BAB 45

Romance Completed 157983

"Biar betul Ain? Kau sanggup buat macam ni dengan aku", marah Alisa di hujung talian.

"Sorry la Lis. Bukan aku tak nak bagitahu. Ini pun last minute. Kalau ikutkan aku tak nak buat majlis pun, tapi kau tahu la mama aku macam mana", pujuk Ain melihat Alisa berjauh hati dengannya.

"Then, kalau kau tak buat majlis, sampai sudah aku tak tahu kau nak bertunang. At least kau bagitahu la dekat aku, kau dengan Syazwan nak ikat tali pertunangan. Tak jemput aku pun tak apa, aku tak kecil hati, just let me know", rajuk Alisa.

"Aku plan lepas family Syazwan hantar cincin tanda aku nak bagitahu kau. Entah macam mana family kitaorang sepakat nak buat majlis juga. Aku dengan Syazwan ikut je la", Ain berusaha menjelaskan kepada Alisa. Alisa bukan gadis yang mudah merajuk, tapi sekali dia jauh hati mak aii susah nak pujuk.

Melihat Alisa masih mendiamkan diri, Ain mula serba salah. 'Betul-betul berjauh hati Lis ni'. "Lis, kau jangan la merajuk. Aku still nak kau datang temankan aku masa hari bertunang nanti. Aku nak kau ada juga hari tu".

"Tengoklah macam mana. Aku tak janji, kalau free aku pergi", acuh tak acuh Alisa membalas. Sengaja mahu menyakat Ain. Geram dengan gadis itu yang cuba merahsiakan hari penting dalam hidupnya.

"Janganlah macam tu Lis. Majlis tunang aku hari Sabtu, hujung minggu. Tak kan kau kerja", sedih sudah kedengaran suara Ain.

"Iyalah, kau bagitahu last minute. Next week dah majlis kau. Tak sempat aku nak adjust masa", datar suara Alisa membalas. Masih mahu terus menyakat Ain. Biar dia gelabah.

"Habis tu macam mana ni?", tanya Ain cemas.

"Macam mana lagi. Kau bertunang je la. Nanti aku pos hadiah kau bertunang", selamba Alisa membalas.

"Liss..", serak suara Ain seperti menahan tangisan.

Terlepas juga ketawa Alisa apabila Ain hampir menangis. Itu la, rahsiakan lagi, bila kita tak boleh datang nak menangis, kutuk Alisa dalam hati.

"Aku bergurau je. Jumaat petang aku bertolak balik. Sabtu pagi, aku pergi temankan kau", jelas Alisa

Di akhir perbualan Alisa membebel pada Ain. Sempat juga diugut, masa nikah nanti kalau tak bagitahu awal dia tak mahu jadi bridesmaid. Ain bukan boleh diharap. Boleh jadi esok nak kahwin harini baru bagitahu. Haru betul.

**********

Tepat pukul sepuluh pagi, Alisa sudah siap terpacak di rumah Ain. Suasana hari ini sungguh meriah. Ramai sanak-saudara yang sudah hadir memeriahkan majlis. Jemputan untuk majlis ini agak ramai sekitar tiga ratus orang.

Sejak tadi Alisa sibuk menemani Ain yang sedang disolek jurumekap. Ain kelihatan cantik dengan sepersalinan baju kurung berlabuci berona pink lembut. Menaikan lagi serinya yang berkulit kuning langsat.

"Lis aku takut la, macam mana ni", Ain menggenggam kuat tangan Alisa. Di kala ini hanya mereka berdua saja di bilik.

"Kenapa takut. Kau nak bertunang je bukan akad nikah", selamba Alisa menjawab.

"pang", kuat tamparan yang Ain hadiahkan pada lengan Alisa.

"Sakit la Ain", mengaduh kecil gadis itu mengosok lengannya. Bisa betul tangan perempuan ni. Nasib kau la Syazwan nak menghadap lepas ni, bisik Alisa dalam hati.

"Tahu pun sakit. Sakit juga hati aku dengar jawapan kau. Bukan tolong tenangkan aku, tapi tolong sakitkan hati aku", rungut Ain tanpa rasa bersalah.

Sedar salah sendiri, Alisa bangun dan memeluk bahu sahabatnya, memberi kata-kata semangat. Sambil menunggu mereka membaca doa dan selawat penenang hati.

***********

Alhamdullilah, majlis berjalan dengan lancar. Sahabatnya Nurul Ain secara rasmi sudah selamat menjadi tunangan orang. Senyuman manis Alisa ukirkan di bibir menumpang bahagia Ain. Jalan bahagianya masih lagi samar-samar.

Perut yang berkeroncong tiba-tiba mengingatkan Alisa, dia masih belum menjamah makanan sejak pagi tadi. Sekarang jam sudah berganjak pukul 3 petang. Patutlah perutnya sudah melancarkan protes.

Tidak mahu menyusahkan Ain untuk menemankan dia makan, Alisa berjalan sendirian ke bawah khemah. Banyak meja-meja sudah pun kosong, memandangkan ramai tetamu sudah mula makan seawal jam dua belas tengah hari.

Alisa hanya menyenduk sedikit nasi sekadar untuk mengalas perut. Dia hanya mahu meredakan protes yang dilancar perutnya. Dipilih meja yang berada di hujung penjuru khemah. Tidak mahu bercampur dengan tetamu lain. Bukan mahu menjadi kera sumbang, tapi inginkan lebih privacy.

Selesai makan, Alisa membelek handphone di tangan. Ingin masuk ke dalam mencari Ain, risau mengganggu privacy mereka sekeluarga yang tentu sedang cuba mengeratkan ukhwah, antara pihak lelaki dan perempuan. Ingin pulang begitu saja, tidak manis pula. Pening Alisa.

"Dah makan Lis?", sapa satu suara dari belakang.

Melihat seorang pemuda yang berkumis nipis itu, Alisa menghulurkan senyum. "Baru sudah makan. Itu yang duduk berehat dulu", jawab Alisa. Dia kenal pemuda itu sebagai Iqbal, abang sepupu kepada Ain.

Iqbal melabuhkan duduknya di kerusi berhadapan Alisa, setelah meminta izin.

"Kenapa duduk sorang ja Lis", ramah Iqbal bertanya.

"Saya dah nak balik, ingat nak minta diri dulu dengan Ain. Takut tercari-cari nanti. Tapi itulah nampak buzy pula dia", tersenyum Alisa membalas.

"Kalau segan nak pergi sorang jom la saya teman", pelawa Iqbal.

"Eh, tak apa. Saya tak rushing, boleh je tunggu", tolak Alisa lembut. Tak nak lah dia pergi jumpa Ain di tengah-tengah keluarga besar mereka.

Sedang asyik berborak dengan Iqbal, Alisa terpandang sosok yang sangat dia kenali, 'Rizqi'. Agak lama dia tidak bersua muka dengan lelaki itu. Langkahnya disusuli oleh Ilham dan Daniel. Ingatkan mereka tidak dapat hadir majlis pertunangan Ain. Rupanya datang juga.

Terpandangkan Alisa mereka bertiga mengatur langkah mendekati.

"Lama dah sampai, Lis", tanya Daniel sebaik menghampiri.

"Aku dekat sini dari pagi", jawab Alisa. "Korang baru sampai ke?".

"Kami bertolak dari KL tadi, tu yang lambat", terang Daniel.

Alisa terus bangun dari kerusi dan mengenalkan Iqbal. Sebagai supupu Ain, Iqbal boleh dianggap sebagai tuan rumah juga. Tanpa tanya mereka bertiga terus mengambil duduk di meja Alisa. Melihat mejanya sudah penuh, Alisa hanya menghela nafas. 'Tamat sudah sesi 'me timenya'.

"Makan la dulu, banyak lagi lauk tu", pelawa Iqbal kepada mereka bertiga.

"Nak kena makan juga. Saja kitaorang tak singgah makan tadi, nak makan nasi minyak Ain dekat sini", gurau Ilham.

Sempat mereka berborak sebentar dengan Iqbal sebelum adik perempuannya memanggil untuk bergambar. Mungkin gambar keluarga. Mereka bertiga tidak mahu pergi berjumpa dengan Ain di tengah kesibukan keluarga besarnya mahu bergambar.

"Kau bertolak balik sini bila?", tanya Daniel di sela suapannya.

"Malam tadi. Tu pun Ain bagitahu one week before. Kalau ikut nak merajuk aku tak nak datang", adu Alisa dengan wajah monyok.

"Tapi datang juga. Awal lagi. Nasib tak berkampung dekat sini je", sindir Daniel.

"Iyalah. Mesti aku datang, majlis Ain kut. Kalau kau bertunang atau kahwin pun aku sure datang punya. Ada kerja pun aku sanggup ambil cuti", Alisa menampar bahu Daniel geram. Boleh kita mangadu, dia sindir kita pula.

Terlepas gelak Daniel melihat wajah Alisa yang sudah cemberut. Nasib tak tersembur nasi yang dikunyah. "Kalau setakat datang je aku tak nak. At least kena bawa hadiah, sponsor majlis aku sikit, tak pun sponsor aku pergi honeymoon ke", sakat Daniel. Memang dari dulu hobinya mengusik Alisa. Suka agaknya menengok gadis itu merajuk.

"Yang nak kahwin tu kau ke aku? Nak gi honeymoon tu kau ke aku?", tajam jelingan Alisa.

"Tak apa lah. Nanti aku pergi honeymoon aku bawa kau sekali. Nak tak?", kali ini Daniel gelak besar, sudah tidak dicover lagi. Melihat wajah Alisa yang merah makin kuat ketawanya.

"Pang", kuat tamparan Alisa singgah di belakang Daniel. "Gila ke apa nak ikut kau pergi honeymoon. Nak buat apa", geram Alisa dengan Daniel yang asal cakap lepas saja.

Ilham hanya mengeleng kepala melihat Alisa dan Daniel bertikam lidah. Rizqi hanya mendiamkan diri. Sesekali dia memandang wajah Alisa, tanpa gadis itu sedar.

"Kau rasa orang pergi honeymoon buat apa. Buat anak la", selamba saja Daniel menjawab.

"Daniii!!!", jerit Alisa geram. Malu bila Daniel bertanya soalan spesies itu. Sudah la ditanya di depan Rizqi dan Ilham. Tak jaga sensitiviti dia langsung sebagai perempuan.

"Yaa", jawab Daniel dengan wajah tidak bersalah. Melihat gadis itu sudah mengetap bibir menahan geram, Daniel mengangkat tangan tanda mengalah. 'Entah apa yang dia marah sangat aku tak tahu, memang orang pergi honeymoon buat anak pun. Tak kan buat bodo', Daniel merungut dalam hati.

"Kau dah makan Lis", celah Ilham. Bukan boleh kira budak berdua ni, bergaduh dekat majlis orang pun boleh jadi.

"Dah, sebelum korang sampai", jawab Alisa, sempat lagi dia hadiahkan jelingan tajam kepada Daniel. "Aku dah nak balik, tapi Ain buzy dari tadi. Tak sempat nak minta diri dengan dia lagi", sambung Alisa.

"Tunggu lagi kejap, kita pergi jumpa sekali", ajak Ilham.

Perbualan mereka terhenti dengan teguran Puan Salmah, ibu kepada Ain. Terus mereka bertiga bangun dan menyapa wanita paruh baya itu. Cik Salmah dikenali sangat peramah dan penuh dengan kasih sayang.

"Bila sampai kamu bertiga" tanya Mak Cik Salmah dengan senyuman tidak lekang dari bibir.

"Baru lagi mak cik. Nak pergi jumpa Ain nampak sibuk tadi. Itu yang tunggu dulu", jawab Ilham ramah.

"Itulah, tadi kalut berborak dan bergambar dengan keluarga Syazwan. Banyak nak dibincangkan tentang majlis kahwin nanti", celoteh Cik Salmah. Gembira anak gadisnya sudah bertemu jodoh.

"Kamu semua bila lagi. Jangan tunggu lama-lama, kamu makin berumur bukan makin muda", tiba-tiba arah perbualan menjurus kepada mereka.

"Tak jumpa calon yang sesuai lagi mak cik. Kalau jumpa pun tak berjodoh pula", balas Daniel, Rizqi dan Ilham hanya ketawa kecil menyambut pertanyaan Cik Salmah.

"Kamu Lis, bila lagi. Dah ada calon", Cik Salmah sudah memulakan sesi soal jawab bersama Alisa.

Alisa ketawa kecil menutup kegugupan hati. "Tak ada lagi Mak Cik. Tak laku saya ni, tak ada orang nak".

"Apa yang tak laku Lis. Kamu tu sudahlah cantik, memasak pun pandai, kerja pun elok, ringan tulang pula. Apa yang tak cukup lagi. Kamu tolak jodoh kut Lis. Jangan menolak sangat jodoh Lis, nanti susah nak lekat dah", bebal Cik Salmah. Alisa hanya tersenyum mendengar.

"Tu, Iqbal tu. Sepupu Ain, pun bujang lagi. Nampak macam berkenan dengan kamu. Tak nak cuba-cuba kenal ke Lis. Mana tahu serasi kut berjodoh. Baik budaknya, kerja pun dah stabil", beria Cik Salmah cuba menjodohkan Alisa.

Alisa menelan air liur yang terasa pahit di kerongkong. Tidak tahu mahu menjawab apa. Kenapa pula dia jadi mangsa keadaan, sendu Alisa dalam hati.

"Cuba kamu ambil number phone Iqbal. Mana tahu bila-bila boleh contact", Cik Salmah masih tidak berputus asa menjodohkan Alisa dengan anak buahnya itu.

"Mana Lis berani nak ambil. Nanti ada yang cemburu mak cik", celah Daniel tiba-tiba melihat Alisa sudah terkulat-kulat di situ.

"Ada yang cemburu?", tanya Cik Salmah. "Kata tadi tak ada calon, dah ada ke Lis", tergelak Cik Salmah menepuk lembut lengan Alisa.

"Dia malu nak bagitahu tu mak cik. Biasalah dia kan pemalu" sindir Daniel.

"Kenapa nak malu Lis. Kalau dah ada calon tu cepat-cepat kahwin, halalkan hubungan", nasihat Cik Salmah. " Daniel kamu kenal ke siapa teman istimewa Lis".

"Kenal. Kenal sangat mak cik...", Aliss terus memotong kata-kata Daniel.

"Daniel", panggil Alisa perlahan. Berdebar-debar jantungnya, takut Daniel terlepas cakap. Dia menjegilkan mata pada Daniel tanda berhenti.

Melihat tingkah Alisa dan Daniel, Cik Salmah ketawa. Tahu mungkin Alisa segan dengannya.

***********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience