BAB 40

Romance Completed 157983

Mata Alisa masih melekat kemas di skrin telefon. Dia masih ralit berwhatapps dengan Ain. Tidak dihiraukan Rizqi di sebelah. Syafik dengan Fikri di bahagian belakang penumpang sedang rancak berbual.

Geram Alisa dengan Rizqi masih belum hilang sepenuhnya. Kalau tahu dari awal dia sanggup drive sendiri ke Penang walaupun ditegah Rizqi. Berada di tengah-tengah sekumpulan lelaki membuatkan dia serba salah. Mengambil kira keselesaannya, Syafik cukup baik hati menawarkan dia duduk di sebelah kerusi pemandu. Namun dia masih lagi cangkung dengan mereka.

Dia bukan lagi kanak-kanak yang menghentak kaki jika tidak berpuas hati apabila keinginan tidak dipenuhi. Dihembus perlahan nafasnya. Sejanggal-janggal Alisa, dia masih pandai membawa diri. Hidup merantau di negara orang banyak mengajar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.

"Riz, Ain bagitahu dia ada ajak someone", Alisa memecah kebisuaan antara mereka.

Rizqi hanya menoleh sekilas mengangkat keningnya kepada Alisa. "Siapa".

"Boyfriend dia", ringkas Alisa menjawab.

"Dah ada someone special?" sedikit terkejut nada Rizqi.

"Dah ada. Tapi Ain tak heboh sangat", terang Alisa bagi pihak Ain.

"Serius?" Rizqi sudah mula menyoal seperti polis pencen. Sedingin-dingin Rizqi dia sebenarnya sangat caring.

"Ikut kata Ain serius. Dia punya senior masa study dulu. Dah ada plan nak ke arah lebih jauh lagi", Alisa bercerita tanpa diminta. Bagus juga boleh bertemu dengan lelaki yang menjadi raja di hati Nurul Ain sebelum mereka melangkah lebih jauh lagi.

"Hmm. Bagus juga dia join sekali. Boleh kenal-kenal", ujar Rizqi sependapat dengan hati Alisa.
"Kau nak berhenti RnR atau direct drive ke sana?", Fikri mencelah di tengah perbualan mereka.

"Direct je, nanti lambat sampai", balas Rizqi.

Mereka bertolak awal pagi. Namun jarak yang jauh bakal memakan masa berjam-jam. Untuk tidak membazir masa mereka tidak berhenti rehat di RnR, kecuali perlu ke toilet. Makanan sebagai alas perut juga sudah dibeli sejak awal.

Rizqi, Syafiq dan Fikri rancak berbual dari urusan kerja hingga ke isu semasa. Alisa hanya menyampuk bila perlu. Risau kalau terus membisu dikatakan sombong, malunya nanti Rizqi juga. Selebihnya dia hanya ketawa jika Syafiq membuat lawak tiga suku.

"Sunyi la kita berdua Fikri. Yang lain semua bawa partner. Riz, siap bawa tunang. Kita bawa diri je. Kau tengok aku, aku tengok kau. Dah nak termuntah aku dok menengok kau dekat tempat kerja" Syafik meluah perasaan syahdunya tiba-tiba.

Alisa spontan menoleh ke arah Rizqi. 'Kawan Riz masih tak tahu ke Riz dengan aku tak ada apa-apa. Kawan je', fikir Alisa. Hairan juga Alisa. Dia dan Rizqi berbual bahasakan aku dan kau sahaja. Ganjil di pendengaran untuk pasangan tunang. Namun dia diam tidak membalas. Risau tersalah menjawab. Menganggap Syafiq sekadar mengusik Rizqi.

Usikan Syafiq, Rizqi biarkan seperti angin lalu. Matanya hanya fokus pada pemanduan.

"Lis, you ada adik? Kalau ada boleh cuba kenalkan. Mesti cantik macam kakak dia" Syafiq cuba masuk line. Nak adjust Alisa memang mustahil. Silap hari bulan makan penumbuk Rizqi bukannya kenyang sakit adalah.

Alisa ketawa mendengar kata-kata Syafiq. "Sorry Fiq. Lis anak tunggal. Kakak, adik, abang semua tak ada. Tak dapat nak tolong". Syafiq dan Fikri tidak membahasakan aku, dan kau semasa berbual dengan Alisa. Mungkin tidak selesa kerana mereka tidak begitu rapat dan kendengaran agak kasar.

"Sepupu pun boleh juga Lis. Saya tak memilih sangat. Dapat juga nanti kita bersaudara" gigih Syafiq tidak berputus asa. Malah tersengih seperti kerang busuk.

"Ibu I anak tunggal. Sebelah ibu tak ada cousin. Sebelah papa ada. Tapi ramai sepupu lelaki. Yang perempuan dah kahwin, dah jadi isteri orang", tidak dapat menahan rasa geli hatinya, ketawa Alisa meletus. Gigih betul Syafiq ingin bersaudara dengannya.

"Kalau kau dah kemaruk sangat boleh try tackle kawan Tasnim" datar suara Rizqi mencelah. Bukan boleh dibiarkan sangat Syafiq ni nanti mula mengarut.

"Kawan Tasnim...Hmmmmm", entah apa yang difikirkan Syafiq. Panjang keluhannya. Tasnim merupakan girlfriend Zack. Dia ada mengajak teman baiknya, Najwa ikut serta. Tapi air muka Syafiq kelihatan tidak begitu berkenan dengan Najwa. Alisa tidak mahu menyinggung persoalan berkaitan isu itu sementelah dia tidak begitu mengenali mereka.

"Betul tu Fiq. Boleh tahan cantik juga. Kau kan memilih rupa" Fikri menambah perasa mengusik Syafiq.

"Cantik memang la cantik. Tapi nak buat apa kalau setakat cantik...bukan boleh bawa bahagia", cliche Syafiq membalas

"Mana kau tahu bahagia ke tidak. Tak cuba lagi", semakin bersemangat Fikri memberi dorongan.

"Nak bahagia macam mana kalau dia tu pun.... tak ada apalah. Bukan taste aku tu" tergantung ayat Syafiq membuat mereka tertanya-tanya. Namun tidak mahu memaksa memandangkan Syafiq seperti tidak mahu membahas isu itu.

"Kalau Lis, macam mana. Rupa kriteria yang penting ke tak? Nak tahu juga dari sudut pandangan wanita" serius wajah yang ditayangkan Fikri.

Termangu-mangu Alisa apabila soalan sudah beralih kepada dia.

"Paras rupa...untuk I cantik tu subjektif. Cantik wajah, cantik budi pekerti, cantik personaliti tak sama cantik setiap orang. Kalau nak pilih pasangan hidup based dengan wajah sampai bila boleh bertahan. Lepas dah jemu tengok muka then nak bercerai?", di akhir kata, Alisa mengajukan kembali soalan.

"Sebab wajah saja kita boleh nampak. Hati, perasaan, emosi kita tak tahu. Kita tak boleh nak nilai. Manusia dia pandai sembunyikan emosi dan perasaan, pandai berpura-pura", serius wajah Syafiq kali ini. Entah kenapa perbualan mereka menjadi serius.

"Emosi dan perasaan kita boleh belajar untuk sembunyi. Tapi sifat sebenar seseorang mustahil nak sembunyi selamanya. Kalau you berkawan dengan someone yang ada sifat baran, ego, pentingkan diri perlahan-lahan you akan nampak sifat tu. Walaupun tak ketara you punya naluri boleh rasa. Manusia ni selama mana boleh berpura-pura. Cuma banyak pasangan pilih untuk compromise dengan alasan tak ada manusia yang sempurna. But once your compromise, you will need to compromised every time. Maybe your whole life", panjang lebar ceramah Alisa.

"Maybe you lupa, Lis dalam hubungan kalau tak ada tolak ansur boleh hancur. Tak boleh dua-dua nak jadi api. Rentung terbakar nanti" Syafiq sudah duduk tegak bersandar ke kerusi. Dia menatap terus Alisa dari cermin depan.

"Betul. I setuju. Dalam hubungan kena ada toleransi untuk kekal aman bahagia. Tapi Fiq jangan keliru sifat negatif yang I sebut tadi dengan kelemahan kita. Yes, sebagai manusia kita ada banyak kelemahan. Sensitif, tak pandai memasak, garang, dingin, clingy, tak mudah mesra, that normal. Let's say, one day you kahwin and wife you sensitif person. Untuk kekal aman bahagia you just jaga hati dia, jangan kasar dengan dia dah okey. But one day, I kahwin and my husband panas baran. Untuk kekal aman bahagia apa perlu I buat. Bertahan dengan kekerasan fizikal dia buat? Sampai bila. Bahagia ke macam tu" Alisa membalas kembali tatapan Syafiq melalui cermin.

Alisa mendengar Syafiq menghela nafasnya keras. "One day bila I kahwin I akan belajar untuk terima kekurangan pasangan I. Dan I harap pasangan I boleh buat perkara yang sama. I tak akan minta kesempurnaan, sebab I tak sempurna. Jadi I doa semoga Allah hadirkan jodoh yang terbaik dan tepat untuk I" kali ini Alisa menyambung katanya dengan senyuman kecil di bibir. Cuba memujuk hati Syafiq yang seakan bergolak. Dia tidak tahu pengalaman cinta Syafiq sebelum ini. Namun dapat diagak tidak begitu indah.

"Lis, you nak kahwin dengan I tak", Syafik ketawa besar bertanya soalan keramat itu kepada Lis.

Mendengar lamaran Syafiq yang datang tiba-tiba Alisa terdiam. Tak boleh pakai langsung Si Syafiq ni. Kita tengah serius boleh dia buat lawak tiga suku.
"Syafiq!" tajam pandangan yang Rizqi berikan kepada Syafiq melalui cermin. Kalau pandangan boleh membunuh, sudah pasti mati Syafiq harini. Seram oiii.

"Cari pasal betul kau Fiq. Hak member pantang kita sentuh", Fikri menampar bahu Syafiq sambil ketawa.

"Aku saja tanya. Kau dah macam harimau nak terkam mangsa dah kenapa. Marah sangat awek dia kena kacau", Syafiq mencebik bibir tidak puas hati.

"Lis, apa yang you pandang sangat dengan Riz. Muka handsome, kerja bagus tapi dingin dia semacam kutub ais, serius nak mati, tegas nak mampus. No sense of humor. You rasa boleh ke nak bertahan dengan dia". Syafiq bertanya, seolah cuba menguji Alisa.

Alisa terdiam. Dia hanya tersenyum kecil. Dari hujung mata dia dapat melihat Rizqi menoleh sekilas ke arahnya.

"You rasa sifat Riz macam mana", Alisa bertanya kembali. Mereka berbual seolah Rizqi tidak wujud di situ.

Syafiq menjongket kening menatap Alisa. "Siapa tahu. You rasa, you dah cukup kenal dia?", sengaja Syafiq memancing Alisa.

"Mengenali someone satu proses yang panjang. Sometimes it even take a lifetime. Even you truly dedicate your whole life to someone, tak semestinya you dah cukup kenal dia. Don't you think so, Fiq?".

Syafiq menatap terus Alisa, lama dia mendiamkan diri. "You right. What make you think you can truly understand someone", dia ketawa kecil. Pandangan Alisa seolah boleh menembus isi hatinya. Membongkar perasaan dan rasa kesal yang dia tanam jauh di dasar hati.

"Syafiq", untuk kedua kali Rizqi menegur Syafiq. Matanya memberi amaran. Keras sekali.

Amaran itu disambut dengan hilai tawa Syafiq. Merah wajahnya menahan sakit perut akibat ketawa.

"What the hell man? Kau risau aku cuba tackle Lis ke? Apa boleh buat awek sendiri cantik sangat jenuh nak menjaga", sakat Syafiq melihat wajah dingin Rizqi.

**************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience