BAB 15

Romance Completed 157983

Keesokan pagi sejurus selesai aktiviti senamrobik, semua pelajar berkumpul di ruang gazebo. Ada yang duduk di hadapan, kiri dan kanan. Mana yang kosong bantai je duduk.

Sesi kali ini dijemput seorang pakar motivasi. Ceramah ini berjalan secara santai untuk membuka ruang pertanyaan kepada pelajar.

Encik Azizi seorang motivator yang sangat hebat. Dalam bersahaja beliau dapat menarik minat dan perhatian semua pelajar untuk kekal fokus kepadanya. Dalam santai ucapannya terkandung banyak nasihat. Dalam gelak tawa terselit banyak teguran. Dua jam sesi bersama Encik Azizi tidak terasa masa yang berjalan.

Pada sebelah tengahari, semua pelajar berada dalam kelompok kumpulan masing-masing. Aktiviti memasak akan diadakan tepat pukul dua belas setengah. Pelajar diminta menyediakan semua bahan yang akan digunakan. Mereka juga diminta memasak menggunakan dapur kayu.

"Riz, dah menyala ke belum kayu api tu" tanya Ilham.

"Dah, nak tunggu bagi api kuat sikit", jawab Rizqi.

Daniel, Ilham, Firdaus dan Rizqi bertanggungjawab menyalakan kayu api dan membersihkan barang memasak. Alisa, Ain, Sarah dan Jiha bertanggungjawab bahagian memasak dan menyiang bahan.

Ada tiga menu yang dimasak, ayam masak merah, ikan bakar, sayur kailan dan sambal kicap. Agak simple namun bagi mereka sudah cukup memuaskan. Bau masakan memenuhi seluruh tapak perkhemahan.

"Laparnyaa...., dah mengelegak perut aku", adu Daniel melihat makanan yang sudah siap terhidang. Mereka belum boleh menjamah makanan sebelum cikgu memberi markah.

" Cikgu saja nak dera kita ke? kenapa turn kita lambat lagi?", bising Daniel.

"Lagi kau bising, lagi lapar kau rasa. Baik kau diam dan baca doa, dapat juga pahala", balas Ain dingin.

"Macam mana masakan kamu", tanya Cikgu Haliza, yang merupakan salah seorang guru pengiring.

"Dah siap cikgu", balas Ilham.

"Lagi sikit cacing dalam perut saya nak mati cikgu", adu Daniel dengan mimik muka yang sedih.

"Ada jelah kamu. Pagi tadi dah makan, lepas senamrobik pun dah makan. Macam mana pula kamu boleh kelaparan ni Daniel", Cikgu Haliza membebel sambil tersenyum, melihat gelagat Daniel.

Pemuda itu hanya ketawa menyambut bebelan Cikgu Haliza.

Mereka meletakkan semua lauk yang sudah terhidang di hadapan Cikgu Haliza, Cikgu Ismail dan Cikgu Hayati yang merupakan juri pertandingan ini.

Berdebar juga la hati menunggu komen. Lima minit pun terasa seperti lima puluh minit.

"Amboi sedap ayam masak merah dia. Berasa semua, macam buat makan masa kenduri tu", puji Cikgu Ismail.

"Betul Cikgu Mail tak pedas sangat, sedap makan", tambah Cikgu Hayati.

Tersengih-sengih juga Daniel dan Firdaus di situ. Macam merekalah yang terpaling memasak.

"Kamu boleh ambil balik makanan kamu", arah Cikgu Haliza.

"Kami dah boleh makan cikgu?", tanya Daniel.

"Itu je lah yang kamu tanya dari tadi. Lapar sangat kamu ni. Ya, dah boleh mula makan", sindir Cikgu Haliza.

Melihat mereka semua ketawa, Daniel tersenyum kelat.

*************

Petang itu mereka dibenarkan membuat aktiviti santai di tepi sungai.

Alisa tidak berniat menyertai Ain mandi sungai. Dia hanya duduk menjulurkan kaki ke dalam air. Hanya ingin merehatkan otak dan badan.

Seketika dia terpandang permandangan yang mengores hatinya. Rizqi dan Zulaika juga sedang duduk di pinggir sungai sambil berbual agak jauh dari mereka.
Alisa memejamkan mata dan mendongak kepala menadah langit. Menahan air mata dari gugur. Dia tidak tahu kenapa hatinya terasa rapuh tiba-tiba.

Dia terlalu sayangkan Rizqi. Perasaan itu bukan hanya sekadar cinta monyet. Itu dia pasti. Dia ikhlas menyayangi sebab itu dia sanggup belajar lepaskan, walaupun sakit.

Ini kali pertama dia mencintai seseorang. Walau tidak berbalas tapi sukar untuk membuang perasaan itu. Luka ini akan berparut dan bekasnya akan kekal sepanjang hidup.

Tanpa sedar air mata itu gugur juga mengingat semua kenangan yang sudah terlakar bersama. Kenangan yang tidak mampu dibuang. Perasaan Alisa kini seolah sepi, melihat Rizqi melangkah pergi bersama orang lain.

Merasakan air mata mengalir tanpa henti. Alisa menekapkan wajah ke lutut supaya tidak dilihat. Cuba menenangkan diri dan menata kembali emosi.

"Lis", panggil Daniel.

Melihat gadis itu tidak memanggung wajahnya, Daniel terus melabuhkan punggung di samping Alisa. Risau juga dia sekiranya keadaan Alisa disedari oleh orang lain. Jenuh nak menjawab nanti.

"Lis", melihat duduk Alisa yang tidak berubah sejak tadi Daniel mengusap lehernya sendiri cuba menghilangkan rasa tegang.

"Dani, aku tak nak jadi lemah macam ni. Ini bukan sifat aku. Aku bukan seorang yang cepat mengaku kalah. Aku bukan seorang yang suka bertindak ikut perasaan. Tapi, kenapa hati aku sakit sangat", luah Alisa, masih menekapkan wajah ke lutut.

"Alisa, pandang aku", panggil Daniel dengan nada yang serius.

Alisa mengangkat wajahnya memandang Daniel. Air matanya sudah berhenti mengalir, hanya tersisi di birai mata.

"Kalau kau rasa sedih menangislah puas-puas. Kalau tu dapat kurangkan rasa sakit. Tapi, bila kau dah kumpul balik kekuatan dan semangat kau, bangkitlah Lis. Kau boleh. Mungkin luka tu tak kan sembuh sepenuhnya, tapi percayalah parut tu akan mematangkan kau", ujar Daniel menatap dalam mata Alisa menyalurkan semangat kepada sahabatnya untuk tidak jatuh tersungkur.

Melihat Rizqi dan Zulaika menapak mendekati, Daniel terus mengambil sweaternya dan dihulurkan kepada Alisa.

"Pakai sweater aku, muka kau tu tutup sikit dengan hoodie. Mata dengan muka kau merah", arah Daniel. Alisa hanya menurut.

"Kenapa tak join diaorang mandi?", tanya Rizqi sebaik mendekati.

"Aku baru naik je, ni pun basah lagi", balas Daniel.

Rizqi menatap Alisa lama hingga gadis itu salah tingkah. "Kau Lis, tak nak join?", tanya Rizqi.

"Aku tak rasa nak mandi sungai harini. Badan pun rasa seram sejuk je", jawab Alisa dengan suara yang agak serak.

"Sama la Lis, Zulaika pun tak rasa nak mandi sungai. Kalau sejuk sangat, tak tahan juga", balas Zulaika lembut.

Mendengar ucapan Zulaika, Alisa menoleh menatap wajah gadis yang telah menghiasi hati Rizqi. Cantik dan lembut orangnya. Bagai langit dengan bumi kalau nak dibandingkan dengan dirinya. Walau tidak kalah cantik Alisa tidak memiliki perwatakan selembut Zulaika.

"Lis, senang jatuh sakit kalau main air, tak kira la air hujan, air sungai, air terjun sama je", balas Alisa ramah menutup kegusaran dalam hati.

"Sama la dengan Zulaika. Ehh, Lis boleh panggil Zu je kalau tak kisah". Balas Zulaika dengan senyuman tidak lekang di bibir.

Alisa hanya tersenyum menyambut kata Zulaika.

Namun tanpa disedari, tatapan Rizqi tidak berganjak dari wajah Alisa. Hatinya tertanya-tanya. Tapi, tidak dia luahkan.


*****************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience