BAB 30

Romance Completed 157983

Rizqi dan Alisa berjalan-jalan ke Pantai Teluk Kemang. Salah satu pantai yang menjadi daya tarikan pelancong di Port Dickson. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga.

Mereka tidak menyewa payung atau khemah kerana pergi berdua. Alisa menggenakan seluar track bersama t-shirt hitam berlengan panjang dan Rizqi mengenakan t-shirt hitam tanpa lengan bersama seluar pendek.

Pengunjung tidaklah begitu ramai memandangkan hari ini hari berkerja. Alisa dan Rizqi mengambil peluang berjalan di gigi pantai sambil berbual. Banyak yang diborakkan setelah lapan tahun tidak bertemu.

Berhubung melalui media sosial sebelum ini tidak sama perasaannya ketika bertentang mata. Tidak termasuk lagi Alisa menghilangkan diri dua tahun lepas.

Jarak yang terasa wujud antara mereka di awal pertemuan semakin pudar seiring masa yang diluangkan bersama.

Ketika berjalan menelusuri pantai Alisa mengacak-acak air di kakinya mengenai Rizqi yang berada di hadapan. Melihat sikap tidak acuh lelaki itu, semakin galak Alisa mengacak air bersama tawa yang ditahan.

Tolehan Rizqi secara tiba-tiba mematikan kelakuan nakal Alisa. Dengan tangan dimasukkan ke dalam poket seluar dan wajah tidak berperasaan Rizqi merenung tajam. "Zupp", Alisa terus membuka langkah seribu melarikan diri.

Seram betul wajah tu. Kalau dibandingkan dengan harimau, menang ke Rizqi juga. Punyalah seram. Dingin raut muka dia kalah kutub utara. Sempat Alisa mengomel dalam hati semasa lari menyelamatkan diri.

Merasa lengannya ditarik Alisa menoleh ke belakang. 'Uishhh', seram wajah Rizqi terpampang di hadapannya.

"Sejak bila kau pernah kalahkan aku masa lumba lari?", datar suara Rizqi sebaik mencapai lengannya.

'Macam mana aku boleh lupa Riz atlet lumba lari masa sekolah. Memang cari pasal ajak dia main lari-lari', bisik Alisa dalam hati.

Rizqi mencengkam kedua bahu Alisa berpura-pura mahu mendorong ke dalam air. Terjerit kecil Alisa, spontan dia menarik baju yang dipakai Rizqi.

"Riz! Kau jangan main-main campak aku dalam air. Nanti kau balik jalan kaki", ugut Alisa.

Lepas ketawa Rizqi mendengar ancaman Alisa. "Kalau kau lupa Lis, kita datang sini naik kereta aku", balas Rizqi dengan sisa ketawa.

Kehilangan kata Alisa mendengar jawapan Rizqi.

Merasakan Rizqi seolah mendorongnya ke dalam air, Alisa terus mengalungkan tangan di leher lelaki itu. "Fine, kalau kau tolak aku masuk dalam air, kau masuk sekali. Kalau nak basah, biar dua-dua basah", ujar Alisa mengeratkan lagi tangannya di leher Riqzi.

Alisa menentang mata Rizqi seolah mencabar. Namun dia lupa namanya lelaki pantang dicabar. Mendengar kata-kata Alisa, Rizqi terus mencempong tubuh gadis itu dan berjalan ke pantai.

"Rizzz.." jerit Alissa perlahan merasakan kakinya tidak menjejak tanah.

"You say, kalau nak basah, biar basah berdua. Fine, siapa takut", cabar Rizqi kembali.

"Rizzz, tak nak lah. Turunkan aku" marah Alisa sambil memukul Rizqi.

Rizqi memberhentikan langkah ketika air mencapai paras pinggang. Dia menundukkan sedikit kepala dan tersenyum sinis memandang Alisa. Terus dia 'dive' ke dalam air.

Alisa menarik nafas panjang sebaik saja naik ke permukaan. Dia terus memukul lengan Rizqi berkali-kali. Geram, memang paras air tidak dalam dan Alisa pandai berenang tapi tetap saja dia geram dengan tindakan Rizqi.

'Aku acak air sikit je dekat dia, tapi dia rendamkan aku terus'. Guman Alisa dalam hati melangkah pergi meninggalkan Rizqi. Nak merajuk sebab Rizqi campak dalam air tak boleh, sebab Rizqi pun 'dive' dalam air jugak. Tapi still nak merajuk.

Rizqi mengejar langkah Alisa yang sudah merajuk dengan ketawa di bibirnya. Berkali-kali dia melaungkan nama Alisa, namun gadis itu tetap melangkah tanpa menoleh.

Tanpa berfikir panjang, Rizqi merangkul pinggang Alisa dari belakang. Melihat gadis itu masih merajuk, Rizqi hulurkan maaf.

"I'm sorry. At least kita dua-dua basah. Adil kan", pujuk Rizqi dengan tangannya masih di pinggang gadis itu.

"Not fair. Aku percik sikit je air, kau rendam terus", sangkal Alisa menoleh ke belakang memandang Rizqi.

Melihat wajah mereka yang terlalu dekat, Alisa terus memalingkan mukanya ke hadapan. Jantungnya terasa berdegup laju. Dia mengigit bibir perlahan cuba menstabilkan kembali degup jantungnya.

Merasa pautan tangan Rizqi pada pinggangnya semakin longgar, Alisa terus melepaskan diri. Dia terus melangkah tanpa menoleh. Rizqi masih berdiri terpaku di tempatnya.

Serasa ada desiran halus dalam hati, ketika berada dekat dengan Alisa. Ini bukan kali pertama dia rasakan. Sejak dulu perasaan ini mudah muncul ketika berdekatan Alisa. Tidak mahu terlalu memikirkannya Rizqi berjalan menyaingi langkah Alisa yang sudah jauh ke hadapan.

************

"Riz kau jangan bawak laju sangat, aku takut", ujar Alisa ketika dia membetulkan duduknya di belakang Rizqi.

Dalam merajuk sempat Alisa merengek untuk naik jetski. Mahu tidak mahu Rizqi menurut juga. Nanti makin panjang merajuk, yang susah nanti dia juga.

"Takut, tapi nak juga naik", bebel Rizqi.

"Bila lagi nak cuba. Ada peluang kena la cuba. Kalau sorang-sorang memang aku tak naiklah", Alisa menjawab dengan ketawa yang masih tidak lekang dari bibirnya.

Mengeleng Rizqi melihat sikap Alisa. Habis mendengar penerangan Rizqi terus meluncur membelah air. Awalnya dia membawa secara santai supaya Alisa dapat menyesuaikan diri.

Tanpa amaran Rizqi terus menambah kelajuan. Alisa yang berada di belakang memeluk kemas pinggang Rizqi. Kalau tidak dipeluk risau tercampak dari jetski pula.

"Riz, bawa slow sikit. Nak tercampak aku ni", jerit Alisa melawan angin.

Mendengar kata-kata gadis itu, ketawa jahat Rizqi meletus. Mendongkol geram hati Alisa. Dia tahu Rizqi sengaja.

Sebaik kakinya menjejak tanah, Alisa merasa seperti berada dalam bot yang dilambung ombak. Terhuyung-hayang, tidak stabil dirinya. Untuk menghilangkan sedikit pening, mereka berehat di tepi pantai agak jauh dari pengunjung lain.

"Riz ni bukan first time kau naik jetski kan?", tanya Alisa.

"Aku pernah naik masa di Jerman", jawab Rizqi.

"Ooo, patut la kau bawa macam nak berlumba je", Alisa ketawa.

Rizqi juga ikut ketawa mendengar kata Alisa.

************

"Alisa, I think that should be enough", Rizqi melihat plastik di tangannya.

Semua yang dilihat nak dibeli Alisa. Walhal hanya mereka berdua saja yang nak nak makan. Mustahil mampu dihabiskan mereka.

"Lagi satu je Riz", pujuk Alisa.

"Dah tiga kali aku dengar", Rizqi menayangkan wajah tidak percaya.

"Kali ni betul-betul punya last one. Aku dah lama teringin makan rojak sotong", wajahnya sengaja disedihkan untuk meraih simpati.

Rizqi tidak sampai hati melarang Alisa membeli. Sementelah berkaitan makanan. Diturut juga, keinginan gadis itu.

Setiba di kereta, Rizqi mengingatkan Alisa. "Make sure kau habiskan semua makanan ni. Jangan membazir".

Melihat plastik makanan yang dijinjing Rizqi, Alisa menelan air liur. 'Mak aih, sebanyak ni ke aku beli. Dah macam nak buat kenduri. Patut Riz larang tadi". Alisa hanya tersengih menjawab bebelan Rizqi.

Mereka berdua menjamah makanan dalam kereta di tepi pantai. Dibiarkan pintu sebelah pemandu terbuka membolehkan angin pantai masuk. Sudah diduga, Rizqi akhirnya menjadi tong sampah menghabiskan makanan. Alisa hanya makan sekadar merasa.

"Lis, I should not believe you from start", Rizqi menyandarkan tubuh ke kerusi.

"Tapi aku dah kenyang. Perut aku dah penuh", Alisa mengusap perutnya. Tatapan tajam Rizqi hadiahkan kepada Alisa melihat banyak makanan yang belum disentuh langsung.

"Aku sengaja beli untuk Syafiq dengan Fikri sekali", beritahu Alisa. Entah betul atau sekadar menyelamatkan diri.

Di tangannya Alisa cuba manghabiskan rojak sotong. Tidak mampu, dia menyerah. Disuakan bekas makanan itu kepada Rizqi. Mengeleng kepala Rizqi mengambil bekas makan itu, dan dihabiskannya.

Sudah terlalu kenyang, Alisa mengajak Rizqi pulang ke Hotel. Terasa badannya terlalu letih, dia ingin merehatkan tubuh. Dah semacam kucing makan, main, tidur je kerjanya, Alisa mengutuk diri sendiri.

*************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience