BAB 76

Romance Completed 157983

"Lis ingat abang sampai malam. Tak sangka pula sampai awal", Senyuman di bibir Alisa tidak luntur sejak melihat sosok Rizqi.

"Kerja abang dah settle. Selebihnya pengurus projek dekat sana boleh handle. Jadi, habis meeting abang terus drive balik sini", Rizqi menarik Alisa mendekat. Membiarkan duduk mereka tidak berjarak. Tubuhnya disandarkan di dada sofa. Cuba mencari posisi yang selesa. Badannya benar-benar keletihan. Haus dari segi fizikal dan mental.

"More importantly, how you legs. Kaki macam mana?", Rizqi bangun dari sandaran dan membongkokkan sedikit tubuh. Berkerut wajahnya membelek kaki Alisa yang rapi berbalut.

"Rasa sakit dah kurang dari semalam. Just need to rest. Tak ada apa yang patah, cuma masalah muscle. Doktor pun dah bagi MC seminggu. Kalau still sakit boleh pergi jumpa doktor sambung MC", satu-satu Alisa jelaskan kepada suaminya. Tidak mahu lelaki itu tertanya-tanya.

"Deman macam mana. Dah lega?", tangannya sudah mendarat di dahi Alisa dan menjalar ke leher wanita itu. Rizqi menarik nafas lega melihat badan Alisa sudah tidak berbahang. Dia tak dapat tumpukan perhatian di sana sejak tahu keadaan Alisa. Melihat wanita itu baik-baik saja dengan mata sendiri, serasa beban di hati hilang dibawa angin.

"Deman dah lega dah sembuh. Lepas makan ubat, tidur, rehat dah baik", ujar Alisa.

"I really don't know...how should I feel about this. Should I get angry seeing how careless you are. Or should I reprimanded you, so you will take yourself more seriously next time....But more than that, I feel hopeless. I can't be with you when you need me the most. Feel like failure", lelaki itu menghela panjang nafasnya. Tubuh kembali di sandarkan di dada sofa. Kepala dipanggung menghadap syiling. Serius riaknya. Seperti memuhasabah diri.

"Actually abang, Lis okay. Yesss, it's hurt. But it's not a big deal. Kebetulan je housemate Lis tak ada dekat rumah. Sebab tu tak tahu nak minta tolong siapa. And I totally forget about Am...tapi, kalau emergency sangat, I can call my officemate for help. Don't let yourself feel guilty about this. It not even your fault", ujar Alisa, menyandar tubuh di samping Rizqi. Tangan kanannya memeluk erat pinggang lelaki itu.

Rizqi menundukkan sedikit kepala, memandang wajah isteri yang berada dalam pelukan. "Lis turun tangga macam mana sampai boleh terseliuh", berkerut dahi Rizqi memandang Alisa. Masih tidak puas hati. Dia sudah memulakan sesi soal jawab.

Terkulat-kulat Alisa memandang wajah suaminya. Habislah, Rizqi dah mulakan sesi soal siasat. "I don't know. Maybe...I not really focus or to rushing...something like that..", tergagap juga Alisa mahu mencari alasan. Otaknya ligat mencari jalan keluar sekiranya kemarahan lelaki itu tidak kunjung reda.

"Tak fokus masa turun tangga? Sayang, are you being serious right now? You do realise how dangerous it can be? In worst case it can cost more than your legs! How can you be this reckless?", perlahan Rizqi menyoal. Nada dan riaknya jelas tidak gembira.
Melihat Alisa terus menundukkan kepala dan membisukan diri, dagu wanita itu dipaut, memaksa Alisa menatapnya. Dia terdiam melihat mata wanita itu sudah merah, menahan air mata dari gugur.

"Kenapa pula sayang menangis? Abang bukannya marah dengan Lis. I just want you to know the consequences of your action...and be more careful next time", jelas terlihat kerutan di dahi lelaki itu.

"Hmmm,", singkat jawapan Alisa. Suaranya serak menahan tangisan daripada pecah.

Perlahan Rizqi menarik tubuh isterinya dalam pelukan. Belakang tubuh wanita itu diusap lembut, cuba meredakan rasa sedih yang tiba-tiba bertandang.

"Sayang, how your period? Normal?", tanya Rizqi tiba-tiba.

Alisa terus mendongok kepala, mencari anak mata Rizqi. Tidak tahu kenapa soalan itu tiba-tiba terbit dari mulut suaminya.

"Saja la abang tanya. Mana tahu kut-kut dah berisi. Lis sekarang ni sensitif betul dengan abang. Cepat sangat terasa hati bila abang cakap. Maybe ada good news, itu yang mood swing", selamba Rizqi menjawab, memandang wajah bingung sang isteri.

Laju tangan Alisa mencubit perut Rizqi mendengar jawapan lelaki itu. "Ada pula ke situ. Period Lis normal je. Semua ni salah abang, selalu buat Lis terasa hati. Tak adanya mood swing", jeling Alisa pada suaminya. Hilang terus rasa sedih yang sempat hadir mendengar kata-kata Rizqi.

Mengaduh kecil Rizqi menerima cubitan ketam dari isterinya. Dia hanya ketawa kecil melihat wajah wanita sudah cemberut. "Apa salahnya kalau betul-betul pregnant. Kenapa, Lis tak ready lagi?", tanya Rizqi. Risau juga Alisa belum bersedia mempunyai anak. Selama mereka berhubungan dia tidak pernah menggunakan pencegah.

"Bukan macam tu. Kalau betul dah ada rezeki kita, Lis bersyukur sangat-sangat. Tapi abang tu, boleh Lis tengah serius touching tanya pasal period lewat ke tidak. Terus spoil mood nak layan sedih", rungut Alisa.

Rizqi ketawa lepas mendengar bebelan Alisa. "Kenapa pula nak layan sedih lama-lama. Pelik-pelik Lis ni". Selalunya orang tak nak sedih lama-lama tapi terbalik pula isteri dia.

"Abang kan selalu outstation. Lis rindulah nak ada kawan bercerita, merajuk, nak sedih-sedih, nak membawang, nak marah-marah", ujar Alisa yang sudah tersenyum lebar. Entah apa yang dia gembirakan sangat.

"Jadi nak bagitahu rindu dengan abang la sekarang ni", tanya Rizqi, sengaja menyakat. Senyuman mengusik sudah tersunging di bibirnya.

"Rindu..rindu sangat-sangat", terus terang Alisa menjawab. Langsung tidak dicover. Dia juga sudah tergelak besar mendengar jawapannya sendiri.

"Rindu dengan abang, atau rindu nak merajuk dengan abang", lelaki itu masih menyoal. Tidak puas mendengar jawapan Alisa. Bukan senang nak dengar kata rindu atau cinta dari bibir wanita itu. Peluang seperti ini tidak boleh disia-siakan.

"Of course rindu dengan abang... Rindu nak peluk, nak tatap muka, nak berborak. Tapi...rindu juga nak merajuk dengan abang", tangannya sudah dikalungkan di leher lelaki itu sambil ketawa lepas.

Rizqi tersenyum melihat wajah isterinya yang berubah ceria. "Part merajuk tu still tak nak lupa", dia menggeleng kecil melihat keletah Alisa. Cepat betul berubah mood.

"Mana boleh lupa, penting tu. Lis rindu nak merajuk, nanti abang boleh pujuk", laju Alisa menjawab. Bersemangat. Betul-betul nak minta Rizqi pujuk ni.

Melihat serius wajah sang isteri, Rizqi menjongket sebelah keningnya. "Nak pujuk macam mana tu", tanya Rizqi. Tubuh wanita itu ditarik hingga melekap kemas pada tubuhnya. Wajah mereka didekatkan hingga jelas kedengaran deru nafas masing-masing.

Baru saja ingin menjamah bibir mungil wanita itu, Alisa menolak perlahan tubuhnya menjauh. "Abang dah masuk waktu Maghrib. Jangan sampai terbabas", ujar Alisa, mengingatkan.

Rizqi kembali menyandarkan tubuhnya di sofa menyedari kerakusan diri sendiri. Nafasnya dihela panjang cuba menenangkan gelojak dalam diri. Silap timing, keluh Rizqi dalam hati.

Alisa hanya ketawa memandang wajah kecewa Rizqi. Dia yang sengaja memprovok Rizqi, tapi lelaki itu pula yang perlu menahan diri.

"Jom kita solat dulu dekat bilik Lis. Nanti Lis bagitahu dekat Nabilah dengan Shima abang ada dekat sini datang jenguk Lis. Tak adalah diaorang terkejut nanti", ajak Alisa sambil menarik tangan Rizqi. Dia sudah bangun dari duduknya.

Tanpa banyak tanya, Rizqi terus mencempung tubuh Alisa ke bilik tidurnya. Tidak dihiraukan isterinya yang sudah terjerit kecil. Sengaja balas dendam.

*************

"Ting tong..dong..dong..ting tong..dong..dong", bunyi loceng berselang dengan hentakan pada pintu mengejutkan Alisa dan Rizqi dari tidur yang tidak berapa lena.

Usai solat Manghrib dan Isyak Rizqi merebahkan seketika tubuhnya di katil Alisa. Tidak terus pulang ke rumah sewa. Sempat dia menemani wanita itu makan malam terlebih dulu. Niat di hati hanya ingin melelapkan mata menghilangkan lelah. Tak sangka pula terlajak tidur. Mungkin keletihan.

"Siapa tu abang? Tak pernah ada orang datang sini ketuk pintu sampai macam tu", terkebil-kebil Alisa memandang Rizqi. Hilang terbang rasa mengantuk sebentar tadi. Telefon di atas meja sisi katil dicapai. Dua belas dua puluh lima. Bisik Alisa dalam hati. Hari sudah lewat malam.

Rizqi meraup mukanya berkali-kali. cuba menghilangkan rasa mengantuk dan lesu. Dia terus mengangkat punggung dari katil menapak ke arah pintu.

"Abang..", panggil Alisa.

"Tak payah keluar, Lis tunggu je dalam bilik", arah Rizqi memotong percakapan isterinya. Kaki Alisa belum sembuh sepenuhnya. Dia tak mahu Alisa banyak berjalan. Entah siapa yang datang malam-malam ni. Sudahlah tak ada adap bertamu. Diketuknya pintu bagai nak roboh.

Sebaik melangkah keluar dari bilik, kelihatan ketiga-tiga gadis itu sudah menjenguk dari bilik masing-masing. Tapi tak ada yang mahu membuka pintu. Mungkin takut. Liyana hanya mengukir senyuman serba salah kepada Rizqi. Nabilah dengan senyuman kelatnya. Tidak ada riak terkejut di wajah mereka melihat Rizqi. Sudah sedia maklum Rizqi menjenguk Alisa di sini.

Rizqi melanjutkan langkah hingga ke depan pintu. Dahinya berkerut melihat sosok lelaki di hadapan sebaik pintu terkuak.

"Rill?", panggil Rizqi. "Kau buat apa dekat sini malam-malam", tanya Rizqi melihat keadaan Airill yang tidak terurus. Pelik, dia cukup kenal dengan Airill. Lelaki itu sangat menjaga penampilannya.

"Shima ada?", tanya Airill tidak berbasi-basi.

"Rill", melihat keadaan Airill seperti tak keruan Rizqi tidak terus menjawab pertanyaan lelaki itu. Tidak mahu perkara tak diingini terjadi.

"Aku tanya perempuan tu ada ke tak?", Airill mengulang pertanyaan. Kali ini tidak menunggu jawapan Rizqi, dia terus merempuh tubuh lelaki itu hingga terdorong ke belakang. Laju langkah kakinya melangkah masuk.

"Abang Rill?", terkejut Nabilah melihat sosok Airill, abang sepupunya. Ini bukanlah kali pertama Airill berkunjung ke sini. Tapi tidak pernah lelaki itu datang dengan keadaan seperti ini.

Mata Airill mencerlung ke arah Shima tanpa menjawab sapaan Nabilah. Perlahan dia menapak ke arah gadis itu. Derap tapak kakinya kedengaran begitu berat. Seberat beban dan kecewa yang dipikulnya.

"B..b..by..?", tergagap kedengaran suara Shima. Dia gerun melihat pandangan mata Airill. Sepanjang hubungan mereka tidak pernah Airill menatapnya sedingin dan setajam itu. Tanpa sedar jantungnya berdegup kencang. Tubuhnya sudah mula berkeringat dingin.

Airill menghentikan langkah tepat di hadapan Shima. Matanya menatap tajam wajah gadis yang sudah bergelar tunangnya selama dua tahun ini. Rasa sakit, kecewa marah, benci bercampur menjadi satu. Tak dapat nak digambarkan perasaannya ketika ini.

"Kenapa?", dingin suara lelaki itu menyoal. Dia menatap tepat anak mata gadis di hadapannya. Ingin mendengar alasan sebenar Shima.

"K..kkenapa..apa?", berkerut wajah Shima menyoal kembali Airill.

"Kenapa kau curang?", Tidak langsung berkias, Airill terus menyoal. Panggilan juga sudah bertukar kepada 'kau'. Menggambarkan betapa hancur perasaannya ketika ini.

"Apa y..yyou...cakap ni. Curang? Curang apa pula", wajah Shima sudah berubah pucat. Dia masih cuba menafikan kebenaran. Belum bersedia untuk berterus terang. Bukan dengan keadaan seperti ini.

"Kenapa? Apa yang tak cukup. Apa masalahnya sampai kau buat perangai?", suara Airill sudah melangit.

Tubuh Shima terundur ke belakang mendengar jerkahan lelaki itu. "I...I tak tahu apa maksud you. You... jangan main tuduh je ", jerit Shima dengan rasa takut yang bersarang dalam hati. Cuba menidakkan tuduhan Airill. Dia takut melihat wajah Airill yang menyinga.

"Kau jangan salah faham Shima! Aku tak tanya, betul atau tak kau ada affair dengan jantan lain. Yang aku tanya sekarang ni alasan kau curang dengan aku", ujar lelaki itu satu persatu dengan bibir diketap rapat.

"You nak I jawab apa, kalau I tak buat apa yang you tuduh", bentak Shima. Gadis itu mula kepanasan mendengar tuduhan Airill.

"Tuduh! Kau kata aku tuduh kau! Shima! Kau kata aku tuduh kau curang?", Airill menuding jarinya tepat pada muka gadis itu. "Kau nak berlakon depan siapa. Jangan jadi manusia munafik Shima. Kau nak aku campak dekat muka kau semua bukti baru kau nak mengaku", sinis Airill menyindir gadis di depannya.

Airill menapak mendekati Shima, mencengkam erat kedua bahunya. Terjerit kecil gadis itu menahan sakit. Melihat Airill mula berkasar Rizqi mendekati juga sahabatnya. Tidak mahu lelaki itu bertindak lebih jauh.

Dia memegang lengan Airil menghalang lelaki itu terus mengeratkan cengkamannya.Tapi lelaki itu langsung tidak berganjak. "Rill", Rizqi cuba menenangkan sahabatnya itu.

"Hati aku sakit sangat, perasaan aku hancur lumat masa dapat tahu kecurangan kau. Tapi fikirkan rasa sayang pada kau selama ni, aku cuba telan ego lelaki aku. Masih berdegil tak nak lepaskan kau. Aku pujuk hati, aku kutip sendiri serpihan hati aku yang dah hancur lebur. Cuba yakinkan diri, hati kau masih ada pada aku", lirih kedengaran suara Airill menahan perasaaan.

"Tapi apa yang jadi? Apa balasan yang aku dapat? Kau..kau tergamak check in hotel dengan jantan lain sedangkan kau sedar aku tunang kau. Aku tak sangka kau perempuan semurah ni. Aku tatang kau, jaga kehormatan kau, tak pernah sikit pun ambil kesempatan pada kau sepanjang bergelar tunang, tapi kau pilih untuk jadi perempuan murahan. Shima kau pilih untuk pijak lumat maruah aku sebagai lelaki, sebagai tunang kau", melengking suara Airill di seluruh pelosok rumah.

Pegangan Rizqi pada tangan Airill terlepas mendengar luahan sahabatnya. Alisa yang mencuri dengar dari depan pintu bilik tersandar di dinding mendengar kebenaran itu. Nabilah menekup mulut dengan kedua tangan menahan rasa terkejut. Liyana hanya membatu. Wajahnya tercengang memandang Airill dan Shima. Tidak dapat menghadam dengan baik kata-kata Airill.....

**************

Share this novel

Nor Haidah
2024-06-04 10:36:50 

Nak lagi author..X puas baca..


NovelPlus Premium

The best ads free experience