ke toilet, biar betul. Nak aku temankan tak?", tak puas hati Nabilah menjawab. Tapi sikap prihatinnya tidak dapat disembunyikan.

"Tak payah la. Nak temankan aku buat apa, bukannya budak kecil", Alisa menolak niat baik Sarah

Setelah menghulurkan bag di tangan, Alisa terus membelok ke tandas. Dia berdiri berhadapan dengan cermin, membisu menatap diri. Itu hanya alasan, untuk mengelak bersua muka dengan Rizqi. Alisa hanya mengangkat kaki keluar dari tandas apabila loceng berbunyi menandakan waktu pertama bakal bermula.

Dia terus berjalan menuju ke kelas. Berharap cikgu sudah berada di dalam.

Sesuai dengan doanya, Cikgu Fauziah sudah sampai di kelas. Dia mengetuk pintu perlahan tanda izin untuk masuk.

"Kamu dari mana Alisa, lambat masuk kelas?", tanya Cikgu Fauziah.

"Minta maaf Cikgu, saya dari tandas", jawab Alisa.

"Kamu macam mana, dah sihat? Pucat lagi muka kamu saya tengok", tanya Cikgu Fauziah prihatin.

"Saya dah sihat cikgu. Badan je rasa letih", jawab Alisa dengan perasaan bersalah kerana sudah membohongi Cikgu Fauziah. Tapi tidak dapat dinafikan badan dan mentalnya sangat letih. Dia memerlukan rehat.

"Pergi duduk Lis", arah Cikgu Fauziah.

"Terima kasih cikgu", ucap Alisa, berjalan mengambil tempat duduknya di sebelah Ain tanpa menoleh ke kiri atau kanan.

"Kamu semua kena jaga kesihatan, jaga makan minum. Sekarang masa yang sangat penting. Kalau kamu jatuh sakit kamu akan ketinggalan dalam kelas. Kalau boleh, cuba elak berhujan dan berpanas dengan cuaca yang tak menentu ni". Nasihat Cikgu Fauziah panjang lebar.

"Baik cikgu", mereka menjawab serentak.

Sepanjang hari di sekolah Alisa menyibukkan diri. Sewaktu kelas berjalan dia tidak langsung menoleh untuk berborak. Masa rehat digunakan Alisa untuk menyelesaikan tugasan semalam.

Semua pengawas juga telah dikecualikan daripada tugasan untuk fokus kepada persediaan SPM. Alisa boleh menarik nafas lega kerana tidak lagi perlu berkumpul di bilik mesyuarat pengawas pada setiap pagi.

**********

Sebaik kelas tambahan selesai, semua pelajar mula berjalan keluar. Sudah tepu rasanya kepala seharian berlajar.

"Lis", panggil Rizqi sebaik saja Alisa berjalan menuruni tangga.

Alisa menarik dalam nafasnya sebelum menghembus perlahan. "Ya..Riz", jawab Alisa, menoleh memandang Rizqi yang berada di belakang.
Dia cuba mengawal sebaik mungkin emosi dan perasaan. Takut tidak cukup kuat boleh terburai air matanya di hadapan pemuda itu.

Rizqi merenung lama Alisa sehingga gadis itu salah tingkah. Entah kenapa dia rasakan sesuatu yang berbeza dengan gadis itu, tapi tak dapat dipastikan apa dan kenapa.

"Jom Lis, aku hantar kau balik", pelawa Rizqi.

Jika ajakan sebelum ini membuatkan perasaan Alisa berbunga, sekarang ajakan ini seperti pisau yang membelah hatinya.

"Tak apalah Riz, my mom dah on the way tu", tolak Alisa.

"Kau okey Lis?" tanya Rizqi tiba- tiba.

"I'm okey, just letih sikit. After enough rest I'll be okey", balas Alisa.

Pertanyaan Rizqi menyiratkan sesuatu. Walaupun Alisa pernah menolak pelawaannya, tapi tidak pernah dia tolak sehambar ini. 'Okey yang dimaksudkan Rizqi, why not she answered the phone, or reply the massage'. Tapi, pertanyaan itu hanya disimpan dalam hati.

"Kau nak aku temankan kau tunggu", tanya Ain memandangkan ayahnya sudah sampai.

"Tak apa Ain kau balik je dulu, ibu aku tak lama dah tu nak sampai", Alisa membalas untuk menyedapkan hati Ain.

"Kau balik je dulu Ain, aku boleh tunggu Lis. Papa aku tak sampai lagi", ucap Sarah sambil menolak tubuh Ain pergi.

"Korang jumpa esok tau.. byeee", ucap Ain sambil melambaikan tangannya.

"Bye, Assalamualaikum", balas mereka bersamaan.

"Korang balik la dulu, tak payah tunggu aku. Sarahkan ada", suruh Alisa.

"Tak apa, kitaorang boleh tunggu kau dengan Sarah. Bukan ada urusan mustahak dekat rumah", Ilham membalas dengan selamba, sambil berjalan ke perhentian bus tempat menunggu. Mereka berlima mangambil duduk sebaris sambil berborak kosong.

Daniel hanya memerhati perbualan mereka tanpa ikut campur seperti kebiasaannya. Dia hanya membisu memerhatikan Alisa. Terlalu banyak persoalan dalam kepala.Terlalu banyak yang ingin dia bertanya. Namun semuanya hanya tersekat di kerongkong.

"Dani.. Dani..." panggil Rizqi. Ditepuk perlahan bahu Daniel yang seolah hilang fokus.

"Kau ni kenapa Dani, diam je macam kucing hilang anak", tanya Sarah dengan wajah yang musykil.

"Selalunya kau la yang paling banyak cakap, macam bertih jagung, tak berhenti", tambah Ilham.

Mereka semua ketawa melihat wajah Daniel yang masih blur.

"Kau kenapa Dani? Okey tak?", tanya Rizqi serius, melihat Daniel yang masih bingung.

"Sorry..sorry, aku tak fokus tadi. Tak dengar pun korang borak pasal apa", balas Daniel sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Ishh kau ni..boleh mengelamun pula siang-siang. Kau fikirkan apa", tanya Ilham.

"Banyak benda aku fikir. Result percubaan aku yang tak capai target, banyak bab aku tak ulang kaji, kerja banyak tak beres lagi. Senang cerita banyak benda la aku fikir sampai nak botak kepala", jawab Daniel berdalih.

"Pon..pon.." ralit bersembang, mereka dikejutkan dengan bunyi hon. Melihat ibunya, Alisa bergegas mengambil bag di samping.

Dia melambai tanya dan mengucapkan salam sebelum melolos diri ke dalam kereta.

***************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience